Insan kerdil mencari sedikit ruang untuk meluahkan apa yang dirasa, didengar dan dilihat.
Sunday, March 28, 2010
~ Aktiviti hujung minggu ~
Hasbenku..
Antara bahan2 penting utk membuat kueh Buah Melaka..GULA NISAN
Pewarna hijau.. tapi sikit ajer tau..
Inilah bentuknya kalo dah jadi.. yumm.. yumm..
Thursday, March 25, 2010
~ teringat lagu lama ~
" Ku petik bunga cina,
ku letak di kepala,
ku jalan sini sana,
Sungguh harum baunya.. "
Tuesday, March 23, 2010
~ Kami diuji lagi ~
Hari ni bertukar wajah lagi.. tapi masih lagi bengang.. ntah aper yg ditekan2 sampai posting crita pun 2 kali.. jenuh digodek2nyer.. Rasa kebengangan bukan pada orang..hihi.. tak elok kan..
Hujan plak turun ngan lebatnyer tapi mood tidur tak datang lagi.. barangkali memikirkan macam2 perkara.. pasal diri, anak2, suami & esok lusa yang mendatang.. hari ni saya membaca 2 surat yang diterima khas .. satu abahnyer & satu lagi dari cikgu sekolah.. emm.. sedihkan.. tapi kami sekeluarga masih berusaha utk memajukan pelajaran si Hafiz ni.. tak bleh nak gelojoh sangat.. moga2 suatu hari nanti anakku ini akan menjadi anak yang hebat.. InsyaAllah.
hasben plak dah dapat surat dari TM, bermakna 1 bulan lagi abah akan moved to TM Bangsar. Demi masa depan kami seisi keluarga, saya menyokong sepenuhnya pemergian nya ke sana.. paradigm.. behaviour & new inviroment & to get more experience..so takde lagi lar teman bual bicara bila nak ke pejabat.. beliau juga pendengar & drebar yg terhebat.. hihi..
luv you so much abah.. and never2give up.. may Allah bless us..every incident that happens of course there is mercy
Di luar sana, macam2 perihal orang.. sesungguhnya ajal, maut, pertemuan mahupun perpisahan smuanya datang dariNya. tak mampu juga kita nak melawan takdirnya.. dikalangan teman2 kita mungkin hebat.. tapi disisi Allah.. kerdilnya kita.. moga2 kita smua senatiasa berada dlm lingkungan rahmatNya..
Sunday, March 21, 2010
~Pantun Budi ~ Tan Sri SM Salim
*Rangkap 1 *
Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah
*Rangkap 2 *
Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Kembanglah mekar, aduhai sayang
Kembanglah mekar di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan
*Rangkap 3 *
Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa dagang
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam
*Rangkap 4 *
Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati
buahlah hati Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja
Thursday, March 18, 2010
~ macam2 hal ~
Hari ni bercuti.. Alhamdulillah masaku dapat dihabiskan dengan anak2.. kalo ikut program nak balik Terengganu.. siap ambe cuti.. tapi last minutes hasben tak jadi cuti la plak.. urusan kerjanya yang tak putus2..takper arr..
Dikesempatan itu, cuti rehat ni dihabiskan dgn anak2 dgn keluar 'bershopping' barang dapur kat Carrefour Alamanda..slalunya bli barang dgn hasben.. tapi kali ini ngan anak2..penat2.. sungguh tapi best2.. dah besar anak ummi sekarang ni.. dolu2 asyik nangis & nak susu ajer.. huhu.. dah bertambah umurku..
Kami singgah makan kat Pizza Hut sblm operasi bershopping kat Carrefour.. 1 hari dah selesai.. esok nak buat aper ek?..
sedang hasben & anak2 dah masuk tidur, kita masih lagi mengadap PC .. menggodek-ngodek blog ni.. ikut hati nak 'pencen' ajer.. tapi disebabkan rasa cintaku utk mengarang.. ( mcmlah terrer sangat ) serta meluahkan rasa.. maka kugagahi jua.. ntah aper2 yg berlaku kat blog ku pada ketika ini.. Alhamdullilah dah ok, walaupun dalam hati ni meronta-ronta akan kesengalan pada blog ni.. apa2 ajer la.. janji dapat mencoret.. & paling penting takde unsul2 'ketupat palas'.. ahak..
k, nak beradu dolu.. esok masih lagi bercuti.. tapi masih lagi berkira-kira utk memasuki acara tu.. bleh tak i masuk.. hihi..( tanduk nak kluaq ni )..rase minatku ada.. tapi.. dot.. dot.. dot.. mcm mana tu..
k.. slamat malam!
Subscribe to:
Posts (Atom)