Friday, May 6, 2011

Oleh kerana setting yang tersilap, blog ni dah dekat2 setahun tak aktif. Ianya telah pun beralih ke blog baru di www.impianserikandi.blogspot.com

Friday, June 18, 2010

Monday, June 14, 2010

Baru sahaja sampai dari kampung. Kepulangan kami kali ini adalah kerana menziarahi AyahTam sekeluarga ( adik mak) yang masih lagi kesedihan dek kerana kembalinya kerahmatullah anaknya yang sulong ~ Saiful Azli Bin Zainudin yang kami panggil "Yeop' dalam usia 21 tahun.

Kami menerima berita sedih tersebut pada pagi Khamis jam 5.40pagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kem Latihan Tentera Di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada mulanya, kami ingatkan beliau kena 'ragging'., rupanya beliau meninggal dunia disebabkan Demam Denggi Berdarah. Ianya dapat dikesan setelah beliau dibedah siasat & dimaklumkan oleh Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Tentera itu sendiri kepada keluarganya. Kami 5 beradik mengiringi jenazah dari Port Dickson ke Ipoh pada petang tersebut. Arwah selamat dikebumikan secara ketenteraan pada lewat malam kira2 11.15mlm di Tanah Perkuburan di Chemor.

Ini adalah berita kematian yang kedua utk kami seisi keluarga setelah perginya Opah tercinta pada May 2009. Tak terucap dengan kata2, kerana ajal, maut smuanya ditentu olehNya. Arwah amat rapat dengan adik2 lelakiku. Sedari dulu, beliau bercita-cita memasuki tentera kerana ingin mewarisi ayahnya. Moga2 Ayah Tam & Mak Tam sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah buat sepupuku Saudara Saiful Azli bin Zainudin.
p/s: Kurang arif akan bahaya Demam Denggi..

Sunday, June 6, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Selamat malam buat diriku... haha..satu kredit utkku yang kini mnjejaki umur awal 30-an.. smlm,nth mcm mana buka FB, tampaknya kawan2 yg aktif mula meletak gambar muda2 dolu.. waduh.. abis ditag gambo 'beta' skali.. Gambar kat atas ni masa di aspuri SMRPK di Kuala Kangsar..form 4 rasenyer.. tersenyum sorang2 melihat gambo dolu2..zaman tu kira2 dah jadi mcm style arr.. kalo bergambo mesti sengetkan kepala.. haha..konon2 gambo manja ler.. tapi rasenyer pasal geng suka kutuk kat sorang kakak ni yg suka bergambo dlm keadaan sebegitu rupa..nahh.. dah terikut-ikut..
Pada asalnya rambutku yg panjng mengurai.. telah dijangkiti oleh semut2 kecil..haha..
so my mum pun potonglah.. biasalah makku membebel macam aku jugak.. katanya budak sekolah tak bleh berambut panjang..
Tapi biaselah,kalo p singgah ke rumah opah..lagi ler kena bebel.. Opahku tak suka cucunya berambut pendek.. yg tak tahan tu,siap disapukan minyak kelapa yg dibuatnya sendiri.. baunya wangi sebab dicampurkan dgn daun pandan..(ala.. tringat plak kat arwah Opah..) kebaikan pakai minyak kelapa ni.. rambut lebat, hitam.. dan lambat beruban.. itu yg opah beritau arr.. cuma yg tak tahannya bila dah 3 hari tak basuh rambut.. baunya bertukar ntah aper2..so apa lagi basuh arr.. Mood nak mengarang kat blog ni kian teruk arr.. busy ajer ngan kija kat opis..mengejar dateline ajer..nak bergaul ngan geng pun jadi tak best..disebabkan seboleh-bolehnya nak settle kija cepat2, so tak payah arr datang kija pada hari cuti..itu target arr.. kija dah tentu banyak..so kena rancang baik2 arr..kalo tak, sakit kpala tahap gaban.. haaha.. itu yg tak sanggup di terima. So far so good arr.. berjalan seperti yg dirancang.. K, 'beta' nak berundur dolu.. tak tahu bila nak ngarang balik.apa pun moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kami seisi keluarga...Ameen !

Monday, May 24, 2010

Dalam satu perjalanan yang jauh.. letih juga kaki ini melangkah.. Namun , di suatu ketika dalam perjalanan tersebut, terjatuh & rebah.. patutkah diceritakan pada semua orang.. ?Perlukah ianya diadili oleh mereka.Orang akan menilai rentetan dari itu.. dan bukannya dari perjalanan yang dilalui olehnya..:( Begitulah lumrahnya manusia, penilaiannya terlalu mudah diambil. Bagi diri ini, biarlah ianya menjadi cerita hati. Tidak dikisah apa pandangan mereka. Selagi ada kudrat, akan ku simpannya dengan sebaik mungkin. Antara cita & cinta, hidup perlu diteruskan.

Thursday, May 6, 2010

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”