Baru sahaja sampai dari kampung. Kepulangan kami kali ini adalah kerana menziarahi AyahTam sekeluarga ( adik mak) yang masih lagi kesedihan dek kerana kembalinya kerahmatullah anaknya yang sulong ~ Saiful Azli Bin Zainudin yang kami panggil "Yeop' dalam usia 21 tahun.

Kami menerima berita sedih tersebut pada pagi Khamis jam 5.40pagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kem Latihan Tentera Di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada mulanya, kami ingatkan beliau kena 'ragging'., rupanya beliau meninggal dunia disebabkan Demam Denggi Berdarah. Ianya dapat dikesan setelah beliau dibedah siasat & dimaklumkan oleh Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Tentera itu sendiri kepada keluarganya. Kami 5 beradik mengiringi jenazah dari Port Dickson ke Ipoh pada petang tersebut. Arwah selamat dikebumikan secara ketenteraan pada lewat malam kira2 11.15mlm di Tanah Perkuburan di Chemor.


