Thursday, December 25, 2008

Busy Sokmo!

Bulan ni bleh dikategori bulan Busy.. Memacam benda kat kpala ni.. dari hal rumah tangga hingga kan ke tempat kija.. mcm2 difikir & perlu diselesaikan.. pening kpala.. namun kegagahi juga.. bukan utk menjadi wirawati ataupun nak jadi ibu mithali.. tapi demi kewajipan pd sape2 yg berada disekitarku.. buat masa ini kelurga & kerjaya sama penting.. jika tiada keluarga, tiadalah jua diriku.. blaja dari kesilapan lalu.. itu yg penting.. cuba kutanamkan dlm diri agar mencintai sesape ajer yg berada dikelilingku.. tidak membenci malah menghargai mereka.. Semalam adalah peristiwa yg tak best.. dlm kekalutan nak pegi kerja.. anak2 , adik2 & bibik nanik jatuh sakit.. 3 jam kat klinik di Bukit Mahkota.. gara2 ramai patient yg datang.. dan terpaksalah jua aku menjaga mereka smua.. betul2 dugaan.. udahlah kija kat opis banyak, cadangan nak balik awal ke kg terpaksa ditunda.. dah tersurat namun tentunya ada yg tersirat dr rahmat Allah ini.. Pagi ni jam 11.15am, ku bergerak ke opis ngan adikku Eni.. sesaipai ke sana.. trus ku selesaikan kerja2 yg tertangguh.. dari Tnt2, inbois disemak & dan difotostat hingga penyiapan jurnal2 bulanan Disember.. ush banyak nyer.. waktu nak balik jam 5.30pm ku lalui jalanan di unit HR.. tak sangka plak ada jugak orang.. jangkaanku tepat.. kawanku si Iza pung ader.. Sejak aku joins R&D since 2002, Iza antara sahabatku yg kerap kutemui diwaktu cuti berada di Opis.. bidang kerja kami berbeza tapi tanggungjawab kami diperlukan menjelang hujung bulan.. Itu la.. selagi ada daya kuusahakan jugak.. pernah juga kudengar pelik2 ketika diopis.. namun kubiarkan sahaja.. biase la.. jgn difikirkan sangat.. smuanyer ketentuanNya.. Okay la 'gue' nak mandi dan bersolat ni.. lepas Isyak , kami sekeluarga mula bergerak ke highway utk pulang ke Kuala Kangsar.. moga2 Allah permudahkan perjalanan ini.. InsyaAllah

Wednesday, December 24, 2008

Mcm mana ni terasa malas la..

Dingin malam ini membuatkan diri aku malas utk mandi.. naper ek.. barangkali dok fikir sangat ngan banyak benda.. satu, satu masalah datang.. lusa balik kampung.. Adikku yg keempat akan mengadakan majlis kenduri perkahwinannya kat kg.. ish.. saat2 yg tak best datang lagi.. tentunya ramai sedara mara yg datang.. bab2 bersoreh nanti bakal kluar.. aku ni antara generasi yg tak pandai bersembang sangat.. aper lagi nagn loghat peqhak.. biase2 tu pandai la.. kalo yg tebal2 tu.. nganga jugak.. kat opis plak kija banyak yg blum selesai.. rasenyer nak pecah kpala aku memikirkan yg mana nak dibuat dolu.. tnt, semakan inbois bagi projek, technofund, report, closing account.. meeting budget review.. mcm2.. nyarislah hal rumahtangga berjaya diselesaikan.. kalo tak mcmmana plak anak2 aku.. rasenyer tak sanggup nak hantar kg.. tapi berjaya jugak soft that problem.. hubby plak sibuk daftar kelas master kat UPM.. bebel2 ajer pasal blajo.. aku! bila ek.. terasa rindu ngan alam persekolahan namun aku rasa ianya bukan keutamaan.. family first.. buat masa ini la.. Dlm keheningan mlm ni.. kena list kan mana2 yg nak dibuat dolu2.. kata org kena kluarkan yg terbuku kat fikiran.. kalo tak berlegar-legar ajer kat kpalaku.. than kena fikir bersama ngan hubby.. alamak aishah ajak tido plak.. terpaksa la buat2 tido.. to be continue.. Semoga hari esok menjadikan keindahan buat kita semua.... Yakinkan diri dgn setiap yg terjadi ada hikmahnya.. cuba perbaiki diri.. harap2 berada dilandasan yg betul... Insyaallah!

Monday, December 22, 2008

Selemah-lemah Iman.. Berdoa..

Ku panjatkan kesyukuran pd kehadrat Ilahi.. kerna dpt jugak diselesaikan masalah aku & pembantu rumahku.. puas jugak aku & hubby memikirkan ayat2 cinta yg sesuai utk dilontarkan pd bibikku ini.. setelah 1 thn ngan kami.. dia perlu melalui ujian Fomema utk check sama ada dia sihat atau pun tidak.. sebulan yg lalu.. dia kerap menyebut nak balik.. kalo ikut kontrak ada lagi 1 thn lagi.. tak berani plak nak beri kata putus.. segalanya ditangan hubby.. Bila ku tanya pd hubby.. dia dok cakap.. sabar lah.. kita cari masa dan ruang yg sesuai memandangkan beliau sedang sibuk ngan kerja kat opis.. ish.. mcm mana ni.. kucuba2 jugak tanya kat best friend aku.. cik menie & Ita.. dia dok cakap.. ' aku rase ko buat muka poyo ajer'.. ishh sampai bila? Namun itu agaknyer berkat doa.. dan akhirnya tanpa diduga.. dia kata nak kerja lagi.. cuma dia perlukan wang utk kirimkan wang ke sana..itu bleh la kuusahakan.. Gumbira tak terkira rasa hatiku.. itu la.. selemah-lemah iman .. berdoa ajer la..aku ni.. tak lah sehebat org lain.. nak beri kata2 yg memotivasikan dirinya utk kerja lagi.. aku ni ikut rentak dia ajer.. tak lah berkira-kira sangat.. bagi aku kalo ko buat kija ok.. dan aku ok ajer.. cuma kkadang tuu kalo tak sedap dimata aku.. buat2 muka kering ajer.. tak bleh nak berkira sangat.. as long as u buat yg baik.. dibalas baik jugak la.. kalo tak ok.. hubby aku yg tegur.. tapi so far kalo solat.. aku sendiri kalah jugak.. barangkali sebab dia lebih tua.. dan suami sudah meninggal dunia.. jadi lebih kerap bangun mlm utk solat tahajud dan hajat.. trima kasih krn dpt bertahan lagi..

Buta diriku.. ingat kata2 ini..

Those were the days my friend. We were young and in the process of learning and discovering new things in our lives. Along the way, we learnt and gathered a lot of knowledge besides making mistakes"

Friday, December 19, 2008

Wednesday, December 17, 2008

Cara kusyuk dalam Solat..

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang: 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Diambil dr Blog.. www.khazanahrahsia.blospot.com Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Friday, December 12, 2008

Keluarga Bahagia

Nak citer ape ek..

Hari yang indah.. penghulu segala hari ~ hari jumaat.. nak citer aper ek.. Oh! semalam... aku p kija kat opis.. 'overtime' hihi.. name jer overtime.. bukan sesaje kija.. tapi memang banyak kija.. tnt, inbois, project, detail, filing.. ish.. rase nak berhenti ajer.. tak bleh! 'gue' perlu selesaikan komitment ini sepenuhnya.. kalo dolu.. aku bleh menghadapi keperitan dlm hidup ini.. mengapa tidak sekarg.. hidup perlu diteruskan.. walaupun rase nak ter.... namun kegagahi jua.. hihi sekuat hati Serikandi.. walaupun tidak dimedan perang .. tapi diarus kemodenan yg ntah aper2 la.. hidup berpandukan islam.. jgn lagi goyah dgn duniawi semata- mata.. pasang surut masalah, lumrahnyer alam.. yg penting jgn egois.. kerna yg realitinya tak seindah yg difantasikan... Alhamdulilah~ hubby, anak2 and family memahamiku.. walaupun aku ni jenis 'angin'.. tak lah garang.. tapi kalo dah moncong, diam seribu bahasa.. smua org tak dpt ku sape.. automatic plak tu.. mohon maaf la.. Namun~ "aper yg penting.. kerjasama".. syukran & jazakalahu khairan kasiro..

Bersama geng..masa ni baru habis kelas.. so ape lagi... enjoy..

Lagu Lama..

@Erti Budi ~ Azian Mazwan Safwan

Sepasang kaki melangkah Meniti usia Hari yang berlalu pergi Takkan kembali Seiring dengan masa aku dewasa Dan kini kufahami ertinya budi Ku sedar kau sejak dulu Menatangiku Tak pernah diriku ini Engkau kasari Terisi tiap waktu permintaanku Diriku kebanjiran kasih dan sayang Walau tak kuucapkan Walau tak kupamirkan Di hatiku selalu menghargaimu Tunggulah tiba waktu Di saat tika perlu Ku pasti akan berada di sampingmu Akulah embun...akulah hujan Pada ketika kau hangat kegersangan Semakin kumengenali ertinya budi Semakin kau kusanjungi di dalam hati Sedaya upayaku akan ku cuba Membahagiakan mu setiap masa

Lagu ni lagu lama.. namun seperti lagu2 lain yg aku suka.. ianya mempunyai maksud yg mendalam.. dlm mengenal hati budi orang..entah la.. payah juga nak cari teman yg mcm tu dizaman serba canggih ni.. dolu2 aku jatuh cinta ngan budi pekerti senior masa di RPK.. namanya Kak Rafeah@ Fazlina seorg Ketua Pengawas ( 1994) .. mana pergi kakak ni.. slps dia melanjutkan pelajaran ke UIA.. kami lost contact.. orgnya peramah.. namun seorg yg tinggi budi pekerinya.. tak heranlah dia menjadi jejaka2 'comot' kat Kuala Kangsar.. emm gambar.. oo ada.. tapi smua kat kampung..nak kena cari balik..moga2 kak Rafeah akan kujejaki semula Insyaallah..

Tuesday, December 9, 2008

Hari ni pi Kija..

Oh.. hari ni agak liat nak p kija.. tapi ape kan nasib.. perlu bangun.. dan berkija.. seawal 6.30am bangun dan mencucikan diri , solat & pegi bersiap-siap p kerja.. tapi sblm itu hantar adikku Eni ke komuter Bangi... awal nyer.. ksian dia, kalo nak ikutkan rasa nak hantar trus kat Star di Sg Besi.. tapi rasenyer jem pagi2 ni.. lagi pun basnyer awal sangat.. kalo lewat2 blehlah aku & hubby antar kat sane.. takpe2, biar rajin sikit... Pagi yg tak ok.. balik, sesudah hantar Eni.. trus ku kejutkan Hubby.. ishh liat sungguh dia.. tringin plak aku nak tengok dia bangun pagi dan pergi solat.. dah 3 hari duduk rumah.. tuu yg liat sangat.. tapi kugagahi jua.. kugosok2 badannyer dan pijak2 badannyer agar bangun.. bangun jugak hubby aku ni.. tapi dlm kesabaran melayan hubbyku yg sorg tuu.. bibik aku plak.. dok memonyokkan diri.. ntah aper yg dia boikot.. sabar ajer la.. ku sape dia sblm pgi kija.. Bik, nanti jgn beri anak2 & adik2 ku naik kat tingkat atas.. biar diorg tengok tv kat bawah.. beralah sikitlah ngan diorg kalo nonton tv.. trus bibik menjawab.. 'aper? nonton tv.. mana ader saya nonton tv.. saya kerja seharian dr 5pagi sampai mlm.. adik puan yg suka nonton..' balas dia dgn nada geram..' trus menjawab.. 'saya tak teka, adik saya wani & fatin yg cakap.. takpe la bik, takde aper.. cumanya tolong tengok2kan diorg.." terus ke berlalu.. aku ader terdengar kata2 tamb dr mulutnyer.. tapi sengaja kuberlalu.. sebab dah leat sangat ni.. 8.15am.. kina cepat2, masuk opis, dah tentu merah.. tapi kena cepat2..tak sangka plak dia tak puas hati.. trus menghubungi hubbyku.. ish.. tension.. aper plak ni.. tak abish2 bibik ni.. sabar ek.. nanti ok la tu.. kena buat muka poyo ajer.. sape hubby aku.. Yes! aku kena bersabar..nanti ok la tu..( dlm hati..susah jugak jaga org tua ni.. udah la sakit darah tinggi, makan pun bleh tahan pilihnya.. memandangkan beliau pernah jadi org kaya.. nak makan epal ajer..aku pung tak pernah mcm tu, sabo ajer la.... )

Sunday, December 7, 2008

Cuti-cuti kat umah..

Hari ni hari ahad.. tak pegi mane2 pung.. dan spt biase di pagi ahad biasenyer kami sekeluarga malan kat luar.. direstoran Amir.. tapi pagi ni agak liat plak.. tringat ajer kisah semalam... kejadian tergempak .. kecoh satu malaya.. tragedi banglo ranap.. dibukit antarabangsa.. so aku antara org yg kusyuk dok tengok brita terkini tentang perkembangan mereka.. semoga mereka tabah dengan dugaan besar ini.. Ops.. hari ni.. bli roti canai ajer kat luar.. tapi hubby n aku.. makan luar jap.. nasi putih n kuah lemak kuning + daging goreng.. sedap! yumm.. balik rumah.. trus ke dapur ... buat laksa utara.. lepas tuu.. kueh lompat tikam.. emm.. satgi nak buat udang masak merah.. makan ngan nasi putih.. emm sedap.. ( nak membina kendiri supaya rajin.. yo la tuu..) ESok, kami sekeluarga tak tau lagii.. tapi kalo tak ke mana2 nak buat nasi ayam plak.. hihi.. harap2 rajin la diriku ini.. walaupun ada bibik.. tapi kerajinan tuu perlu ada .. sebab hubby tak brape suka bibik masak.. so akan ku gagahi jua esok pagi.. kueh plak... kueh kaswi .. Insya Allah.. Tak berape bannyak citer tentang keluarga.. memandangkan kehidupan yg dilalui indah2 belaka..lagi satu.. aku ni kurang pandai ambe gambar aper lagi nak upload gambar dlm blog.. nanti2 la.. Insya Allah akan kupelajari jua dr sifu Blog.. Kak Zue.. tuu pun kalo ader masa.. k.. nak siap2 solat asar.. lepas ni nak g rumah pengantin baru.. epul & Lia..

yassin


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Saturday, November 29, 2008

Dengan lafaz Bismilah..

Untuk pertama kalinya dalam hidupku, kutitipkan pena ini utk bercerita tentang diriku, keluarga dan semuanya.. mana2 yg patut ajer la.. Masa bergerak pantas.Yang kecil berubah membesar.Yang remaja semakin dewasa.Yang hidup menemui ajalnya.Kembalilah kepada Allah dan ajaran rasul-Nya.Agar bahagia di sini dan di sana.