Thursday, December 25, 2008

Busy Sokmo!

Bulan ni bleh dikategori bulan Busy.. Memacam benda kat kpala ni.. dari hal rumah tangga hingga kan ke tempat kija.. mcm2 difikir & perlu diselesaikan.. pening kpala.. namun kegagahi juga.. bukan utk menjadi wirawati ataupun nak jadi ibu mithali.. tapi demi kewajipan pd sape2 yg berada disekitarku.. buat masa ini kelurga & kerjaya sama penting.. jika tiada keluarga, tiadalah jua diriku.. blaja dari kesilapan lalu.. itu yg penting.. cuba kutanamkan dlm diri agar mencintai sesape ajer yg berada dikelilingku.. tidak membenci malah menghargai mereka.. Semalam adalah peristiwa yg tak best.. dlm kekalutan nak pegi kerja.. anak2 , adik2 & bibik nanik jatuh sakit.. 3 jam kat klinik di Bukit Mahkota.. gara2 ramai patient yg datang.. dan terpaksalah jua aku menjaga mereka smua.. betul2 dugaan.. udahlah kija kat opis banyak, cadangan nak balik awal ke kg terpaksa ditunda.. dah tersurat namun tentunya ada yg tersirat dr rahmat Allah ini.. Pagi ni jam 11.15am, ku bergerak ke opis ngan adikku Eni.. sesaipai ke sana.. trus ku selesaikan kerja2 yg tertangguh.. dari Tnt2, inbois disemak & dan difotostat hingga penyiapan jurnal2 bulanan Disember.. ush banyak nyer.. waktu nak balik jam 5.30pm ku lalui jalanan di unit HR.. tak sangka plak ada jugak orang.. jangkaanku tepat.. kawanku si Iza pung ader.. Sejak aku joins R&D since 2002, Iza antara sahabatku yg kerap kutemui diwaktu cuti berada di Opis.. bidang kerja kami berbeza tapi tanggungjawab kami diperlukan menjelang hujung bulan.. Itu la.. selagi ada daya kuusahakan jugak.. pernah juga kudengar pelik2 ketika diopis.. namun kubiarkan sahaja.. biase la.. jgn difikirkan sangat.. smuanyer ketentuanNya.. Okay la 'gue' nak mandi dan bersolat ni.. lepas Isyak , kami sekeluarga mula bergerak ke highway utk pulang ke Kuala Kangsar.. moga2 Allah permudahkan perjalanan ini.. InsyaAllah