Thursday, December 31, 2009

~ Pandang dari mata hati ~

Sepanjang minggu ini dan minggu lepas, tampaknya agak kesibukan yang amat ketara.. kat opis lah.. kalo kat rumah takde la sangat..
Tapi tuu arr, bercerita pasal sibuk dgn penutupan akaun tahunan, kat hati ni dok tergelak sorang2.. nak nangis pun ada.. tapi kalo ini dah nasib aku & keluarga, aku redha ajer la.. walaupun dah lama jugak aku kerja kat sini..
Ok lah berbalik dgn cerita tadi, semalam aku betul2 kusyuk menyelesaikan masalan ngan Finance SSO. Dah 2 hari telefon opis tak boleh call in dan call out.. dalam pada masa yang sama fax pun terkena tempiasnya sekali.. jeng3.. hihi.. ke hulu hilir aku cuba faxkan dokumen ke Finance SSo, tapi tak berjaya.. rupa2nyer kes telefon belum settle lagi.. dalam diam2 aku mencari idea.. emm.. rasanyer ada baiknya email dolu data.. aku pun scanlah dokumen tersebut kat tempat Pn Rafiza.. jenuh juga nak scan.. almaklumlah kerja2 ni jarang2 aku buat..tapi nak buat macam mana.. try error ajer lah..settle & back to our place arr.. mata kiri dok tengok terkelip-kelip melihatkan kat tray in.. emm.. macam tak caya.. tak berani jugak nak tengok.. "sulit & persendirian". Mata hati dah mula berkata-kata.. "oh.. aku dapat naik gaji arr, betul ke ni? macam tak percaya ajer.."
Aku cuba tenangkan diri.. dari tadi hati dok berkata-kata.. 'betulkah apa yang aku nampak ni?".. takper arr, p solat dolu.. masa tu jam dah pukul 3.30ptg...tapi tuu arr, kesabaran hatiku..jantung bergoncang lagi..kali ni lagi laju.. sekuat ombak yang bergelora.. hihi.. ayat jiwang..
Dgn lafaz bsmiah.. aku memegang erat surat tu..emm.. mata tertumpu pada sampul surat tersebut..'Oh! rupa2nya ia datang dari Incometax arr..". Macam mana plak aku hatiku jauh mengelamun. Barangkali juga aku menunggunya sekian lama.. apa yang dijanjikan tak juga tiba. Bila agak2nya? Orang lain dah 2-3 tahun dapat naik gred & gaji.. tapi aku.. beban kerja makin bertambah, sengaja aku sembunyikan perasaan itu, tapi takkanlah diorg tak prasan..aku banyak kerja..pengorbanan kerja aku ni dah masuk tahun ke 8, tapi takde sapa yang pandang.. sedih betul!
Selemah-lemah iman, aku berdoa moga2 ada ruang utk aku membantu keluarga menjana pendapatan yang lebih baik pada masa depan. Rasa sedihku ini aku simpan dalam hati.. harapaku moga2 dimurahkan rezki & diberikan kekuatan zahir & batin utk trus berusaha lebih gigih lagi..Ameen!
p/s: hari ni pulang dari kerja. "Ummi! bila kita nak pergi bercuti ek?Macam mana nak cakap kat anak2 kecil ni.. aku hanya tersenyum..lagi arr rasa sedih lagi..dalam hatiku pula menjawab ."Ummi & abah takde duit nak.. sabarlah hatiku.."

Tuesday, December 15, 2009

~ Lagu sedeh tapi sedap..hihi ~

Monday, December 14, 2009

~ Bila amarah datang.. masak arr ~

Dah siap.. sat tadi buat Puding Telur jap.. simple sangat2.. ahak! Ni adalah rutinku bila mana kpala dah makin bingung sikit.. hujung bulan.. hujung tahun.. dan hujung tanduk.. hihi.. tertekan juga dgn persekitaran alam kerjaku disaat ini.. telefon berdering, email bertalu-talu.. nak kejar dateline.. itu dan ini segala macam perlu diselesaikan dengan segera.. dan paling tak best.. mereka datang mengadapku.. dan meminta ianya dipercepatkan.. seboleh-bolehnya nak buat cepat.. tapi terpaksa ku tangguhkan.. sekejap sahaja.. dan masa itu dipaksa plak dan mengeluarkan pula suara yang sumbang.. terkilan sungguh dengan suara itu.. sabarlah! tangan aku ni dua.. dan aku perlukan penelitian sebelum apa2 fakta dikeluarkan..

Dan cara terbaik utk aku relax jap.. dgn memasak arr..hihi..masakkan kegemaran anak2 & suami.. sambil2 mengadunkan bahan2 utk menyiapkan puding tersebut, aku menyanyi.. hihi.. takper arr.. dah itu caraku.. nak buat mcm mana.. sesekali teringat ayat2 pedas org tu.. aku istighfar.. moga2 aku tak membencinya.. anggaplah ianya rencah biasa.. rutin kehidupan.. manusia tak sesempurna mana..kan!

Dan akhirnya terhasil jugak la.. Puding Telur ni.. bahagia rasanya.. hilang segala masalah kejap.. moga2 hari2 mendatang aku, kau & dia akan tabah menghadapi segala rintangan hidup ini kan.. wokey! Selamat malam.. aku tak marah dah..

Thursday, December 10, 2009

~ Bulan macam2 ~

Sekarang dah masuk bulan Disember.. pejam celik-pejam celik dah hujung tahun pung.. tak sangka cepat masa berlalu.. terlalu banyak pengalaman manis pahit yang dilalui dalam perjalanan hidup kita kan.. yang pahit & pedih tuu.. dah tentunya tak boleh nak share kat korang kan.. nanti lagi melemahkan lagi semangat aku.. yang manis2.. oh.. bolehlah di ceritakan.. tentunya kegumbiraan itu berpanjangan.. hendaknya.. Ameen.

Bulan Disember ni terlalu banyak nak buat.. kija dah tentu.. report plak macam2 nak semak.. al maklumlah.. dah hujung tahun.. tak lama lagi ada tetamu yang nak berkunjung kat Opis.. dan masa itu akan menyelongkar segala transaksi company arr.. kenapa, mengapa, macammana akan disoal siasat.. dah macam ahli sejarah pun ada.. tapi dah lumrahnya kerja dibidang akaun kan.. nyarislah my boss master ngan selok belok audit ni..aku... support ajer la.. dan tentunya cuba sedaya upaya menjadi penunggu setia.. hehe..selagi ada daya, InsyaAllah.

Tadi~ aku & kuna & Pn Rafiza p TM..Azrun yang jadi driver.. thanks Arun.. ada breifing closing account.. kami terlewat.. ahak.. sabar ajer la.. sesudah itu,exCFO.. En Sabri yang dah back to TM.. blanja kami makan nasi beriani kat Bangsar.. tergambar girang di wajahnya apabila beliau menceritakan kerjanya sekarang di Business Support.. ha.. ha.. ha... katanya ' kita kerja ni tentunya nak bekerja dalam keadaan 'happy'..". dalam hatiku berkata.. "betoi2.."

Sesungguhnya aku ni masih lagi terhutang ngan ketua2 projek ni.. report projek tak siap lagi arr.. ni gara2 posting data yang berdouble2 banyaknya oleh finance SSO.. kenalah check dan inform kat diorg akan kesilapan diorg tu.. baru selesai semalam..hari ni plak p TM,ptg plak siapkan report invoice MMC . Targetnya esok nak siapkan kija tu.. mesti siap.. Ameen! moga2 dipermudahkan!

Siang2, dah britau hasben yang bulan ni & next month agak busy.. dia hanya tersenyum.. macam biasa, tugas rumahtangga akan kuserahkan padanya.. Alhamdulillah dia faham..cuma kalo dah mulutnya bersuara pasal bowling.. so faham2 ajer la..

Macam2 yang dah berlaku.. nak berlaku pun ada..hujung bulan ni ada 2 jemputan ke kenduri kahwin sahabat hasben & my cousin..seboleh-bolehnya nak siapkan kija opis ni dolu.. tapi tampaknya perlu baagikan masa sebaik mungkin kerna mereka ni org rapat2 ngan kami berdua..
k.. nak lelapkan mata arr.. dah lewat malam ni.. lain kali kita crita ek! apapun, laluan hidup ini tak semudah kita sangkakan..jerit, perit, pahit mahupun manis.. rencah kehidupan. peace !