Thursday, December 10, 2009

~ Bulan macam2 ~

Sekarang dah masuk bulan Disember.. pejam celik-pejam celik dah hujung tahun pung.. tak sangka cepat masa berlalu.. terlalu banyak pengalaman manis pahit yang dilalui dalam perjalanan hidup kita kan.. yang pahit & pedih tuu.. dah tentunya tak boleh nak share kat korang kan.. nanti lagi melemahkan lagi semangat aku.. yang manis2.. oh.. bolehlah di ceritakan.. tentunya kegumbiraan itu berpanjangan.. hendaknya.. Ameen.

Bulan Disember ni terlalu banyak nak buat.. kija dah tentu.. report plak macam2 nak semak.. al maklumlah.. dah hujung tahun.. tak lama lagi ada tetamu yang nak berkunjung kat Opis.. dan masa itu akan menyelongkar segala transaksi company arr.. kenapa, mengapa, macammana akan disoal siasat.. dah macam ahli sejarah pun ada.. tapi dah lumrahnya kerja dibidang akaun kan.. nyarislah my boss master ngan selok belok audit ni..aku... support ajer la.. dan tentunya cuba sedaya upaya menjadi penunggu setia.. hehe..selagi ada daya, InsyaAllah.

Tadi~ aku & kuna & Pn Rafiza p TM..Azrun yang jadi driver.. thanks Arun.. ada breifing closing account.. kami terlewat.. ahak.. sabar ajer la.. sesudah itu,exCFO.. En Sabri yang dah back to TM.. blanja kami makan nasi beriani kat Bangsar.. tergambar girang di wajahnya apabila beliau menceritakan kerjanya sekarang di Business Support.. ha.. ha.. ha... katanya ' kita kerja ni tentunya nak bekerja dalam keadaan 'happy'..". dalam hatiku berkata.. "betoi2.."

Sesungguhnya aku ni masih lagi terhutang ngan ketua2 projek ni.. report projek tak siap lagi arr.. ni gara2 posting data yang berdouble2 banyaknya oleh finance SSO.. kenalah check dan inform kat diorg akan kesilapan diorg tu.. baru selesai semalam..hari ni plak p TM,ptg plak siapkan report invoice MMC . Targetnya esok nak siapkan kija tu.. mesti siap.. Ameen! moga2 dipermudahkan!

Siang2, dah britau hasben yang bulan ni & next month agak busy.. dia hanya tersenyum.. macam biasa, tugas rumahtangga akan kuserahkan padanya.. Alhamdulillah dia faham..cuma kalo dah mulutnya bersuara pasal bowling.. so faham2 ajer la..

Macam2 yang dah berlaku.. nak berlaku pun ada..hujung bulan ni ada 2 jemputan ke kenduri kahwin sahabat hasben & my cousin..seboleh-bolehnya nak siapkan kija opis ni dolu.. tapi tampaknya perlu baagikan masa sebaik mungkin kerna mereka ni org rapat2 ngan kami berdua..
k.. nak lelapkan mata arr.. dah lewat malam ni.. lain kali kita crita ek! apapun, laluan hidup ini tak semudah kita sangkakan..jerit, perit, pahit mahupun manis.. rencah kehidupan. peace !