Dah siap.. sat tadi buat Puding Telur jap.. simple sangat2.. ahak! Ni adalah rutinku bila mana kpala dah makin bingung sikit.. hujung bulan.. hujung tahun.. dan hujung tanduk.. hihi.. tertekan juga dgn persekitaran alam kerjaku disaat ini.. telefon berdering, email bertalu-talu.. nak kejar dateline.. itu dan ini segala macam perlu diselesaikan dengan segera.. dan paling tak best.. mereka datang mengadapku.. dan meminta ianya dipercepatkan.. seboleh-bolehnya nak buat cepat.. tapi terpaksa ku tangguhkan.. sekejap sahaja.. dan masa itu dipaksa plak dan mengeluarkan pula suara yang sumbang.. terkilan sungguh dengan suara itu.. sabarlah! tangan aku ni dua.. dan aku perlukan penelitian sebelum apa2 fakta dikeluarkan..
Dan cara terbaik utk aku relax jap.. dgn memasak arr..hihi..masakkan kegemaran anak2 & suami.. sambil2 mengadunkan bahan2 utk menyiapkan puding tersebut, aku menyanyi.. hihi.. takper arr.. dah itu caraku.. nak buat mcm mana.. sesekali teringat ayat2 pedas org tu.. aku istighfar.. moga2 aku tak membencinya.. anggaplah ianya rencah biasa.. rutin kehidupan.. manusia tak sesempurna mana..kan!
Dan akhirnya terhasil jugak la.. Puding Telur ni.. bahagia rasanya.. hilang segala masalah kejap.. moga2 hari2 mendatang aku, kau & dia akan tabah menghadapi segala rintangan hidup ini kan.. wokey! Selamat malam.. aku tak marah dah..