Monday, November 16, 2009

~Kuih Kaswi ~

Kami berdua berkaraoke kejap slps hasben p main tounament TM di USJ
- July 2009

Malam dah pkl 11.00. Baru sahaja selesai buat kuih Kaswi.. Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni.. Agak busy ngan kija rumah & opis.. so kalo nak masak2, normally weekend arr. Tapi trend skrg, kami lebih suka membeli dr membuat apa2 kuih kat rumah.. kononnyer nak lebihkan masa dgn anak2 & hal2 rumahtangga yang lain. Tapi tu arr. Atas permintaan anak2, so sekarang ni back to normal. Kena masak2 kat rumah utk breakfast & dinner. Smlm, buat Nasi Lemak versi Opahku.. sedaya upaya saya cuba buat style Opah.. emm.. bleh arr sikit2. hihi. Alangkah gembiranya hati bila melihat suami, anak2 dan adikku si Eni bersarapan.. sejuk perut gue.. Tampaknya ianya memberi semangat pada saya utk berusaha lagi.

*

* Utk esok, saya baru selesai buat kuih kaswi. Firstly, p bli kelapa dolu, then buka internet cari resepi again.. :) bukan lupa cuma nak refresh balik arr. Alhamdulillah jadi jugak. jenuh jugak saa menggaulkan adunan kuih tersebut. Oo.. senang sangat. Kuih ni kegemaran hasben. SEkarang ni, kami berdua sedang berusaha utk buat Laksam versi Terengganu. So far, kuah santan dah jadi, cuma isinya masih lagi sedang mencuba. InsyaAllah, by the end of this month, jadilah tuu.

*

* Ok mata dah berat ni, nak beransur tidur. Mohon kemaafan jika ada tutur kata yang membuat anda terasa. maaf ek. Segala cirite ini luahan dari hati...:) //Impian Serikandi

Thursday, November 12, 2009

~ Ketika Cinta Memanggil ~

*Ada tiada rasa dalam jiwa

Rindu akan memanggil-Mu

Karna setiap jiwa t'lah bersumpah

Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa

Wangi bunga dunia tanpa nestapa

Segala yang dirasa hanyalah

diaHati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil

Gemetar tubuhku

Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil

Menderu sang rindu

Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu

Memanggil-manggil nama-Mu

Seperti terbang di langit-Mu

Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu

Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi

Ketika cinta memanggil

~ I Like this picture ~

Milik siapakah gadis ini?..
Its me.. dah besaq.. punyai suami & anak2
Again.. it's me.. with my abah & mak and Uncle ( Chu Din )

Monday, November 9, 2009

~ Kisah Rumahtangga & Aku ~

Dgn lafaz Bismillah.. pembuka bicara.
* * * * Dah lama jugak tak menjenguk blog yang kian bersarang ni.. mcm biasa hidup yang dipenuhi dgn cerita- ceritu.. yang best & tak best.. so melembabkan diri utk menulis sebarang karya di blog.
* * Oleh kerana saya masih sayangkan dgn alamat blog ini, sengaja saya tambah -2 kat blog ini. Ianya seolah-olah orang lama tapi bersemangat baru.. bleh? lagi pun saya tak berape ghemor ader orang ikuti perkembangan blog saya arr.. biar I follow U dont follow I ek.. bukan aper.. adakala tulisan saya ni agak kesedihan sangat dan barang kali membuatkan orang tertanya-tanya walhal saya hanya melepaskan rasa terkilan dan sedih sahaja.. segan plak orang ambe tahu akan hal ini.
Dah namanya hidup, segala perjalanan telah ditentuNya. Sebagai manusia, kita perlu menempuhnya dengan bijaksana.. bukan senang nak jadi senang kan.. hanya jauhari kenal manikam..
**** Kali ini rasa hati mengeluh lagi.. segera kutarik nafas.. AstaghfirullahalAzim.. Lewat malam kelmarin saya dapat call dari teman karib ketika sama2 belajar di Kuala Kangsar. Perasaan yang gembira tiba2 bertukar sedih bila kawanku ini memaklumkan yang suaminya ada hubungan yang serius dengan wanita lain. Beliau hanya menyedari apabila telefon hansbennya mempunyai meses yang dihantar dgn ayat2 cinta pada seorang perempuan. Utk rekod, beliau berjauhan denagn suaminya > dari 1 tahun. Beliau juga dimaklumkan oleh pekerja hasbennya yang perempuan tersebut kerap datang berjumpa dgn suaminya. * * Sebagai seorang kawan, saya bersimpati dgnnya. Sampai hati hasben dia buat macam itu padanya. Tergamak beliau curang.. ishh.. apa nak jadi dunia sekarang ni kan.. Isteri setia dan suami pula begitu..Nauzubillah.. Hidup berkeluarga tentunya ada pasang surutnya.. saya yang biasa2 ni sekadar menasihatkan teman saya ini agar buat macam biasa.. seolah- olah beliau tidak mengetahui ceritanya.. muhasabah semula akan kekurangan diri dan cuba atasinya..elakkan tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan.. berfikiran positif.. jaga makan minum, pakaian & tempat tidurnya.. dan yang penting berdoa agar dilembutkan hatinya.. sesungguhnya Allah sedang mengujimu.. maka bersabarlah..

Berikut adalah kata2 yang elok juga di baca & dihayati.. moga2 kita akan lebih bermotivasikan..

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamuyang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

*

*

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
** Sharing is Caring.. and Caring is Loving **