Monday, February 22, 2010

~ Kereta kancilku ~

Tak tahu nak mulakan dari mana..macam2 cerita yang nak diceritakan namun disebabkan kekurangan idea.. maka.. tak jadilah saya nak merencanakannya.. nanti-nanti arr.. tapi terpanggil- panggil utk meletakkan gambar2 di bawah ini.. jap2.. ek.. Gambar di atas di ambil, sewaktu p ke Pekan Kuale bersama mak & abah.. utk membeli barang2 dapur.. almaklumlah keesokannya adikku si Eni akan bertunang.. Hubby plak meminta saya utk mengambil gambar plate kereta ni.. dah macam "paparazzinita" plak..hihi..i follow ajer la..

Gambar ni plak di ambil sewaktu pulang semula ke sini.. rasenya masa ni kat area Rawang.. sekali lagi hubby minta agar saya mengambil gambar plate kereta ni..

emm.. kali ni hasben hanya tersenyum.. suka sangatlah tu.. rupa2nyer plate keter diorg tu sama ngan keter kancil kami..ahak.. kereta yang banyak berjasa.. kereta tu jugaklah yg menyembabkan saya terbabas melanggar bumper kereta waja milik jejaka cina kira2 4 tahun yang lalu.. huhu..dashyat jugak pemanduanku suatu ketka dolu.. tapi rasaanya taklah laju.. cuma masa tu.. tak sabar.. dah lambat p kija.. so redah ajerlah.. tak sangka kat atas bukit tu.. ada sebuah keteta yang sedang brek.. emm.. wassalam dom la..

Kereta kancil tu juga pernah dirempuh oleh seorang pelajar praktikal di opis. Masa tu, hasben baru sahaja menghantarku ke tempat kerja..di satu simpang sewaktu menunggu kenderaan lain masuk ke pagar MTDC tu, sebuah motosikal merempuh kereta kecil molek ni..pecah lampu kereta depan.. Namun hasbenku taklah marah.. nak juga minta ganti rugi.. tapi bila adik tu kata yg beliau masih belajar.. terkedu juga utk hasbenku berkata..

Plate kereta kancil kami ialah WLE 1654. Sudah 7 tahun lebih kami membelinya.. Alhamdulillah dah pun habis bayar.. Dalam kehebatan org2 opis utk membeli kereta baru.. .. banyak juga jasa kereta kereta kecil ni.. aku masih lagi s.e.t.i.a dgnnya.. kira2 4 tahun yang lalu, hubby ada beli kereta @ van avanza.. ahak.. tapi sampai la ni.. masih lagi tak berpeluang utk membawanya.. besaq sangat.. dah macam lori.. hihi..saya lebih prefer kancil tu.. tapi kalo abang nak upgrade.. Myvi pun jadi la..warna putih tau..ahak !

Tuesday, February 2, 2010

~ Lima Penawar Hati ~

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 : 1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya 2) Mengosongkan perut 3) Bangun bersolat malam 4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur 5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
  • Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
  • Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
  • Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
  • Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

  • Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

  • Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya. Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Monday, February 1, 2010

~Rasa terkilan pada si comel ~

Pejam celik dah pun masuk bulan February..wah dengan langkah bergaya & berkeyakinan.. aku terus melangkah kehadapan.. kepayahan & keperitan yang dilalui suatu ketika dahulu, benar-benar mematangkan fikiran & peribadi. Pedulikan kata orang.. rasanya tentu korang ada terbaca & mendengar ceramah agama mengenai seorang tua dan anaknya yang mempunyai seekor keldai.. Cerita tersebut jika dibaca mahupun diceritakan, tentunya terdapat unsur2 nasihat & motivasi diri utk pembangunan insaniah seperti kita semua. Nanti korang baca ek !
Disini juga aku terkilan yang amat sangat.
Pagi sabtu yang lalu, sewaktu menyidai kain di halaman rumah, aku terdengar suara yang sayu2 ajer kedengaran.. ntahlah, barangkali bunyi telefon..( suara kucing.. yang sayu2 ajer kedengaran.. ) tak sangka pula bunyi itu kian kuat kedengaran.. dan rupa2nya kelihatan 2 ekor kucing yang baru lahir berteduh di tepi halaman rumah kami.. lantaran suara anak kucing itu kian kuat, terus aku panggilkan suami & anak2 utk melihat "keluarga baru kami"..
Dengan senyuman sinis, suamiku memandang si anak kecil kami.. "Ha.. Aishah.. ni adik Aishah.." Alangkah gembiranya si anak kecil ini apabila dimaklumkan sebegitu rupa.. rasanya jauh difikirannya, beliau mengharapkan agar ummi & abahnya akan membela anak kucing yang comel ini... sebelum ini si Aishah kerap bertanya, katanya.. " Ummi! Bila ummi nak beli baby baru?" Terpaku aku mendengar suara anak kecilku ini.. Rasanya beliau selalu nampak baby2 kecil kat Taska tuu.. tentunya beliau geram & suka sangat..hahaa.. sabarlah Aishah..takde rezki lagi nak..
Berbalik dengar cerita 2 anak kucing yang tadi.. Dina & Hafiz bersungguh-sungguh utk menjaganya.Lantaran itu, mereka telah mengambil sebuah kotak kasut sukan abahnya untuk dibuat tempat tidur anak kucing tersebut. Siap dengan cebisan nasi & sepiring kucing lagi. Kami berdua hanya tersenyum. Namun sempat juga, suamiku memaklumkan yang anak kucing itu memerlukan ibunya untuk terus hidup sebabnya susu ibunya lebih berkhasiat & mempunyai sistem imunan yang baik. Tapi tu arr.. ibunya tak juga kunjung tiba.. kesian pada merekan kan..
Petang tadi, sesampai di rumah.. trus si Aishah & abahnya ke tempat beradu anak2 kucing tu.. dan didapati seekor telah mati.. & seekor lagi masih hidup namun nyawa2 ikan sahaja.. hasbenku cakap.. tengah nazak ni..
Hati dah gelisah.. terus ku ambilkan air putih & susu tepung si Aishah.. Air putih kulapkan pada muka & badannya.. sementara air susu utk diberi minum pada anak kucing tu.. sempat jugaklah aku mendenar suaranya yang seperti meronta-ronta kesakitan..ntahlah mungkin sakit mungkin juga keletihan yang amat sangat. Bayangkan anak2 kucing ini ditinggalkan begitu sahaja tanpa belaian dari ibunya yang ntah ke mana.. geramnya..
Dan akhirnya anak kucing itu mati juga. Tak boleh nak gambarkan rasa sedih kami seisi keluarga.. Dengan bantuan suamiku, selepas maghrib, kami telah menanam bangkai 2 anak kucing tersebut di depan rumah. Itu arr, terkilan sungguh...
Anak2 memang suka akan kucing, kalau balik ke kampungku di Kuala Kangsar, habis dikejar & dibelainya. Kucing pun takut dengar diorang ni. hihi.. Utk pengetahuan smua, abahku membela 11 kucing.. pernah dulu adikku si Iwan & Ipin cuba membuang sebahagian dari kucing tersebut, namun abah sempat menyelamatkan kucing2 tersebut. Ahak..terguling-guling kami bila mana menerima cubaan tersebut.
Oklah.. hari ni cerita bab kucing ajer.. k. biasalah, walaupun kita kena menjaga hubungan dengan Allah namun begitu hubungan dengan manusia & alam pun kena jaga juga. Janganlah kita menjadi manusia yang angkuh! Kerna yang hidup dimuka bumi ini tak kekal lama.. Waalahualam..