Pejam celik dah pun masuk bulan February..wah dengan langkah bergaya & berkeyakinan.. aku terus melangkah kehadapan.. kepayahan & keperitan yang dilalui suatu ketika dahulu, benar-benar mematangkan fikiran & peribadi. Pedulikan kata orang.. rasanya tentu korang ada terbaca & mendengar ceramah agama mengenai seorang tua dan anaknya yang mempunyai seekor keldai.. Cerita tersebut jika dibaca mahupun diceritakan, tentunya terdapat unsur2 nasihat & motivasi diri utk pembangunan insaniah seperti kita semua. Nanti korang baca ek !
Disini juga aku terkilan yang amat sangat.
Pagi sabtu yang lalu, sewaktu menyidai kain di halaman rumah, aku terdengar suara yang sayu2 ajer kedengaran.. ntahlah, barangkali bunyi telefon..( suara kucing.. yang sayu2 ajer kedengaran.. ) tak sangka pula bunyi itu kian kuat kedengaran.. dan rupa2nya kelihatan 2 ekor kucing yang baru lahir berteduh di tepi halaman rumah kami.. lantaran suara anak kucing itu kian kuat, terus aku panggilkan suami & anak2 utk melihat "keluarga baru kami"..
Dengan senyuman sinis, suamiku memandang si anak kecil kami.. "Ha.. Aishah.. ni adik Aishah.." Alangkah gembiranya si anak kecil ini apabila dimaklumkan sebegitu rupa.. rasanya jauh difikirannya, beliau mengharapkan agar ummi & abahnya akan membela anak kucing yang comel ini... sebelum ini si Aishah kerap bertanya, katanya.. " Ummi! Bila ummi nak beli baby baru?" Terpaku aku mendengar suara anak kecilku ini.. Rasanya beliau selalu nampak baby2 kecil kat Taska tuu.. tentunya beliau geram & suka sangat..hahaa.. sabarlah Aishah..takde rezki lagi nak..
Berbalik dengar cerita 2 anak kucing yang tadi.. Dina & Hafiz bersungguh-sungguh utk menjaganya.Lantaran itu, mereka telah mengambil sebuah kotak kasut sukan abahnya untuk dibuat tempat tidur anak kucing tersebut. Siap dengan cebisan nasi & sepiring kucing lagi. Kami berdua hanya tersenyum. Namun sempat juga, suamiku memaklumkan yang anak kucing itu memerlukan ibunya untuk terus hidup sebabnya susu ibunya lebih berkhasiat & mempunyai sistem imunan yang baik. Tapi tu arr.. ibunya tak juga kunjung tiba.. kesian pada merekan kan..
Petang tadi, sesampai di rumah.. trus si Aishah & abahnya ke tempat beradu anak2 kucing tu.. dan didapati seekor telah mati.. & seekor lagi masih hidup namun nyawa2 ikan sahaja.. hasbenku cakap.. tengah nazak ni..
Hati dah gelisah.. terus ku ambilkan air putih & susu tepung si Aishah.. Air putih kulapkan pada muka & badannya.. sementara air susu utk diberi minum pada anak kucing tu.. sempat jugaklah aku mendenar suaranya yang seperti meronta-ronta kesakitan..ntahlah mungkin sakit mungkin juga keletihan yang amat sangat. Bayangkan anak2 kucing ini ditinggalkan begitu sahaja tanpa belaian dari ibunya yang ntah ke mana.. geramnya..
Dan akhirnya anak kucing itu mati juga. Tak boleh nak gambarkan rasa sedih kami seisi keluarga.. Dengan bantuan suamiku, selepas maghrib, kami telah menanam bangkai 2 anak kucing tersebut di depan rumah. Itu arr, terkilan sungguh...
Anak2 memang suka akan kucing, kalau balik ke kampungku di Kuala Kangsar, habis dikejar & dibelainya. Kucing pun takut dengar diorang ni. hihi.. Utk pengetahuan smua, abahku membela 11 kucing.. pernah dulu adikku si Iwan & Ipin cuba membuang sebahagian dari kucing tersebut, namun abah sempat menyelamatkan kucing2 tersebut. Ahak..terguling-guling kami bila mana menerima cubaan tersebut.
Oklah.. hari ni cerita bab kucing ajer.. k. biasalah, walaupun kita kena menjaga hubungan dengan Allah namun begitu hubungan dengan manusia & alam pun kena jaga juga. Janganlah kita menjadi manusia yang angkuh! Kerna yang hidup dimuka bumi ini tak kekal lama.. Waalahualam..