Look at me in 20 years from now!
Make yourself older! See your face in 20 years
Insan kerdil mencari sedikit ruang untuk meluahkan apa yang dirasa, didengar dan dilihat.
Kami menerima berita sedih tersebut pada pagi Khamis jam 5.40pagi. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kem Latihan Tentera Di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada mulanya, kami ingatkan beliau kena 'ragging'., rupanya beliau meninggal dunia disebabkan Demam Denggi Berdarah. Ianya dapat dikesan setelah beliau dibedah siasat & dimaklumkan oleh Pegawai Pemerintah Pusat Latihan Tentera itu sendiri kepada keluarganya. Kami 5 beradik mengiringi jenazah dari Port Dickson ke Ipoh pada petang tersebut. Arwah selamat dikebumikan secara ketenteraan pada lewat malam kira2 11.15mlm di Tanah Perkuburan di Chemor.
Ini adalah berita kematian yang kedua utk kami seisi keluarga setelah perginya Opah tercinta pada May 2009. Tak terucap dengan kata2, kerana ajal, maut smuanya ditentu olehNya.
Arwah amat rapat dengan adik2 lelakiku. Sedari dulu, beliau bercita-cita memasuki tentera kerana ingin mewarisi ayahnya.
p/s: Kurang arif akan bahaya Demam Denggi..
Selamat malam buat diriku... haha..satu kredit utkku yang kini mnjejaki umur awal 30-an.. smlm,nth mcm mana buka FB, tampaknya kawan2 yg aktif mula meletak gambar muda2 dolu.. waduh.. abis ditag gambo 'beta' skali.. Gambar kat atas ni masa di aspuri SMRPK di Kuala Kangsar..form 4 rasenyer.. tersenyum sorang2 melihat gambo dolu2..zaman tu kira2 dah jadi mcm style arr.. kalo bergambo mesti sengetkan kepala.. haha..konon2 gambo manja ler.. tapi rasenyer pasal geng suka kutuk kat sorang kakak ni yg suka bergambo dlm keadaan sebegitu rupa..nahh.. dah terikut-ikut..
Mood nak mengarang kat blog ni kian teruk arr.. busy ajer ngan kija kat opis..mengejar dateline ajer..nak bergaul ngan geng pun jadi tak best..disebabkan seboleh-bolehnya nak settle kija cepat2, so tak payah arr datang kija pada hari cuti..itu target arr.. kija dah tentu banyak..so kena rancang baik2 arr..kalo tak, sakit kpala tahap gaban.. haaha.. itu yg tak sanggup di terima. So far so good arr.. berjalan seperti yg dirancang..
K, 'beta' nak berundur dolu.. tak tahu bila nak ngarang balik.apa pun moga2 Allah mempermudahkan perjalanan hidup kami seisi keluarga...Ameen !