Hi.. lama juga saya tak 'menyonyet'kan.. tatkala kesibukan kat opis & rumah yang mencapai tahap gaban.. kui kui..
Walaupun namanyer berpuasa.. namun rutin kerja yang padat membataskan saya untuk berblog.. waduh.. sampai bila macam ni kan.. "Ya Allah ! Moga2a dipermudahkan segala urusan hambaMu ini!"
Seawal Ramadhan dah sibuk dengan kerja2 penutupan akaun.. ianya memerlukan gue membuat analisis dolu.. then preparekan data utk di journalkan.. antor kat Finance SSO.. lepas tu buat report plak.. antar kat smua ketua projek & ketua program.. dlm pada itu inbois plak nak dibuat..TNT staff plak datang mencurah-curah.. kalo aku buat tak tau.. naik rimas plak nengok form2 tersebut atas meja.. nak tak nak, HARUS gue buat.. sebab itu tanggungjawab gue!
Sekarang ni plak sibuk ngan siapkan detail projek.. > 40 projek.. sehingga catatan ini dibuat, dah 35 projek siap... lagi 10 lagi. TNT staff plak dah sampai ! rutin yang takde penghujungnye..
Esok~ gue nak p kija.. siapkan bakinya..
Gue takdelah tringin nak buat OT, tapi selagi kerja ini tak selesai..tak senang duduk dibuatnya.
So far, Alhamdulilah En Ahmad baik orangnya cumanya saya segan tatkala meja dipenuhi dengan paper work yg berkaitan ngan projek. Dia berlalu sambil tersenyum..I'm shy la..hihi..
Alhamdulilah hasben & anak2 pun ok. Masing2 tahu akan komitmen diorng. Terharu juga melihat kesungguhan mereka smua. Perihal rumahtangga menjadi mudah. Taklah sempurna sangat.. at least rumah kami ok. Kalo bab2 masak, masak pun biase2 ajer la . Tahun ni, hasben cakap tak payah buat kuih raya.. beli sikit2 ajer memandangkan keadaan dapur kami tidak mengizinkan..Syukurlah !
Ok smua, sampai disini sahaja.. kurang dari 9 hari lagi utk kita sama2 menghabiskan puasa di bulan penuh barakah ini. Mari kita laksanakan sebaik mungkin.. sesungguhnya berpuasa bukan sahaja bererti menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan (bergossip, berpakaian dan pandangan mata..)Moga2 amalan ini dapat diteruskan sampai bebila.. hehe ! ingat tu June @ Junaidah ~ my cousin.
Tahun ni raya kat Ganu dolu ! Caiyok..
p/s~ Hana,Tahun ni tak bleh berbuka kat rumah kiter.. Maaf ek!