Sunday, September 27, 2009

~ Kembara sempena AidilFitri ~

Alhamdulilah..dah sampai rumah doh.. kali ini Hari Raya yang dilalui memang best arr.. Nok citer dari mane pung tak tahu.. but yang penting.. pengembaraan Ley & Yah seisi keluarga bermula dari Bandar Seri Putra -> Marang, Terengganu ( 5 hari 4 mlm) -> Selingsing,Pasir Putih, Kelantan ( singgah jap jer )-> Kuala Kangsar (3 hari 2 malam ).. sedikit sebanyak mengajar kami ni dgn pelbagai ceritanya..
*
*
*
*

~ Pesta lampu di Highway sedang bermula..Perantau yang balik kampung.. ramainyer..~

~ banyak jugak keter yang tersadai kat tepi jalan, dek kerana enjin yang dah berasap..

sumber; dari Ir Ley.. hihi ~ *

*

*

Kami bertolak dari KL, lepas solat Jumaat..seperti yang dijangka, sesak yang amat sangat kat Highway Karak.. tapi tak nampak plak pemandu2 muka tesion.. tampak cool ajer.. almaklumlah nak balik beraye..so tergambar wajah2 keimanan pada smua orang.. hehe.. baguslah...

sepatutnya kami balik malam kelmarin but sebab kemas rumah dolu2, siapkan pakaian utk berjalan jauh.. lantaran keletihan yang amat sangat.. ianya ditangguh keesokan harinya.

~Drebar kami, cool & steady..~

Kami singgah makan kat R&R Temerloh jam 7 ptg.. masa tu tak tau plak time buka posa kat area sane.. so masing2 memandang sesama sendiri.. kot2 dah sampai waktunyer..nak gelak pun ader.. tapi nyarislah tuan kedai kat situ semacam bagi signal waktu berbuka..rupa2nyer kat saner cepat 4 minit dari KL.. Kami sekeluarga berbuka Nasi Ayam cap kedai ajer la.. Alhamdulillah..

Tapi tuu la, selang beberapa minit, sedang azan maghrib berkumandang di TV.. Si Aishah bersuara. "Umi.. abah..buthan le.. baru bleh mathan ( makan ).." Suarenyer punyerlah kuat.. tersengih makcik kat sebelah kami..Biasenyer di rumah, kami berpandukan TV atau Radio. Aku plak menggosokan tangan ke bahunya sambil menerangkan pada dia akan situasi itu. Sambi tersenyum, dia tunduk... malu agaknya..
Kami sampai ke rumah ma & abah di Marang lebih kurang 10mlm. Sepanjang berada di sana, kami sekeluarga berkesempatan berpuasa bersama ma, abah & adik2. Sempat jugaklah bantu buat Laksam dan Sate.

~Hubby bersama keluarganya.. semua ader kecuali Abg Fadhil~

~Sebelum balik, sempat singgah kat kedai kopok lekok..blikan ole2 buat Family di Perak~

~ Keasyikan membeli-belah kopok lekok.. yumm2 sedapnyer ! ~
Raye ke-3 kami mula bergerak ke Perak melalui Kelantan. Semestinya biase, kena singgah dulu ke rumah nenek Hasben kat Selingsing, Pasir Putih. Di sana , kami berkesempatan beraya ke rumah saudara-mara sebelah Ma, dan paling sayu bila melangkah masuk ke rumah nenek sedara ( adik nenek Hasben ), yang berusia dalah lingkungan 40-an tahun. Punyai anak 5. Rumahnyer ok.. tapi dia buta penglihatan. Menurut hasben, nenek ni buta sejak melahirkan anak ke 2. Kita tengok mukanyer pun tak sampai hati.. sayu & pilu ajer bila mana melihat akan fizikalnya.. cantik orangnya. Alhamdulilah, suaminya sabar dan baik orangnya. Lewat petang tu (6 ptg ), kami mula bergerak ke Kuala Kangsar melalui Machang..
~ jalan ke Pasir Putih.. pung jem.. ~ ~ di Kg Selingsing, Pasir Puteh, Kelantan
saujana indah mata memandang...hijaunyer ! ~
~ kat Machang..tak bergerak 3 jam.. gara2 orang ramai yang kluar beraye.. ~ *
*
*
*
*
Dalam keadaan hujan renyai2, kami melalui kawasan Machang utk ke Kuala Kangsar. Lagi sekali.. sesak yang amat sangat.3 jam lebih tak bergerak-gerak. Waduh..nyarislah Aidil Fitri setahun sekali. Kalo berkali2 jenuh jugaklah nak menempuhnya..hihi..muka drebar kali ini.. dah muka tension.. co~ pilot masih 'in control'. Anak2 kapal pun ok. Kami sampai Kuale jam 1.15 pagi.
~ Gambar di atas ~
Bersama keluarga hasben di Kg Tok Fakir, Marang, Terengganu
*
*
* Pada Hari Raya ke-4, smua adik beradik kami berkumpul. Cuma Epul ajer yang takde. Beliau dah mula bertugas pada Raye ke 3. Walau bagaimana pun, sempat jugaklah kami menziarahi keluarga mertuanya kat Kg Kledang, Sayong yang jugak rumah rakan sepejabat~ Kak Wardiah. bukan 2 or 3 orang.. tetapi lebih 15 orang.. dengan 4 kereta. sebenarnya dah lama tak 'konvoi satu family..' tak sangka plak raye ni kami dapat berkumpul & beraye bersama-sama. Mak & Abah adalah orang yang paling hepi..Alhamdulilah..

*

*

*

*

*

Walaupun beraye, sempat jugak saya dan hasben utk turun ke Pekan Kuale.. wajib makan cendol kat Lembah... hihi.. lepas tuu p round Bukit Chandan, ambil udara yang nyaman.
Ntah mcm mana, ternampak Lin & family ( Hr dept )... sempat jugak beliau membeli 'gebor' kat situ... :)
*
*
*
*
* Pada mana2 family yang nak berjalan- jalan sambil 'bershopping', elok sangatlah turun kat pekan "keme'.. Bandar Diraja Kuala Kangsar. Sebuah pekan yang kaya dengan lipatan sejarah yang mengkagumkan. Pelbagai khazanah lama & klasik yang bisa membuat anda semua ternganga..( takjub la tuu..)
*
*
*
*
OK, dah larut malam, to be continue.. bila tu?.. bila2 free la ek..gambo kat Perak.. tak sempat nak upload lagi.. nanti2 lah ek !
*
*
*
Esok dah mula busy balik.. nak tutup akaun bulanan opis plak.. then proses report project.. ntah bila nak berblog lagi ni..apa pun semoga kita semua didalam limpahan kasih sayangNya. Amin !

*

*

*p/s~ Anugerah dari Ilahi kerna memberikan kehidupan yang sempurna buat kami semua, Alhamdulilah... (waduh. very touching..)