Thursday, April 22, 2010

Hari ni ialah hari Khamis.. bersamaan 22 April. Seperti yang diwar-warkan, kami di TMR&D menyahutnya dengan berpakaian HIJAU.. hebatkan.. walaupun kami di finance ni muka2nyer serius namun kalau bab bergambar ni.. tak pencen lagi, automatik selamba & keayuan terserlah.. hihi..( orang lain smuanyer ayu.. kita sorang ajer yg nampak bam2 ).. Jap2..sebelum itu nak ceritakan sedikit perihal "Hari Bumi"...

Hari Bumi ,yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun, telah diperkenalkan pada 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang.

Gambar mereka berdua ni nostalgia sungguh.. macam mana bleh pandang ke sana.. dah mcm zaman 70-an arr.. hihi... caiyok!
Ada lagi gambar teman2 yg turut bewarna hijau ni..meh kita cuci2 mata ek!
Korang kenal kot.. hihi..
Sekumpulan teman2 yang turut serta..
Orang kuat Unit Photonic ni..
Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna. ( Ni ayat2 dr org TM ni..) Selamat menyambut Hari Bumi! Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok.