Tuesday, June 30, 2009

~ Majulah sukan untuk negara ~

  • Video ini tidak melambangkan apa2 dalam ceritaku kali ini cumanya suka akan lagunya..
  • ~" Ipoh mali talak sombongerr.. "~

Untuk hari ini., takde cerita yang menarik, cuma yang biasa2 ajer.. macam biasa kija dihujung bulan agak mencabar minda..namun gue selesa. Utk hari ini, aktiviti di waktu lunch, kami seopis p Alamanda ( kecuali Cik Kuna yg joins Sembang2 ngan CEO..)

Kami nak cari baju swimming muslimah..niatnya nak belajar berenang dan kembali maintain sihat ler.. so dari satu outlet ke satu outlet kami redah.. sesekali nak juga masuk kedai kasut.. tapi memandangkan niatnyer sebegitu dan demi mengejar masa yang singkat ini.. taklah masuk kedai lain pun.. Smuanyer gara2 masing ada minat nak belajar berenang dgn staff yang dah 'terrer' berenang.. so masing2 pakat nak beli swimming sut ala2 muslimah.. macam gue ni.. adelah jumpa baju tu.. tapi terasa macam balut nangka la plak..tak selesa.. so tak beli.. dalam ramai2, Chu ajer yang bli.. gue, ct and Eva.. masih lagi berfikir-fikir.. date linenyer before this Friday.. so guest.. dont forget ek!

~Majulah sukan untuk negara~

Monday, June 29, 2009

~ Koleksi Hasben ~

Baru sahaja selesai berbuka puasa.. Dapat jugak kiter menghabiskan posa yg pertama di bulan Rejab ini. Kiter berbuka dirumah sahaja. Cukup sekadar makan nasi putih dan sambal sardin bersama dgn sambal belacan.. emm.. Alhamdulilah.
Selepas itu mandi dan solat. Berehat sekejap. Dan macam biasa, melayari internet~ buka favorite blog arr serta mendengar alunan bacaan Alquran dari Akademi Alquran.. syahdu sungguh..
Seawal remaja dolu, abahku menghantar kiter menuntut ilmu taranum dgn tok guru kat kampung. Perasaan malu itu kiter tepis jauh2, tapi malangnya blajo pun separuh jalan sahaja. . tapi sempatlah wakil sekolah sampai peringkat daerah ajer.. Tampaknyer kiter cenderung pada bidang dakwah, jadinya lebih kepada terlibat dgn Nasyid dan kegiatan dakwah di peringkat Negeri dan Kebangsaan sahaja. Jadinyer kelas taranum taklah habiss.. emm.. bila dah berumur ni, barulah menyesal.. Selepas kiter, adik kiter si Eni pun turut ke bidang ini.. Alhamdulilah dia ok dari kiter yang biase2 ni.. kalo ader jemputan dan pertandingan.. pastinya beliau turut serta..tak pastilah kami ni ikut sapa, tapi mak ada kata yang atuk kiter ni antara orang yang mahir dalam bidang agama.. so selok belok mengaji , bertaranum dan mengajar orang mengaji ni.. memang kija dia.. arwah juga aktif dalam dakwah & politik semasa pada zamannyer.. emm parti bulan.. hihi..Rasenyer hanya kiter dan Eni ajer yang ikut arwah yang meminati benda2 begitu.. walhal adik2 kiter yang lain.. 60-an.. ish naik geli kiter tengok diorang.. tapi itulah minat iwan, ipin epul dan pendi..
Macam hasben plak, dia ni jenis follower ajer.. layan ajer aper yang didepan mata.. tapi bila dan jadi isteri barulah kiter perasan yang beliau ni suka benda 2 alam.. robot dan seangkatannya.. kat rumah penuh dengan koleksi .. suka benor robot2nyer ini.. tampak tak matang but very cretif person.. I agree.. dalam diam, beliau mengadun robot2nyer.. dari pecahan2 ( baru beli ) sehingga terbentuk robot tersebut. Kalo kiter, mungkin tidak. Tapi nak buat macam mana.. dah hobi dia.. layan ajer la..
Ok, salam manis buat smua!

Sunday, June 28, 2009

~ Takde citer pun ~

Hari ni dah pun hari Ahad. Tapi dah dapat gambaran aper yang perlu dibuat dalam 2-3 hari ni. Masih lagi busy ngan kija kat opis. Almaklumlah hujung bulan, jadinyer terdapat data yang perlu diselesaikan sebelum tarikhnya berakhir pada 2 Julai ni.. lepas tu buat report plak.. emm tak sangka lama jugak kiter duduk kat R&D, lebih kurang 7 thn 2 bulan arr.. namun begitu pelbagai benda yang berlaku takkala kiter kija kat R&D ni. Syukur Alhamdulilah..dapat jugak kiter redahinyer, tak sangka pung.. ingatkan rebah ditengah jalan.. tapi tekad hati utk mengatasinya.. biarlah dengan kata orang, letih nanti diamler hihi..
Biaselah manusia, orang akan bertepuk tangan bila kita tewas.. kan. Takjubnya kiter melihat kemajuan R&D skrg ni.. dolu2 kat UPM, menyewa bangunan ngan MTDC, lama juga berada di sana. Pejam celik dah genap setahun berada di Cyberjaya. Pantasnya juga masa berlalu. Tak sangka berada di sini sebegitu lama.
Baru sahaja selesai melihat gambar2 lama. Gambo kat atas ni adalah antara yang menyebabkan kiter tertarik utk masukkan kat blog arr.Masa itu kat opis ada sambutan hari jadi, yang ke berapa tak pasti arr. Namun suka plak kiter melihat gambo ni.. staff tersebut saudara Ezam. Kak zue suka bebenor gossipkan aku ngan dia ni. Cehh tak sesuai langsung.. but i'm happy becoz i get a new frendz.. yazza.. Ntah ke mana mamat ni. Sejak beliau resigned.. trus senyap..
Mcm biasa, dah malam arr. Tak reti2 nak tidur ke..alamak tringat plak kat Andy Hakim ( DJ kat THR Gegar Monday- Friday jam 4pm until 8 pm ).
Akhirul kalam, moga2 ikhwanul muslimin ini berkekalan ek. Harap sangat korang tak jauh hati ngan citer-citun kat dalam blog ni.. ianya sekadar luahan nurani..
Jiwa ragaku masih lagi berdebar-debar ni..
Ya Allah ! Permudahkanlah urusan ku ini, Amin!

Saturday, June 27, 2009

~ Catatan semasa ~

Jam dinding kat PC menunjukkan dah pung pukul 11.13malam. Baru sahaja selesai 'bergayut' ngan teman lama.. Pazalina. Lebih 5 thn tak dengar cerita tentang dia ni. Ntah macam mana tergerak hati nak kemas almari make-up yang tampaknya dah penuh dgn kertas ntah aper2.. so 5S bermula la.. tak sangka plak terjumpa kad kahwinnya.. tertera no phone rumah. so aku decide nak calllah. Sekadar bertanya khabarlah.. terasa sukanya hatiku bila dapat tahu yang beliau kat Ipoh.. so bertambahlah kawan2 aku sekiranya percubaan aku berjaya.. do you know what I means.. hihi.

Selesai itu, kiter sambung balik kija yang tertangguh.. ok la. DApat jugak settle dgn jayanya. Sementara menunggu kepulangan hasben and anakku, macam biasa melayari internet. Teringat plak petang tadi hasben buka youtube.. katenya beliau tertarik dgn cara si mamat ni main bola tampar.. kiter pun tumpang sekaki la.. emm.. memang bagus arr, orangnya yang tinggi lampai berjaya menggunakan 'skill'nya yang bersahaja. Dashyat tu..

Teringat plak zaman dolu2 masa sekolah dolu.. kami terkenan dgn gaya & aksi si Chun..jaguh bola tampar.." moero attack".

Ok, nak beradu tido jap. Tak larat nak tunggu hasben arr. barangkali keletihan sebab hari ini kiter p opis, kija hujung bulan arr.

Caiyok!

Thursday, June 25, 2009

~yOUR mAGICAL 30 ~

Wednesday, June 24, 2009

~ Suara Hati ~

Dalam mengharungi kehidupan ini, tentunya ada cacat celanya. Sebagai makhluk yg digelar manusia, seharusnya aku lebih memandang ke hadapan. Dalam pada itu, melengkapkan diri sebagai yang diri yang berkaliber, menjadi isteri dan ibu pada anak- anakku. Tak terlintas utk membiarkan hati orang lain merana dek kerana tindakan yang bakal aku lakukan ini.
Ya, benar. Aku bukanlah seorang insan yang sempurna, namun aku juga punya naluri. Selama mana aku disini, ingin juga dihargai.. tapi kerdilnya aku utk bersuara. Bagiku tindakan ini lebih wajar dari semuanya. Bukan juga pentingkan diri sendiri, tapi lebih fokus ke arah kesejahteraan.
Doakan yang terbaik utk kami semua. Caiyok!

Monday, June 22, 2009

Penguins

Saturday, June 20, 2009

~ Abah yang rajin~

Baru sahaja selesai menonton Buletin Utama TV3.. dan masa ni masih terfikir nak kluar ke tidak.. lewat petang tadi hubby ajak p Pasar Malam.. atau mungkin The Mines.. tapi tampaknyer tak g mane2 la kot.. sebab drebar dah mula masuk bilik tidur. Tampaknya malam ini makan roti ajer la.

~ Buat aper bang? ~

~ Kusyuk mengadun kuih cekodok pisang ~

Dan Umminyer macam biase mengupdate blog.. hihi.. jgn marah ekk.. hasben suka buka blog mudah.com.. katenyer nak tengok latest info.. yg boleh ditimbang cara harga item2 semasa.. pernah juga kami menjual semula scanner dan meja makan kat laman web tersebut.Tak sangka sambutannya macam 'pisang goreng'.. berdering-dering tipon..

~Hasben nak bertukar jadi Tomen ~

Untuk hari ini.. kami mulai dengan aktiviti berjogging di awal pagi. Alhamdulilah.. udara nyaman..lambat plak peluh keluar tapi badan rasa segar arr.. Selepas itu bersarapan kat kedai. disebabkan kami agak bertenaga.. maka hasben ajak saya buat kuih cekodok pisang, so saya sediakan bahan2 dan hasben yang campurkan adunan tersebut. Saya menggorengnya pada petangnya sambil menonton citer Hundustan 'Baazigar' lakonan Sharukh Khan & Kajol. Emm sedapnyer cekodok!

~Posing jap dgn anak teruna~

Untuk hari ini, itu sahaja yang berlaku. Masa yang ada dihabiskan dirumah bersama anak-anak. Alangkah seronoknya jika peluang itu sepenuh masa kan.. tapi tak boleh lagi. Tugasku belum selesai.. tunggukan sahaja saat itu.. Amin!

Friday, June 19, 2009

~4 perkara sebelum tidur ~

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
sumber dari;- Halaqah.net

Thursday, June 18, 2009

~ Hepi2 to all abah ~

Jam didinding menunjukkan kira2 pukul 11 mlm.. apasal mata tak bolek dilelapkan walhal esok masih lagi berkija.. saya menarik nafas panjang kerna seolah-olah dah kebosanan tahap ultraman ni.. tapi demi keluarga.. harapan dan cita2 abah dan hasben aku redah ajer.. niat dihati nak jadi isteri kat hujung ceruk dapur.. nak berbakti pada keluarga sahaja, tapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan.. kugagahi jua..menjadi wanita yg berkija..
Syukur Alhamdulilah kerna kealpaan masa lalu menjadikan saya agar lebih kuat berkija dan berusaha utk memajukan diri dan keluarga.. teringat plak zaman masa mula hidup menjadi suami isteri.. hasben pakai motor kapchai ajer.. ape lagi wang ditangan taklah seberapa mane.. tapi kami berdua tekad utk mengatur langkah lebih 'straight forward '.. kata hasben jgn toleh pada kekecewaan.. tapi rancang agar hidup lebih sempurna.. hasben saya walaupun bukanlah orang bidang kire2.. tapi disiplin dalam pengiraan lebih cekap dari saya yang biase2 ni.. pandai plak masak.. lipat kain pun lagi la terer dari aku yang poyo ni..
Alhamdulilah.. hasben macam abah.. tak plak merokok..dan rajin tolong bini kat dapur aper lagi kemas rumah..kalo bab memasak pung terer.. apa la nasib kita yg biase2 ni.. ksian die.. tapi kalo kat dapur.. tolong2 jugak la.. cover aper2 yg patut..
Kalo p kija .. biasenyer die suka nyanyi lagu rock leleh.. lantas slalunyer saya pintas ngan lagu2 nasyid.. terdiam kawan.. tapi biase la.. dah p kija sama2.. kat umah jumpa.. nyarislah opis berlainan tingkat ajer.. tak tahu la ..
Biasela dengan cakap2 org.. saya tersentuh.. tapi bak kata si Aziah..' lantak orang la kak.. buat tak tau ajer..'kekadang tu.. mimik muka biase ajer.. tapi gelora hati.. beralun-alun ajer..
Apasal plak gue citer pasal hasben ni.. emm.. oh ya! kesempatan yang ada ini nak wish Hepi Father Days to all the aBah.. termasuklah hasben gue.. tochey2X.. sesungguhnya kaulah pelengkap pada kehidupanku.. (jiwang karat jap, walhal kalo kat depan2.. tak cakap pung.. hihi)
oK..
malam sudah larut.. perlu paksakan diri utk tidur.. kita sambung lagi esok ek..
Salam manis buat smua..

Tuesday, June 16, 2009

~ Superman masuk paper ~

Poyo dan skima ajer tajuk citer blog hari ni.. biase la takde cerita yang hangat..
Masih busy ngan kija kire2 kat opis.. namun sempatlah membaca akhbar online kat internet. Sejak dua menjak ni, agak kureng ngan akhbar tempatan yg ntah aper2.. sorry to say that but dah macam tu.. baik jangan baca.. hihi.. kecondong yg ntah aper2.. betoi2 tak balance kang.. ha dah terkuar loghat hubby.. belum lagi cakap pinggan.. hihi.. anyway aku suka loghat diorg yg kekampungan.. malangnyer geng2 kat opis tak plak kluar loghat2 tuu.. apsal ek? Korang mesti nampok gambo kat atas tu.. sajer2 copy dari kosmo online
pasal ader drebar opis lama kiter, wah masuk paper, glamor kijap..
kalo korang prasan, sebelum ini saya pernah citer yang pernah kija kat audit firm.. dan buat akaun kat PORLA.. ader sorang drebar ni yang sukarela pada masa itu jadi drebar kami sepejabat.. Bila direnung-renung balik, gambo ni & gambo lama tu.. SAH itu la drebarnyer.. tak sangka dah jadi Pegawai Penguatkuasa Kastam kat Pulau Pinang.. beliau ni graduate ITM dlm accountancy, but relly2 humble la orangnyer.. boleh jadi drebar kami smua pada masa itu..masa kat audit dolu, senior panggilnya Superman
sebab iras2 macam Clark Kent..ntah ler kiter nengok biase ajer..hihi
The moral of story.. saper pun kita, kena sederhana kan.. utk duduk di atas mahupun dibawah.. bukanlah suatu yang mudah.. tapi kalo kita sabar dan tekun.. pastinya kita berjaya.. bukan senang untuk jadi senang kan !
s.w.e.e.t d.r.e.a.m.

Saturday, June 13, 2009

~ Lukisan Alam- Hijjaz~

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintangI
tulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu
Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar(Di) dalam jiwamu itu

Friday, June 12, 2009

~ Email tengah malam ~

Masih lagi tak boleh melelapkan mata.. sempat jugaklah buka facebook and balas email kengkawan.. tapi dalam keheningan malam ni.. sempat jugak la buka email r&d.. Alhamdulilah sedikit berita gumbira.. elaun cola bagi Non exe TM bagi semenanjung naik RM20 dari RM50 ke RM70. Semuanyer bermula 1 June 2009..walaupun tak banyak.. kire ok la sikit.. jika dibandingkan ngan org goment.. beza benor elaunnyer.. berganda-ganda.. tapi servis takde la baguss sangat.. hihi. jeles aku dengan adik2 ku yang joins ngan goment.. takper la dah rezeki diorang.. bersyukurlah!
Sambil2 menunggu hasben yg p main bowling ngan gengnyer kat Indah Parade kat Sri Petaling..
dengarlah CD yg disyorkan oleh Ustaz Dasuki kelmarin.. sayu sesangat.. ayat2 alquran yang disampaikan adalah ayat2 lazim iaitu ayat biasa dijadikan amalan selepas solat dolu2.. tringat plak zaman ngan geng kat hostel dolu2.. berlumba-lumba melancarkan bacaan Alquran.. kalo time baca Yassin ramai2 ( malam jumaat) naik kebas kaki dibuatnyer..alangkah indahnya zaman tu..
Dalam keghairan mencari rezeki.. aku keasyikan dan leka..
Bila umur dah masuk 30-an ni.. perlahan-lahan aku atasinya.. cuba buat semula macam 15 tahun yang lalu. Sedang berusaha ni.. moga2 ianya berjaya.. Amin!

Wednesday, June 10, 2009

~ Gambo lama lagi ~

Darjah 1- 1985
di SKPTD, Sg Besi, KL
Dengan rase kemalasan yang amat sangat.. kugagahi jua utk mengemaskini blog yg biase2 ini..
Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pulang ke Kuala Kangsar.. dengan nafas lega, syukur sesangat la.. ..bayangkan dah dekat 6 bulan, kami sekeluarga tak pulang ke kampung. terasa semacam ajer.. nyarislah.. hasben berhati mulia... dan peluang di sana aku gunakan sebaik mungkin.. Aku sedar dalam kesibukan hasben bekerja dan belajar.. tentulah masa yang terhad utk kami bersantai bersama-sama.. bagaikan mimpi bila ajer hasben mengajak pulang ke kampung..toche abang!
Pada awalnya, kami pung nak balik ke Tganu.. tapi memandangkan masalah yang tak dapat dielakkan.. percutian kami hanya di Kuale..
Kat Kuale..macam biase.. mesti pekena cendol kat lembah kuale...then p makan sate kat Stesen Kretapi .. kami berdua ke sana pada malam hari bersama mak dan adikku si Pendi..
Ader jugak aku dengar diorg citer yg kat area tuu ader santau.. tapi rasenyer itu hanyalah omong2 ajer.. Kalo dibandingkan dengan sate kajang.. dari segi saiz amatlah beza.. tapi dari segi rasenyer.. lagi sedap sate kuale la.. sebab ianyer manis..emm sedapnyer!
Hari Persembahan pelajar tadika- 1984
TABIKA KEMAS, MTD, Sg. Besi, KL
Dalam keseronokan berehat bersama keluarga dikampung, sempat juga membelek album lama.. rasenyer banyak gambo sekolah aku yg dah takde.. smuanyer gara2 pindah-randah dolu2.. hanya gambo-2 ini sahaja yang ada dlm simpanan.
Oklah.. gue berundur dolu..nak basuh kain arr..
di lain ketika kita bersambung lagi..
Sesungguhnya luahan itu adalah perasaan.. hanya cebisan rasa dari naluri hati yang kekadang jauh dari mereka.. tapi dekat denganNya..
kenangan itu adalah memori.. tak mungkin ianya kembali..
Chau cing chau..

Friday, June 5, 2009

~ Saje2 nak update blog ~

Salam blogger buat smua.. moga2 diri kita smua ceria..
Dah 4 hari tak update blog.. kwang2x.. busy sokmo ngan kija.. biaselah buat reporting & analysis kija projek ni.. lepas tu semak TNT staff.. punyerlah banyak.. tapi adik kami Cik Ct Wan kuncup dah masuk kija.. Alhamdulillah.. opps.. name sebenor is Siti Aminah ( kang ader yang kena boikot..).. baik budaknyer.. so beliaulah yg dimaksudkan.. dah hampir 2 minggu masuk kija.. semuanyer berjalan lancar..

Siti Aminah, Chu dan Kuna..

Gambar lama di restoran Sri Cempaka, Bangi..

Dan hari ini.. terasa nak menaip.. hatipun sedikit gumbira.. gumbira dan ceria.. harapan tinggi menjulang.. doaku moga2 berjalan lancar.. Amin! Ok nak sambung kija la.. ni pun dah dekat2 2.30 ptg. moga2 kita semua success dengan keluarga dan kerjaya .. Salam manis buat semua !

Monday, June 1, 2009

Hobi di masa lapang

Ini hobi baru hubby saya (gambar atas) di masa lapang selain membowling di mlm ari.....skrg ni diwaktu lapang, hubby suka layan main Zagi. Biasanyer hubby akan bermain bersama sahabat baik nyer iaitu Zaharuddin (Din)-gambar bawah. Din ni suka layan plane baby falcon dan helicopter.....boleh dikatakan Din ni kira otai ler kalau bab2 nak fly dan setting2 ni.....hubby saya byk belajar dgn dia ni......huhuuhuhu.......