Jam dinding kat PC menunjukkan dah pung pukul 11.13malam. Baru sahaja selesai 'bergayut' ngan teman lama.. Pazalina. Lebih 5 thn tak dengar cerita tentang dia ni. Ntah macam mana tergerak hati nak kemas almari make-up yang tampaknya dah penuh dgn kertas ntah aper2.. so 5S bermula la.. tak sangka plak terjumpa kad kahwinnya.. tertera no phone rumah. so aku decide nak calllah. Sekadar bertanya khabarlah.. terasa sukanya hatiku bila dapat tahu yang beliau kat Ipoh.. so bertambahlah kawan2 aku sekiranya percubaan aku berjaya.. do you know what I means.. hihi.
Selesai itu, kiter sambung balik kija yang tertangguh.. ok la. DApat jugak settle dgn jayanya. Sementara menunggu kepulangan hasben and anakku, macam biasa melayari internet. Teringat plak petang tadi hasben buka youtube.. katenya beliau tertarik dgn cara si mamat ni main bola tampar.. kiter pun tumpang sekaki la.. emm.. memang bagus arr, orangnya yang tinggi lampai berjaya menggunakan 'skill'nya yang bersahaja. Dashyat tu..
Teringat plak zaman dolu2 masa sekolah dolu.. kami terkenan dgn gaya & aksi si Chun..jaguh bola tampar.." moero attack".
Ok, nak beradu tido jap. Tak larat nak tunggu hasben arr. barangkali keletihan sebab hari ini kiter p opis, kija hujung bulan arr.
Caiyok!