Friday, June 12, 2009

~ Email tengah malam ~

Masih lagi tak boleh melelapkan mata.. sempat jugaklah buka facebook and balas email kengkawan.. tapi dalam keheningan malam ni.. sempat jugak la buka email r&d.. Alhamdulilah sedikit berita gumbira.. elaun cola bagi Non exe TM bagi semenanjung naik RM20 dari RM50 ke RM70. Semuanyer bermula 1 June 2009..walaupun tak banyak.. kire ok la sikit.. jika dibandingkan ngan org goment.. beza benor elaunnyer.. berganda-ganda.. tapi servis takde la baguss sangat.. hihi. jeles aku dengan adik2 ku yang joins ngan goment.. takper la dah rezeki diorang.. bersyukurlah!
Sambil2 menunggu hasben yg p main bowling ngan gengnyer kat Indah Parade kat Sri Petaling..
dengarlah CD yg disyorkan oleh Ustaz Dasuki kelmarin.. sayu sesangat.. ayat2 alquran yang disampaikan adalah ayat2 lazim iaitu ayat biasa dijadikan amalan selepas solat dolu2.. tringat plak zaman ngan geng kat hostel dolu2.. berlumba-lumba melancarkan bacaan Alquran.. kalo time baca Yassin ramai2 ( malam jumaat) naik kebas kaki dibuatnyer..alangkah indahnya zaman tu..
Dalam keghairan mencari rezeki.. aku keasyikan dan leka..
Bila umur dah masuk 30-an ni.. perlahan-lahan aku atasinya.. cuba buat semula macam 15 tahun yang lalu. Sedang berusaha ni.. moga2 ianya berjaya.. Amin!