~ Buat aper bang? ~
~ Kusyuk mengadun kuih cekodok pisang ~
~Hasben nak bertukar jadi Tomen ~
Untuk hari ini.. kami mulai dengan aktiviti berjogging di awal pagi. Alhamdulilah.. udara nyaman..lambat plak peluh keluar tapi badan rasa segar arr.. Selepas itu bersarapan kat kedai. disebabkan kami agak bertenaga.. maka hasben ajak saya buat kuih cekodok pisang, so saya sediakan bahan2 dan hasben yang campurkan adunan tersebut. Saya menggorengnya pada petangnya sambil menonton citer Hundustan 'Baazigar' lakonan Sharukh Khan & Kajol. Emm sedapnyer cekodok!
~Posing jap dgn anak teruna~
Untuk hari ini, itu sahaja yang berlaku. Masa yang ada dihabiskan dirumah bersama anak-anak. Alangkah seronoknya jika peluang itu sepenuh masa kan.. tapi tak boleh lagi. Tugasku belum selesai.. tunggukan sahaja saat itu.. Amin!