Insan kerdil mencari sedikit ruang untuk meluahkan apa yang dirasa, didengar dan dilihat.
Wednesday, July 29, 2009
~ Nasihat dari seorang kakak~
Thursday, July 23, 2009
~ Dugaan yang menguji minda ~
Hari ni dah pun 23hb Julai~ seperti biasa hari2 terakhir bulanan pastinya kesibukan yang ketara. Tak nampak orang lain dah.. pantas menyiapkan kija2 bulanan ku. Tapi mulai bulanni juga kija kat opis yg biasa dibuat perlu di hantar ke Menara TM. WAduh.. dua kali kija arr.. tapi apakan daya dah namanya prosedur baru di R&D. Segala kija yang berkaitan dengan akaun, perlu disediakan data dan dihantar ke sana memandangkan FinanceSSo mengambil alih sedikit kija kami.. Istilah 'goyang kaki' takde. Tampaknya kija perlu telus dan mulus arr..
Petang tadi p jap ke Alamanda mencari barang anak2. Almaklumah, next week bermulalah kehidupan baru anak2 di Taska. Selesai membeli, singgah jap kat Pizza Hut. Layanannya.. emm ok arr. Nak makan punyer hal, pejam mata ajer la. Tapi bab paling tak best.. menunggu Spagetti.. dari 5 minit ke 50 minit. Waduh.. berjanggutlah gue menunggu.. di akhir citer, sempat saya bertanya kat si pelayan tuu.. 'adik, apsal lewat sangat? Akak ngan abang tunggu lama tau.. " rasanya dia ni tak berapa fasih bahasa Melayu.. trus dia panggil Manager.. saya yang kekeliruan hanya diam dan tersenyum..:
Manager: Kak, kami minta maaf. Kami sedar akan kesilapan kami. Hari ni pelanggan ramai sangat. Tak sangka pun..
Saya: Oh Gitu.. akak tak peduli. Kalo akak taknak bayo, macam mana. Sudahlah service slow , lepas tu siap caj service 5% lagi.. akak tak nak bayarlah.( dalam hati sengih but muka serius gilo)
Manager: Kak, Disebabkan kesilapan ini, saya bagi akak baucer or diskaun. Ok tak? Tapi dalam 5 hengget ...bolehlah kak. Kami minta maaf.
Saya pandang wajah hasben.. dia menutup mukanya dgn topi R&D.. malu larr tuu..
Lantas, saya tersenyum.. (Yes! dapat jugak diskaun. tapi 5 henget ajer arr.. tak padan betul.) Patutnya 10 hengget..( ishh.. tak elok tu )
Selesai membayar, kami keluar. Saya hanya tersenyum sorang2.. sementara hasbenku dah muka mcm cuka dek gara2 tragedi julai tu .. hehe.. Kat keter, hasben sempat menyapa.. " Mcm mana diorg boleh buat silap.. lama plak tu.. Kalo ikut abang, abang blah ajer..
Sekali lagi aku senyum. Abang, Yah ni muka jenis masam kan.. Sebenarnya takde niat nak cakap begitu.. tapi barangkali bila budak tu melihat muka Yah ni, dan trus memanggil Managernyer.. Apa lagi Yah berlakon arr..
Nama lagi KEHIDUPAN..ada yang manis, pahit dan segala macam ragam manusia. Selagi kita bergelar manusia, selagi itu akan menghadapinya.. yang penting kita lalui dengan penuh hemah.
Ok layan lagu MIrwana ek.." HIkmah Kembara". LAgu ni mengingatkan saya pada Kak Adah ( Ex-R&D). Kalo beliau cuti, suka benor ajak kami datang rumahnya yang cun tuu.. then akan masak lauk sedap2..Rindunya !
Nota kaki;
Sudah 4 hari berlalu, hubby dok perli gue ~ dek kerana tak hafal syair tu betul2.. wa tensen oww.
Wednesday, July 22, 2009
~ War Film ' Bukit Kepong ' ~
~pasukan polis bukit kepong dan balai polis bukit kepong dibakar komunis~
Sunday, July 19, 2009
~ Seribu Kemanisan ~
Sempat lagi berposing walaupun sebenarnya dah letih..
~ Warisan lama~
Baru sahaja selesai peringkat saringan untuk Dekalamasi Syair dan Sajak bagi peringkat Putrajaya. Ramai juga yang menyertainya. Pada asalnya, saya dah tawar hati untuk bertanding memandangkan syair yang saya pilih tidak dapat saya hafalkan dengan sempurna. Dalam pada itu hati pula semacam tak sedap hati..
Alhamdulilah, hasben beri sokongan. Katanya dah minat untuk bersyair.. pergilah. Jgn difikirkan sangat hafal atau tidak . Yang penting kesungguhan utk berusaha dan yakin pada diri sendiri... lantaran sayu-sayu sahaja kedengaran suaranya, so saya pun bersiap untuk turut serta. Kali ini hasben turut serta mengiringi saya.. hehehe.. ntahlah.
Diperingkat saringan, kami diadili oleh En Roslan Madun dan Puan Zaiton. Dan paling tak sangka, saya adalah nombor yang terakhir.. no. 16. Tampaknya berjanggutlah menunggunya... ianya dari cabutan no. sewaktu mendaftarkan diri pagi tadi. Semua yang masuk bertanding boleh tahan hebatnya.Ada juga dari kalangan guru, pelajar dan orang2 biasa macam saya ni.
Saya tak tahu sesiapa yang 'otai' atau baru. Yang pasti saya muda bak dari rebungnya.. masih lagi biasa2. Lagi pun, ianya hadir secara tiba2 dan trus nak turut serta.
Tapi tuu arr, banyak benor benda tak sangka berlaku dalam hidup ini.
Seramai 6 orang terpilih untuk masuk final malam ini. Alhamdulilah, saya mendapat tempat untuk meneruskan perjuangan malam ini. Hehe.. sekali lagi tak sangka untuk peringkat seterusnya. Mimpikah gue? Sahut sahajalah cabaran ini. Tapi dari pandangan pengadil tadi, saya mempunyai kelancaran yang baik cumanya tak dapat menghafal lirik syair itu sepenuhnya. Sebenarnya, saya agak gementar untuk berhadapan di depan orang. Menggigil tangan bila terpandang muka2 orang yang tak kenal, yang pendek, panjang, cantik , smuanya didepan mata saya. Mcm mana tu?
Tapi takpe arr. Saya masuk ni pun sebab saya minat akan warisan lama. Bagi saya gurindam, pantun mahupun syair agak seni jika dibandingkan dengan sajak. Lagi pun ianya adalah warisan turun kemurun orang lama. Arwah opah saya kerap kali mengajar saya berpantun dan bersyair. Cumanya saya suka buat endah tak endah. Dahulu, opah saya pernah tinggal di pinggir istana kat Kuala Kangsar ( Arwah tuk is AP( lebih kurang macam polis arr ). Disana, pelbagai warisan lagu rakyat dimainkan jika ada majlis2 rasmi. Itu dulu arr. Masa zaman arwah Norizan ( isteri P. RAmlee ) menjadi isteri Sultan Perak... lain2 cerita yang berkaitan dah lupa arr.. Mak saya sendiri suka bersyair kalo menidurkan anak2. Huu ramainyer adik beradik saya.. hehe.
Baiklah, nak berehat sebentar. Satgi, nak pergi balik ke sana. Pergiku ini bukan kerana nama tetapi kerana menyambung sirah lama yang agak nostalgia untuk dikenang. Doaku, semoga ianya dapat dihayati anak2 zaman sekarang. Benar, ianya mendayu tapi yang penting adalah mesej yang disampaikan kena pada tempatnya~ Tak Lapuk Dek Hujan , Tak Lekang Dek Panas . Chau cin cau..
Friday, July 17, 2009
~ Ya Illahi Rabbi ~
Hari ni adalah hari Jumaat. Disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya MC, Itulah satu keputusan yang berat untuk dibuat. Malam semalam setelah pulang dari opis, saya ke Poliklinik Mahkota. Rupanya doktor sahkan yang saya 'migrane'. Patutlah badan macam nak tumbang ajer. Suhu badan pun tak menentu. Kepala plak sakit yang amat sangat. Saya dapat rasakan yang saya ni sedang 'stress'. Dah bercabang-cabang.. tak tertanggung rasanya. relax.. relax.. itu yang doktor syorkan. Sebelum doktor nak beri ubat, sempat juga dia bertanya.. awak pregnant ke? Saya tersenyum. Lantaran itu saya mengelengkan kepala. " Saya bagi ubat yang terbaik untuk awak. Tolong berehat., dan kalau boleh elakkan makan ubat ini.. konfius saya.. tapi saya dapat agak yang doktor minta agar lebih bertenang dan berehat. .. Macam mana nak tenang.. kat kepala ni.. dah naik jerawat2 besaq.. rambut pun dah keguguran.. ceh.. jiwang karat la plak!
Lewat petang semalam, kami ( saya dan hasben ) pulang awal.. dan sememangnya nak berbuka di rumah.Rasa di hati macam nak masak. Rasa ajer la. tapi rupa2nya hasben dah melencong ke kompleks Cyberjaya. Katanya nak pergi kejap.. nak menonton perlawanan bola sepak R&D menentang Majlis Perbandaran Sepang. Terkezut bila mana ramai jugak penyokong ( guys arr ). Bagus bebudak ni. Antaranya En Raof, Halim, En Rusli dan muka2 yang saya kenal tapi malangnya tak tahu nama.. hehe.. sorry la beb. Dalam keseronokan menonton perlawanan terseut, kepala dah naik angin.. bukan marah, tapi mungkin perut kosong.. tapi buat muka kering ajer la. Saya adalah wanita tunggal R&D yang pegi.. pehhh.. macam tak caya ajer.. tapi sebenornya drebar yang melencong ke sana.. so akur ajer la. R&D tewas dengan MPS sebanyak 3-0. Have a fun but must do it something if want to win.. kan.. Saya 'tabik spring' kat mereka sebab masih lagi bersukan.. ada masa utk beriadah. Takpe arr next time cuba lagi. Korang boleh! Perlawanan tamat dan saya berbuka di situ sambil menikmati Nasi Goreng Arab dan Teh Ais.. bersama hasben) tak habis pun, sebab kepala makin pening, dan muntah2.. Tu yang trus ke Klinik.
Sepanjang hari hanya berehat di rumah. Hanya menyediakan sarapan pagi sahaja. Kesian anak2, selepas ini mereka akan dihantar ke Taska memandangkan bibik akan pulang pada 1hb Ogos, kurang 13 hari lagi.. Hari isnin ni, plannya nak menjenguk taska2 yang berada di area rumah kami. Nak bincang harga dan keperluan anak2. dan terus booking la kot..
Kehidupan diteruskan. Hidup berkeluarga akan lebih bermakna jika tiada orang luar kan.. Yakin Boleh ! Okay, setakat ini sahaja. Nak p menghafal jap hehe.. misi yang suka2.. tapi i like! Doaku, moga kita semua berdaa di dalam limpahan kasih sayangNya.. Amin!
nota kaki:
Dapat ole2 dari Puan Laili ang baru pulang dari Sabah.. warnanya biru... waduh! cantik bangat dong.. thanks a lot boss.. ( masih lagi tersenyum sorang2 ni.. hehehe.. )
Wednesday, July 15, 2009
~ I miss Kuala Kangsar~
Sabtu lalu, saya berkesempatan menyertai Bengkel Pemantapan Puisi ( Sajak & Syair ). Ia dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin (UPM) dan En. Fauzi Abdullah Pensyarah Sastera Tradisional di Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur di Preseint 16, Putrajaya.
Pelbagai ilmu didedahkan oleh mereka berdua. Pada sebelah petang,kelas dibahagi dua utk tumpuan lebih khusus lagi. Pada kelas ini, barulah saya tahu bahawa rentak syair yang di ajar disekolah rendah dulu ialah Selendang Delima. Jenis Narasi antara yang pelik, tapi bila mendengarnya amatlah merdu. Di sana juga, saya perolehi teman2 baru. Emm.. gambar? Maaf, saya masih lagi tak pandai 'menguploadkannya'ke dalam PC. hehe.. tunggu hasben masukkan ke dalam PC.
Ahad yang dilalui~ sebelah pagi menghabiskan masa bersama keluarga. Sebelah tengahari, kami sekeluarga pergi 'lunch' kat Restoran Wong Solo, BBB( Belakang kedai tudung Ariani ). Makanan yang disajikan adalah dari Kepulauan Jawa seperti ayam penyek, ayam bakar , tempe dan pelbagai lagi. Selepas itu, kami mula bergerak ke Shah Alam~ menziarahi abah & emak mertua di rumah abang ipar yang kebetulan menghantar adik iparku ( Fadhliyah) mendaftar ke UniKL bagi peringkat Ijazah.
Dalam keadaan tidak stabil, saya meredahkan diri untuk pergi kerja. Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk kerana menyiapkan tugasan yang melibatkan 'reporting console pack'~ Group Account & Report CWIP ( Monthly report ) utk semua ketua program di R&D. Sistem SAP pula baru lagi pulih dari masalah ' network'. Maka, dengan hati yang tak tenteram, saya selesaikan 'hutang' tersebut. Alhamdulilah, selesai juga.
Hati masih lagi resah gulana dek kerana kealpaan diri, dan cara terbaik ialah diam seribu makna. Saya rasa dengan diam perlu kerana saya dapat mencari titik punca untuk memperbaiki diri. Masih lagi longlai, tapi fikiran melayang-layang entah ke mana2.. macam mana tu..
Aduh! Sedikit kekesalan pada diri sendiri kerana memberi ruang. Nak sebut kalau pun.. dah tak guna kerana benda dah nak jadi. Now I straight forward arr. "Barang yang lepas jangan di kenang". Bak kata P Ramlee. Namun begitu sedang berkira-kira untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi. Dalam masa yang sama, hatiku kini teringat-ingatkan kampung halaman. Kata mak, buah cempedak telah abah letakkan di pinggir bilik tidur, habis satu rumah baunya.Sempat jugak saya berpesan agar disimpan satu atau dua utk saya.. hehe. orang lain punyalah favorite dgn durian.
Say no for durian and Yes for cempedak & manggis..
Abah yang saya kenali~ amat pendiam. Bercakap bila perlu sahaja. Tapi saya faham sangat nalurinya yang rindukan anak2nya. Kalau pun saya hubungi mereka dikampung, jarang sekali saya berkomunikasi dengannya. Beliau hanya menyapa sipi2 sahaja dari talian tersebut. Sebagai anak, tentunya saya merindui mereka. Saya rasa lain kalau tidak mendengar suara mereka. Terasa nak balik kampung arr..
Panjang lebar plak post kali ini... luahan rasa utk tatapan diri sendiri .Apa yang terbeku, saya luahkan disini.. moga2 kehidupan kami seisi keluarga tetap ceria dan bahagia.~ Amin!
Friday, July 10, 2009
~ Sedih itu akan pulih ~
Thursday, July 9, 2009
~ Suara itu datang dari hati ~
Monday, July 6, 2009
~Ketika Cinta Bertasbih ~
Sekalipun cinta telah kuuraikan dan ku jelaskan panjang lebar. Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri… Meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang. Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya… Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta… Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan tercinta… (Anna Althafunnisa, dalam Ketika Cinta Bertasbih)
Bertuturlah cinta. Mengucap satu nama. Seindah goresan sabdamu dalam kitabku. Cinta yang bertasbih. Mengutus Hati ini. Kusandarkan hidup dan matiku padamu. Bisikkan doaku. Dalam butiran tasbih. Kupanjatkan pintaku padamu, Maha Cinta. Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah. Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit. Ketika Cinta bertasbih, Nadiku berdenyut merdu. Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta. Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang. Sujud sukur padamu atas segala cinta... (melly goeslow, ketika cinta bertasbih)