Thursday, July 9, 2009

~ Suara itu datang dari hati ~

Pelbagai kisah dilalui sepanjang minggu lalu dan minggu ini..
Antaranyer belajar berenang bersama dgn teman sepejabat.. teman tapi mesra alam.. hehe.. tapi itulah antara kija yang paling hebat dalam tahun ini pernah saya dan teman2 lakukan.. peliknya sejak setahun lalu.. tak pernak pula idea ini ada.. namun di saat akhir.. idea ini datang dan disahut dengan gumbira..
Idea ini timbul sebab adik kami yg thomel tu dinasihatkan oleh doktor utk berenang, agar otot2 badan kembali aktif setelah kemalangan yang menimpanya lebih 6 bulan yang lalu. Rentetan itu, kami yang lain pun turut serta.. almaklumlah badan kian mengembang.. so demi kesihatan, kesihatan fizikal & rohani taklah dipandang sepi..seperti yang dijanjikan hari jumaat lalu kami ke Presint 16.. Itu pun pada asalnya nak p kat area PICC.. nak jadikan citer.. tempat itu telah ditutup oleh kerana tiada sambutan dari warga kita.. member kami siap kata yang kita org datang 3 keter lagi pada staff tersebut.. but tak boleh buat apa2..
Alhamdulilah, kami smua dapat jugak turun ke kolam renang di Presint 16 walaupun gue berenang kat tepian ajer memandangkan tak pandai berenang.hehe.. nice to see but never know about the swimming, saya sebenarnya fobia setelah lemas di sungai kat Sg. Lasah di Sg Siput kira2 20 tahun yang lalu. Tapi dengan bantuan kaca mata si Aisheah, kini tidak lagi..( tada nama special, tapi tak tau namenyer ) Tq Aisheah.
Lain2 hal.. emm masih lagi sibuk dgn semakan TNT staff.. hari ini ada isu besar telah ditimbulkan oeh staff.. saya pun tak faham dengan apa yang berlalu. Rasanya ada staff telah memberi penerangan yang salah pada staff2 yang lain ni. ksian pada our boss, dia plak yang menjadi mangsa, walhal yang explain tak betul tuu bukan dia but orang yang bertanggungjawab utk event tsbt, mereka ni menjadi mangsa.. aku pun ksian jugak kat diorang.. harap ia tidak dipanjangkan.
Sebenarnya, sudah lama tiada majlis tertentu utk staff. Dengar cerita, takde budget. ntahlah. Islam sendiri membenarkan hiburan dan bersukan, tapi dengan cara yang betul. Saya ni bukanlah manusia yang sempurna. Rasenyer staff meronta-ronta nak buat macam2, tapi disebabkan budget yang ciput.. maka ianya hanya tinggal harapan ajer la. Seharusnya pihak pengurusan harus memandang dan merumuskan isu ini secara bijaksana. Dalam kemelesetan ekonomi yang kian merundum, orang yang digelar cerdik pandai perlu memainkan peranannya dan bukanlah menarik nafas lega sahaja.. Benar ~kita tiada budget.. tapi idea itu bisa di'create'kan. Malang sekali semua itu kian luntur.. maka tercetuslah idea yang tak best utk kita dengar.. ksian mereka..
Mcm geng kami, semuanya dibincang ala2 kat kedai kopi.. luahan dan idea itu ada. tapi taklah ke mana-mana kerana kami sedar siapa kami.. Ok, salam manis buat smua.. renung2 kan! nota kaki; Sabtu ni joins kelas Sayembara Deklamasi Puisi ( Sajak dan Syair ) Kemerdekaan Peringkat Putrajaya. Itu hadiah utk 'appriciate' diri sendiri ..jom ikut serta!