Baru sahaja selesai peringkat saringan untuk Dekalamasi Syair dan Sajak bagi peringkat Putrajaya. Ramai juga yang menyertainya. Pada asalnya, saya dah tawar hati untuk bertanding memandangkan syair yang saya pilih tidak dapat saya hafalkan dengan sempurna. Dalam pada itu hati pula semacam tak sedap hati..
Alhamdulilah, hasben beri sokongan. Katanya dah minat untuk bersyair.. pergilah. Jgn difikirkan sangat hafal atau tidak . Yang penting kesungguhan utk berusaha dan yakin pada diri sendiri... lantaran sayu-sayu sahaja kedengaran suaranya, so saya pun bersiap untuk turut serta. Kali ini hasben turut serta mengiringi saya.. hehehe.. ntahlah.
Diperingkat saringan, kami diadili oleh En Roslan Madun dan Puan Zaiton. Dan paling tak sangka, saya adalah nombor yang terakhir.. no. 16. Tampaknya berjanggutlah menunggunya... ianya dari cabutan no. sewaktu mendaftarkan diri pagi tadi. Semua yang masuk bertanding boleh tahan hebatnya.Ada juga dari kalangan guru, pelajar dan orang2 biasa macam saya ni.
Saya tak tahu sesiapa yang 'otai' atau baru. Yang pasti saya muda bak dari rebungnya.. masih lagi biasa2. Lagi pun, ianya hadir secara tiba2 dan trus nak turut serta.
Tapi tuu arr, banyak benor benda tak sangka berlaku dalam hidup ini.
Seramai 6 orang terpilih untuk masuk final malam ini. Alhamdulilah, saya mendapat tempat untuk meneruskan perjuangan malam ini. Hehe.. sekali lagi tak sangka untuk peringkat seterusnya. Mimpikah gue? Sahut sahajalah cabaran ini. Tapi dari pandangan pengadil tadi, saya mempunyai kelancaran yang baik cumanya tak dapat menghafal lirik syair itu sepenuhnya. Sebenarnya, saya agak gementar untuk berhadapan di depan orang. Menggigil tangan bila terpandang muka2 orang yang tak kenal, yang pendek, panjang, cantik , smuanya didepan mata saya. Mcm mana tu?
Tapi takpe arr. Saya masuk ni pun sebab saya minat akan warisan lama. Bagi saya gurindam, pantun mahupun syair agak seni jika dibandingkan dengan sajak. Lagi pun ianya adalah warisan turun kemurun orang lama. Arwah opah saya kerap kali mengajar saya berpantun dan bersyair. Cumanya saya suka buat endah tak endah. Dahulu, opah saya pernah tinggal di pinggir istana kat Kuala Kangsar ( Arwah tuk is AP( lebih kurang macam polis arr ). Disana, pelbagai warisan lagu rakyat dimainkan jika ada majlis2 rasmi. Itu dulu arr. Masa zaman arwah Norizan ( isteri P. RAmlee ) menjadi isteri Sultan Perak... lain2 cerita yang berkaitan dah lupa arr.. Mak saya sendiri suka bersyair kalo menidurkan anak2. Huu ramainyer adik beradik saya.. hehe.
Baiklah, nak berehat sebentar. Satgi, nak pergi balik ke sana. Pergiku ini bukan kerana nama tetapi kerana menyambung sirah lama yang agak nostalgia untuk dikenang. Doaku, semoga ianya dapat dihayati anak2 zaman sekarang. Benar, ianya mendayu tapi yang penting adalah mesej yang disampaikan kena pada tempatnya~ Tak Lapuk Dek Hujan , Tak Lekang Dek Panas . Chau cin cau..