Hari ni adalah hari Jumaat. Disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya MC, Itulah satu keputusan yang berat untuk dibuat. Malam semalam setelah pulang dari opis, saya ke Poliklinik Mahkota. Rupanya doktor sahkan yang saya 'migrane'. Patutlah badan macam nak tumbang ajer. Suhu badan pun tak menentu. Kepala plak sakit yang amat sangat. Saya dapat rasakan yang saya ni sedang 'stress'. Dah bercabang-cabang.. tak tertanggung rasanya. relax.. relax.. itu yang doktor syorkan. Sebelum doktor nak beri ubat, sempat juga dia bertanya.. awak pregnant ke? Saya tersenyum. Lantaran itu saya mengelengkan kepala. " Saya bagi ubat yang terbaik untuk awak. Tolong berehat., dan kalau boleh elakkan makan ubat ini.. konfius saya.. tapi saya dapat agak yang doktor minta agar lebih bertenang dan berehat. .. Macam mana nak tenang.. kat kepala ni.. dah naik jerawat2 besaq.. rambut pun dah keguguran.. ceh.. jiwang karat la plak!
Lewat petang semalam, kami ( saya dan hasben ) pulang awal.. dan sememangnya nak berbuka di rumah.Rasa di hati macam nak masak. Rasa ajer la. tapi rupa2nya hasben dah melencong ke kompleks Cyberjaya. Katanya nak pergi kejap.. nak menonton perlawanan bola sepak R&D menentang Majlis Perbandaran Sepang. Terkezut bila mana ramai jugak penyokong ( guys arr ). Bagus bebudak ni. Antaranya En Raof, Halim, En Rusli dan muka2 yang saya kenal tapi malangnya tak tahu nama.. hehe.. sorry la beb. Dalam keseronokan menonton perlawanan terseut, kepala dah naik angin.. bukan marah, tapi mungkin perut kosong.. tapi buat muka kering ajer la. Saya adalah wanita tunggal R&D yang pegi.. pehhh.. macam tak caya ajer.. tapi sebenornya drebar yang melencong ke sana.. so akur ajer la. R&D tewas dengan MPS sebanyak 3-0. Have a fun but must do it something if want to win.. kan.. Saya 'tabik spring' kat mereka sebab masih lagi bersukan.. ada masa utk beriadah. Takpe arr next time cuba lagi. Korang boleh! Perlawanan tamat dan saya berbuka di situ sambil menikmati Nasi Goreng Arab dan Teh Ais.. bersama hasben) tak habis pun, sebab kepala makin pening, dan muntah2.. Tu yang trus ke Klinik.
Sepanjang hari hanya berehat di rumah. Hanya menyediakan sarapan pagi sahaja. Kesian anak2, selepas ini mereka akan dihantar ke Taska memandangkan bibik akan pulang pada 1hb Ogos, kurang 13 hari lagi.. Hari isnin ni, plannya nak menjenguk taska2 yang berada di area rumah kami. Nak bincang harga dan keperluan anak2. dan terus booking la kot..
Kehidupan diteruskan. Hidup berkeluarga akan lebih bermakna jika tiada orang luar kan.. Yakin Boleh ! Okay, setakat ini sahaja. Nak p menghafal jap hehe.. misi yang suka2.. tapi i like! Doaku, moga kita semua berdaa di dalam limpahan kasih sayangNya.. Amin!
nota kaki:
Dapat ole2 dari Puan Laili ang baru pulang dari Sabah.. warnanya biru... waduh! cantik bangat dong.. thanks a lot boss.. ( masih lagi tersenyum sorang2 ni.. hehehe.. )