Sabtu lalu, saya berkesempatan menyertai Bengkel Pemantapan Puisi ( Sajak & Syair ). Ia dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin (UPM) dan En. Fauzi Abdullah Pensyarah Sastera Tradisional di Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur di Preseint 16, Putrajaya.
Pelbagai ilmu didedahkan oleh mereka berdua. Pada sebelah petang,kelas dibahagi dua utk tumpuan lebih khusus lagi. Pada kelas ini, barulah saya tahu bahawa rentak syair yang di ajar disekolah rendah dulu ialah Selendang Delima. Jenis Narasi antara yang pelik, tapi bila mendengarnya amatlah merdu. Di sana juga, saya perolehi teman2 baru. Emm.. gambar? Maaf, saya masih lagi tak pandai 'menguploadkannya'ke dalam PC. hehe.. tunggu hasben masukkan ke dalam PC.
Ahad yang dilalui~ sebelah pagi menghabiskan masa bersama keluarga. Sebelah tengahari, kami sekeluarga pergi 'lunch' kat Restoran Wong Solo, BBB( Belakang kedai tudung Ariani ). Makanan yang disajikan adalah dari Kepulauan Jawa seperti ayam penyek, ayam bakar , tempe dan pelbagai lagi. Selepas itu, kami mula bergerak ke Shah Alam~ menziarahi abah & emak mertua di rumah abang ipar yang kebetulan menghantar adik iparku ( Fadhliyah) mendaftar ke UniKL bagi peringkat Ijazah.
Dalam keadaan tidak stabil, saya meredahkan diri untuk pergi kerja. Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk kerana menyiapkan tugasan yang melibatkan 'reporting console pack'~ Group Account & Report CWIP ( Monthly report ) utk semua ketua program di R&D. Sistem SAP pula baru lagi pulih dari masalah ' network'. Maka, dengan hati yang tak tenteram, saya selesaikan 'hutang' tersebut. Alhamdulilah, selesai juga.
Hati masih lagi resah gulana dek kerana kealpaan diri, dan cara terbaik ialah diam seribu makna. Saya rasa dengan diam perlu kerana saya dapat mencari titik punca untuk memperbaiki diri. Masih lagi longlai, tapi fikiran melayang-layang entah ke mana2.. macam mana tu..
Aduh! Sedikit kekesalan pada diri sendiri kerana memberi ruang. Nak sebut kalau pun.. dah tak guna kerana benda dah nak jadi. Now I straight forward arr. "Barang yang lepas jangan di kenang". Bak kata P Ramlee. Namun begitu sedang berkira-kira untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi. Dalam masa yang sama, hatiku kini teringat-ingatkan kampung halaman. Kata mak, buah cempedak telah abah letakkan di pinggir bilik tidur, habis satu rumah baunya.Sempat jugak saya berpesan agar disimpan satu atau dua utk saya.. hehe. orang lain punyalah favorite dgn durian.
Say no for durian and Yes for cempedak & manggis..
Abah yang saya kenali~ amat pendiam. Bercakap bila perlu sahaja. Tapi saya faham sangat nalurinya yang rindukan anak2nya. Kalau pun saya hubungi mereka dikampung, jarang sekali saya berkomunikasi dengannya. Beliau hanya menyapa sipi2 sahaja dari talian tersebut. Sebagai anak, tentunya saya merindui mereka. Saya rasa lain kalau tidak mendengar suara mereka. Terasa nak balik kampung arr..
Panjang lebar plak post kali ini... luahan rasa utk tatapan diri sendiri .Apa yang terbeku, saya luahkan disini.. moga2 kehidupan kami seisi keluarga tetap ceria dan bahagia.~ Amin!