Sunday, July 19, 2009

~ Seribu Kemanisan ~

Bila tengok balik gambo ni.. terasa nak 'undo' ajer..
tapi manakan mungkin..
kalaupun aku joins, bertanding kat Negeri Perak kot.. hehe..
Kenalan yg sama2 turut serta masuk bertanding di Putrajaya.
Baru sahaja sampai ke rumah setelah menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Putrajaya. La la la..saya kecundang setelah gagal menghafal dan menghayati syair dengan baik. Pemenang disandang oleh Kak Saadiah yang melayakkan diri mewakili Putrajaya ke Peringkat Kebangsaan. Tahniah pada beliau! Sememangnya sukar sekali kalo dah berdiri depan orang raai.. kalo dah hafal pun, lain plak jadinya di atas pentas... Nak gelak pun ada, tapi itulah kemanisan yang tak dapat dilupakan.. di sana saya juga berkesempatan berjumpa dengan juara KL.. saudara Hisham ( sorry arr tak berapa ingat namanya ) sempat juga bergambar bersama hasben tercinta.

Sempat lagi berposing walaupun sebenarnya dah letih..

Saudara Syamputra dan teman.
Beliau akan mewakili KL ke Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Hari Kemerdekaan peringkat Kebangsaan pada Ogos nanti. Tak sempat nak bergambar dgn kak Saadiah sebab hari dah lewat. Good Luck smua!
En Roslan Madun yang menjadi juri bahagian Syair. Beliau sempat menyampaikan Syair dalam irama Narasi. Irama tersebut macam biasa tapi lebih merdu dari Selendang Delima. Hasben kita pung dah jatuh cinta tau.. dek kerana panahan suara beliau.
Hasbenku ~ En Fadley, memberi kepercayaan pada saya utk turut serta. Buat pertama kali plak tuu. But I'm very happy and proud with him..luv you so much..Walaupun kecundang, saya dapat pengalaman baru..lain kali boleh cuba lagi kan. Ok, nak beradu la. Esok~ saya bercuti. Ada kija yang yang perlu diselesaikan.. Now I'm very happy..la la la.. nota kaki; nak tolong hasben buat budget utk request projek baru research.. best of luck arr!