Hari ini diistiharkan adalah hari kesedihan.. kemurungan dan hari yang tak best.. sayangnya ianya jatuh hari Jumaat penghulu segala hari. Disebabkan kealpaan diri sendiri, saya kecewa. Nak mula dari mana pun tak tahu, marah juga pada diri sendiri.. sesekali dah jadi orang bingung disebabkan memikirkan bagaimana ia boleh ada ruang dan peluang itu.. ishh.. giram.. awatnyer aku tak peka dgn alam sekeliling..
Tebas ladang tanamkan kobis,
Tanam sirih buatkan para;
Berapa tenang hati terhiris,
Murung sedih terimbas juga.
BIla luahkan pada hasben..dia renung kita balik sambil tersenyum. Rupanya dia pun dalam kesedihan, lantas dia cerita akan kesedihannya pada kita.. Ohh begitu ceritanya.. rupanya hasben kita simpan dalam hati.. bukan pasal kita tapi hal2 yg melibatkan hati nurani.. emm no komen lah.. cukuplah saya menjadi pendengar yang baik utk dia.. aduh! sudah jatuh, ditimpa tangga..
Sesungguhnya berat juga utk dipikul kesedihan kami berdua ni secara keseluruhannya. Namun, kami senantiasa berdoa agar hidup kami seisi keluarga bahagia dan aman selalu didalam limpahan rahmatNya.. hujung bulan ni satu agenda baru pula bakal menjelma. Moga2 kami akan lebih kuat menghadapi hari2 yang mendatang..
Doakan utk kami ek!
nota kaki;
-Ada teman opis kata yang aku ni budak sastera.. no lah.. aku suka berkarya, nak jugak masuk kelas sastera waktu itu, tapi disebabkan kelayakanku tidak bertepatan dgn result.. so masuklahlah ke kelas yang sains sosial.~ maka berkira-kiralah gue.. "cyah sifir ". Bagi saya, sastera itu bukan dibawah, ianya adalah harta bangsa kita. Di tolak atau dicinta, itulah warisan budaya.
- Balik dari opis tadi, terima surat cinta dari McDonald.
Yes!Terima baucer dari McDonald sebagai penghargaan menyertai contest 'blogger'.. sedikit terubat sedih ini, walaupun ianya seketika :)