
Insan kerdil mencari sedikit ruang untuk meluahkan apa yang dirasa, didengar dan dilihat.

Dah siap.. sat tadi buat Puding Telur jap.. simple sangat2.. ahak! Ni adalah rutinku bila mana kpala dah makin bingung sikit.. hujung bulan.. hujung tahun.. dan hujung tanduk.. hihi.. tertekan juga dgn persekitaran alam kerjaku disaat ini.. telefon berdering, email bertalu-talu.. nak kejar dateline.. itu dan ini segala macam perlu diselesaikan dengan segera.. dan paling tak best.. mereka datang mengadapku.. dan meminta ianya dipercepatkan.. seboleh-bolehnya nak buat cepat.. tapi terpaksa ku tangguhkan.. sekejap sahaja.. dan masa itu dipaksa plak dan mengeluarkan pula suara yang sumbang.. terkilan sungguh dengan suara itu.. sabarlah! tangan aku ni dua.. dan aku perlukan penelitian sebelum apa2 fakta dikeluarkan..Dan cara terbaik utk aku relax jap.. dgn memasak arr..hihi..masakkan kegemaran anak2 & suami.. sambil2 mengadunkan bahan2 utk menyiapkan puding tersebut, aku menyanyi.. hihi.. takper arr.. dah itu caraku.. nak buat mcm mana.. sesekali teringat ayat2 pedas org tu.. aku istighfar.. moga2 aku tak membencinya.. anggaplah ianya rencah biasa.. rutin kehidupan.. manusia tak sesempurna mana..kan!
Dan akhirnya terhasil jugak la.. Puding Telur ni.. bahagia rasanya.. hilang segala masalah kejap.. moga2 hari2 mendatang aku, kau & dia akan tabah menghadapi segala rintangan hidup ini kan.. wokey! Selamat malam.. aku tak marah dah..
Malam dah pkl 11.00. Baru sahaja selesai buat kuih Kaswi.. Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni.. Agak busy ngan kija rumah & opis.. so kalo nak masak2, normally weekend arr. Tapi trend skrg, kami lebih suka membeli dr membuat apa2 kuih kat rumah.. kononnyer nak lebihkan masa dgn anak2 & hal2 rumahtangga yang lain. Tapi tu arr. Atas permintaan anak2, so sekarang ni back to normal. Kena masak2 kat rumah utk breakfast & dinner. Smlm, buat Nasi Lemak versi Opahku.. sedaya upaya saya cuba buat style Opah.. emm.. bleh arr sikit2. hihi. Alangkah gembiranya hati bila melihat suami, anak2 dan adikku si Eni bersarapan.. sejuk perut gue.. Tampaknya ianya memberi semangat pada saya utk berusaha lagi.
*
* Utk esok, saya baru selesai buat kuih kaswi. Firstly, p bli kelapa dolu, then buka internet cari resepi again.. :) bukan lupa cuma nak refresh balik arr. Alhamdulillah jadi jugak. jenuh jugak saa menggaulkan adunan kuih tersebut. Oo.. senang sangat. Kuih ni kegemaran hasben. SEkarang ni, kami berdua sedang berusaha utk buat Laksam versi Terengganu. So far, kuah santan dah jadi, cuma isinya masih lagi sedang mencuba. InsyaAllah, by the end of this month, jadilah tuu.
*
* Ok mata dah berat ni, nak beransur tidur. Mohon kemaafan jika ada tutur kata yang membuat anda terasa. maaf ek. Segala cirite ini luahan dari hati...:) //Impian Serikandi
*Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah
diaHati 'kan memuja hanya pada-Nya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu
Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil
*
*
Oleh kerana saya masih sayangkan dgn alamat blog ini, sengaja saya tambah -2 kat blog ini. Ianya seolah-olah orang lama tapi bersemangat baru.. bleh? lagi pun saya tak berape ghemor ader orang ikuti perkembangan blog saya arr.. biar I follow U dont follow I ek.. bukan aper.. adakala tulisan saya ni agak kesedihan sangat dan barang kali membuatkan orang tertanya-tanya walhal saya hanya melepaskan rasa terkilan dan sedih sahaja.. segan plak orang ambe tahu akan hal ini.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamuyang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
*
*
Tak boleh nak melelapkan mata. Teringat kembali detik2 cemas yang berlaku dalah hidup. Terasa macam semalam baru berlaku. Sessungguhnya kejahilan & kealpaan aku menyebabkan aku jauh dariNya. Tak faham juga akan suara2 sumbang yang berkata begitu begini.
Ya Allah , berilah aku kekuatan utk menempuh dugaan ini, Manusia melihat & bersuara dari mata kasar, bukan dari mata hati utk menilai akan kekurangan & kehebatan diri. Kehidupan perlu diteruskan. Aku redha akan hakikatnya alam. Bukan senang utk menjadi senang di mata mereka. Suara hati berkata aku sedih.. tapi aku perlu teruskan perjuangan ini. Namun diam seribu bahasa adalah jalan terbaik utk memunasabah diri. Doaku moga2 ada cahaya yang bakal menyinar hidup kami seisi keluarga. Ameen !
~Eva & Aida ~
~SIti & Kuna ~
~Pn Laili & Siti ~
~ Bersama CEO TMR&D; Tn Haji Ahmad Termidi ~( Jamuan Perpisahan -Ogos 2005 )
Dalam hari2 terakhir nak tutup akaun syarikat ni..angin dah penuh satu badan. Bukan kerana marah tapi kerana hormon badan yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Apa pun, terpaksalah minta tolong hasben utk bantu.. legalah sikit...Thanks abah!
Sebahagian staff R&D.. alamak! sesat sorang kat sini..
*
Kesian juga bila melihat anak2. Sedikit tak terurus.. Uminyer busy sokmo ngan kija..Abah plak sibuk ngan projek research & studynyer..Maafkan Umi ek.. kita bersusah susah dulu ek.. bila berkelapangan, InsyaAllah kita smua akan bercuti lagi..so masa itu dapatlah kita menghabiskan masa bersama.
~ Pesta lampu di Highway sedang bermula..Perantau yang balik kampung.. ramainyer..~
~ banyak jugak keter yang tersadai kat tepi jalan, dek kerana enjin yang dah berasap..
sumber; dari Ir Ley.. hihi ~ *
*
*
Kami bertolak dari KL, lepas solat Jumaat..seperti yang dijangka, sesak yang amat sangat kat Highway Karak.. tapi tak nampak plak pemandu2 muka tesion.. tampak cool ajer.. almaklumlah nak balik beraye..so tergambar wajah2 keimanan pada smua orang.. hehe.. baguslah...
~Drebar kami, cool & steady..~
Kami singgah makan kat R&R Temerloh jam 7 ptg.. masa tu tak tau plak time buka posa kat area sane.. so masing2 memandang sesama sendiri.. kot2 dah sampai waktunyer..nak gelak pun ader.. tapi nyarislah tuan kedai kat situ semacam bagi signal waktu berbuka..rupa2nyer kat saner cepat 4 minit dari KL.. Kami sekeluarga berbuka Nasi Ayam cap kedai ajer la.. Alhamdulillah..

~Hubby bersama keluarganya.. semua ader kecuali Abg Fadhil~

~Sebelum balik, sempat singgah kat kedai kopok lekok..blikan ole2 buat Family di Perak~
~ Keasyikan membeli-belah kopok lekok.. yumm2 sedapnyer ! ~
~ jalan ke Pasir Putih.. pung jem.. ~
~ di Kg Selingsing, Pasir Puteh, Kelantan
~ kat Machang..tak bergerak 3 jam.. gara2 orang ramai yang kluar beraye.. ~
**
*
*
*
*
*
*
*p/s~ Anugerah dari Ilahi kerna memberikan kehidupan yang sempurna buat kami semua, Alhamdulilah... (waduh. very touching..)

Sedar tak sedar, esok dah pun bermulanya Ramadhan. Dikesempatan ini, saya seisi keluarga, terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
Moga2 Ramadhan yang dilalui akan lebih baik keimanan dari hari2 yang dilalui sebelum ini. Semua orang nakkan yang terbaik. Positif dari segala segi. Namun,kekadang apa yang kita impikan tergelincir dari apa yang difikirkan...tapi selemah-lemah manusia, hati kecil saya berdoa moga2 ada cahaya petunjuk dan dipermudahkan jalan utk ditempuhi... moga2 ianya dilalui dengan sempurna. Amin !
nota kaki;
'membusykan' diri dgn kija2 akaun.. dateline submit 27 Aug..( patutkah aku p kija di hari cuti?? )
.. nothing, just want to share with you all.. the comedy film from Malaya.. opps.. Malaysia..I'm here.. but no idea.. still zero..hehe..
Genap umurku yang ke 31 thn.. Syukur dipanjatkan doa dan dengan izinNya dapat saya meneruskan kehidupan ini dengan keluarga yang dicintai. Seakan semalam, waktu melintasi hidupku yang serba sederhana ini. Satu detik yang mencemaskan pernah dilalui, dan pada masa itu hanya kelam dan suram. Seakan hidup tak mampu bangkit dari kegelapan.
Namun ia ditempuhi dengan teguh. Tak sangka juga hidup kembali ceria. Memetik kembali kata2 sahabatku Hana~ " come back to reality". Betul.. betul.. hehe"
Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaharuan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan. Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya.
Tiap saat yg berlalu tak mungkin dapat diulang kembali..
no such thing as jam Doraemon , Nobita’s secret drawer and no such thing like time machine shown in ‘back to the future’..never..never...
Ya ALLAH, rahmatilah insan-insan yang bersamaku di waktu susah dan senangku..tempatkan mereka dalam golongan yang Engkau rahmati dengan nikmat iman dan Islam..diri yang lemah ini memohon perlindungan daripadaMu... dari fitnah (syirik) akhir zaman dan dari segala macam fitnah yang boleh menggugah imanku..
Ulang tahun kelahiran bukan milik saya..bukan memori saya tetapi flash back pengorbanan seorang emak yang mengandung selama 9 bulan dengan penuh dugaan dan kesabaran..malah, ulangtahun kelahiran ini menjadi saksi pengorbanan emak melahirkan saya..bersabung nyawa demi anakmu yang tercinta..
Buat hasben & anak2 yang tercinta, terima kasih tidak terhingga...juga buat rakan-rakan yang tidak pernah lupa ulangtahun kelahiranku...
juga padaMu Ya Allah...ku mohon keberkatan dan keredhaan usiaku yang dipinjamkan olehMu..amin
Berikut adalah email yg di terima dari teman2..
Somak sent you a message. (no subject) "happy birthday" *** Ronaziah sent you a message. Subject: happy bitrhday... salam...moga yah sihat selalu, ceria spjg mase... slmt hr lahir ke-31, moga murah rezeki, pjg umur, ...dan berada dlm redhaNya sentiasa *** Joeisnirwati Johari commented on your post: kak hariah happy belated birthday yesterday.....smg murah rezeki dan pjg umur.. *** Rafeah Fazlina sent you a message. ( Kak Seri ) Subject: Salam Hari Lahir "Buat Ira,Semoga ulangtahun kelahiran ini menambahkan lagi erti kehidupan dunia dan akhirat yang perlu kita imbangi bersama. Mudah-mudahan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya tetap subur dalam memahami erti dan tanggungjawab kita sebagai Khalifah di bumi ini. Amin. *** SMS juga diterima dari Mak, Eni, Wanie. Fatin, Hana serta boss gue.. Pn Roslaili.. terima kasih atas ucapan tersebut.
Hidup yang dilalui adakalanya tak selalu cerah. Selagi mana bergelar manusia selagi itu kita tak dapat lari dari kesilapan. Selagi mana hidup ini ada, selagi itu juga tentunya kita akan berusaha menjadi yang terbaik. Pernah jatuh, pernah juga kecewa, tapi tak sekali-kali mengaku kalah.
Terdetiknya hati untuk bersuara bukannya tanda mengeluh, bukan juga tandanya amarah, Namun berharap agar diberi ruang untuk menikmati suasana alam yang terbentang luas ini. Benar, aku bukan manusia hebat.. tapi aku juga ada hati...
Peliknya manusia.. aku tak ganggu kehidupan mereka, tapi mengapa ada suara begitu..
Bila bersalah.. berkali-kali dikata. di canang ,di hebah satu malaya..betapa angkuhnya manusia. Rasenyer jika aku seorang banduan, berkali-kali aku akan masuk dan keluar dari tirai besi itu.. lihatlah pandangan manusia. Tak lihat pada kekurangan diri sendiri.
Disini, aku pandang ke depan. Tak mahu lagi menoleh kebelakang.. Berdoa dan berusaha..Moga2 ada sinar dan cahaya keimanan.. membina Mawardah buat keluarga..akan ku tuju jalan itu..Amin !
Sepanjang satu minggu yang berlalu, banyak perkara yang dilalui.. banyak juga perkara yang dipelajari.. As well yg dikatakan, saya semacam terpaku pabila bersua ngan sorang kakak ni.. waktu tu mengfotostat dokumen.. apalagi dia memberi kata2 peringatan dan nasihat yang tulus ikhlas berkongsi pengalamannya sewaktu berjauhan dgn hasbennyer.. oh.. balik trus buat kija dan kpala masih lagi teringat-ingat akan kata2nya..
Petang semalam deside utk call org sana.. dan minta pandangan..call KL dan again call kat sana.. malam semalam, pandang balik wajah hasben.. ( waktu dia sedang nyenyak tidur..), lantaran itu, saya kembali ke meja komputer kat berenda, satu keputusan diambil. Ada benar jugak kata2 kakak tuu..so targetnya nak inform kat Boss hari ni.. boss takde la plak.. tadi sempatlah citer kat Has, member opis..gue tak jadi nak pindah..lagi pun HRSSO kata mcm ni.. TM Negeri plak kata mcm tuu.. so daripada bercelaru.. biarlah aku 'surender'.. rasenyer bleh usaha lagi, tapi bila memikirkan semula.. naik tepu plak.
Banyak faktor yang bercelaru. Last week, kami sekeluarga balik kampung bagi menziarahi abah & emak. Sempat juga pergi ke dusun rambutan dan cempedak kat hujung kampung.. melayang karenah adik2ku yang masih bersekolah. Sedang sedap menikmati buah-buahan, sempat juga abah menegur.. "Yah, kamu ada masalah ke dengan Ley?. Abah mula bertanya. Sambil tersenyum saya menjawab." Takde la.. kami ok, takde apa yang tak baik berlaku. Lantaran itu, saya menceritakan situasi kami. Barulah abah mengerti. Perit juga nak dicerita. Tapi abah mendengarnya dengan penuh ketenangan. Malu plak nak diceritakan. Senang cerita ~ ianya diselesaikan dgn cara baik. Nak gelak pun ada, tapi saya buat muka serius la. Tak sangka jauhnya abah & mak buat andaian.
Dalam kesibukan menyiapkan kija di opis, dapat 2 miss call. Dari boss dan satu lagi dari Miss June.. Ceh.. dolu2 selamba ajer saya panggilnya Juda.. satu kampung tau namanya. .. dan satu kampung tahu akan kehebatannya dalam pelajaran. Junaidah Ibrahim, tak semena-mena call saya di awal2 pagi... ingatkan saper.. rupanya member gaduh gue..hihi..rindu kat gue la tuu. Kini beliau berada di Kuala Terengganu, sedang praktikal di sek. keb Kijal ( sori la Da tak hengat la.. ). Rindu jugak kat Miss June ni.
Kami ni antara generasi awal cucu opah, so kalo dolu2 rumah opah tuu kami berdua yang punyer! Diwaktu itu, elektrik & air pun takde. Sangatlah seksa tapi itu adalah kenangan yang terpahat dalam ingatan.
Ok. See you later ek . Assalamulaikum !Hari ni dah pun 23hb Julai~ seperti biasa hari2 terakhir bulanan pastinya kesibukan yang ketara. Tak nampak orang lain dah.. pantas menyiapkan kija2 bulanan ku. Tapi mulai bulanni juga kija kat opis yg biasa dibuat perlu di hantar ke Menara TM. WAduh.. dua kali kija arr.. tapi apakan daya dah namanya prosedur baru di R&D. Segala kija yang berkaitan dengan akaun, perlu disediakan data dan dihantar ke sana memandangkan FinanceSSo mengambil alih sedikit kija kami.. Istilah 'goyang kaki' takde. Tampaknya kija perlu telus dan mulus arr..
Petang tadi p jap ke Alamanda mencari barang anak2. Almaklumah, next week bermulalah kehidupan baru anak2 di Taska. Selesai membeli, singgah jap kat Pizza Hut. Layanannya.. emm ok arr. Nak makan punyer hal, pejam mata ajer la. Tapi bab paling tak best.. menunggu Spagetti.. dari 5 minit ke 50 minit. Waduh.. berjanggutlah gue menunggu.. di akhir citer, sempat saya bertanya kat si pelayan tuu.. 'adik, apsal lewat sangat? Akak ngan abang tunggu lama tau.. " rasanya dia ni tak berapa fasih bahasa Melayu.. trus dia panggil Manager.. saya yang kekeliruan hanya diam dan tersenyum..:
Manager: Kak, kami minta maaf. Kami sedar akan kesilapan kami. Hari ni pelanggan ramai sangat. Tak sangka pun..
Saya: Oh Gitu.. akak tak peduli. Kalo akak taknak bayo, macam mana. Sudahlah service slow , lepas tu siap caj service 5% lagi.. akak tak nak bayarlah.( dalam hati sengih but muka serius gilo)
Manager: Kak, Disebabkan kesilapan ini, saya bagi akak baucer or diskaun. Ok tak? Tapi dalam 5 hengget ...bolehlah kak. Kami minta maaf.
Saya pandang wajah hasben.. dia menutup mukanya dgn topi R&D.. malu larr tuu..
Lantas, saya tersenyum.. (Yes! dapat jugak diskaun. tapi 5 henget ajer arr.. tak padan betul.) Patutnya 10 hengget..( ishh.. tak elok tu )
Selesai membayar, kami keluar. Saya hanya tersenyum sorang2.. sementara hasbenku dah muka mcm cuka dek gara2 tragedi julai tu .. hehe.. Kat keter, hasben sempat menyapa.. " Mcm mana diorg boleh buat silap.. lama plak tu.. Kalo ikut abang, abang blah ajer..
Sekali lagi aku senyum. Abang, Yah ni muka jenis masam kan.. Sebenarnya takde niat nak cakap begitu.. tapi barangkali bila budak tu melihat muka Yah ni, dan trus memanggil Managernyer.. Apa lagi Yah berlakon arr..
Nama lagi KEHIDUPAN..ada yang manis, pahit dan segala macam ragam manusia. Selagi kita bergelar manusia, selagi itu akan menghadapinya.. yang penting kita lalui dengan penuh hemah.
Ok layan lagu MIrwana ek.." HIkmah Kembara". LAgu ni mengingatkan saya pada Kak Adah ( Ex-R&D). Kalo beliau cuti, suka benor ajak kami datang rumahnya yang cun tuu.. then akan masak lauk sedap2..Rindunya !
Nota kaki;
Sudah 4 hari berlalu, hubby dok perli gue ~ dek kerana tak hafal syair tu betul2.. wa tensen oww.
~pasukan polis bukit kepong dan balai polis bukit kepong dibakar komunis~
Kenalan yg sama2 turut serta masuk bertanding di Putrajaya.
Sempat lagi berposing walaupun sebenarnya dah letih..
