Saturday, February 28, 2009

My Boss~ Tn Haji Mohammed Sabri Nasir

Yang diraikan~Tn Haji Mohammed Sabri Nasir
Sedang menyampaikan kata-kata aluan...
'sorry, I lambat.. tadi ada meeting kat Menara..'
menyampaikan amanat penting buat kami semua kat Finance Division~TMR&D
dan lagi.. lagi.. Staff finance yg turut meraikan En Sabri.. Kak yah, Fiza, me~ cyah, n Norwati, Eva ( org kuat Business Plan), Pn Laili, Ruhaina and Nadia ( practical student from UiTM)
Has, En Kama and Faiz
Gambar kami lagi.. hihi
En Kama sedang membaca doa kesyukuran
Ucapan terima kasih dari Pn Norwati..
Hadiah dari Unit Akaun~ Eva and the Geng bli kat Nilai.. cantik sangat..
nanti kalo dapat bonus.. nak bli satu arr
~ Hadiah dari Unit Perolehan~
Org kuat Procument.. En. Kama yg menggantikan En Azam yg berhijrah kat anak syarikat TM.. tak inagt aper namenyer..
Semalam dapat email dari Azrun.. so dilampirkan buat tatapan semua. Jamuan Perpisahan utk En Sabri telah diadakan di unit kewangan pada 20hb Februari, seminggu lebih awal dari tarikh akhir En Sabri di TMR&D. En. Sabri minta saya & Eva arrangekan utk majlis tersebut.. tapi katanya just for Lunch only.. then kami smua take advantage utk trus buat Farewell utknya.. terkezut dia.. dia nak blanja LUNCH ajer.. tapi kami semua meraikannya disatu jamuan yg cukup ringkas..thanks a lot En Sabri.. You aRE gREAT.. i BELIEVE THAT YOU CAN DO vERY weLL at NeW OffICE.. dLM 2 bulan ni.. sorang2 tinggalkan finance.. dari En Azam, Pn Zuraini Rose (our geng 'bas sekolah') , then Tn Haji Sabri ~ our CFO at TMR&D.. bila plak time kiter ni..

Friday, February 27, 2009

Agenda semasa..

~ Siapkan Jurnal utk penutupan akaun bulanan syarikat bagi Feb 09.
Analysis for Research Project (CWIP) ~ hopefully settle before 5th March.. bleh ke ni.. Revenue Company (MBC) pun nak buat.. bla bla bla..
~ Hari ini adalah hari terakhir Tn Haji Mohammed Sabri bertugas TM R&D as CFO
... emm thanks a lot..( kiter tak bagi aper2 pun..emm.. tapi last week, kami kat finance dah hadiahkan frame tulisan khat kat dia.. )
~dan hari ni NAK p 'shopping' barang dapur.. (emm banyak nak beli ni..)
.. sedikit tertekan sebab tersalah tekan kat blog templated.. now laman blog ntah aper2.. sakit mata memandang.. tapi sebab tak pandai nak tekan2.. lagipun masa skrg tak sesuai..
nengok la, mlm karang nak cuba godek2 PC selesaikan masalah ini..
Ok.. ana nak buat kija ni.. salam manis buat smua..

Thursday, February 26, 2009

Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
( korus )
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Dalam keheningan pagi ni, aku masih lagi melayari internet.. membaca cerita terkini perihal politik semasa negara. Pelbagai forum yg dilihat sedikit membuka minda utk belajar memahami keadaan semasa..
Sebenar dan setulusnya diri suka akan kedamaian dan ketenangan.. mcm dolu2, tapi tampaknya perubahan dlm arus kemodenan yg dikecapi sekarang.. kian maju.. kekadang tak terkejar dgn revolusi mahupun reformasi yg dicanang-canangkan..Manakan mungkin kehidupan peribadi.. dicanang satu Malaya.. emm barangkali itulah antara satu petanda yg masyarakat kita suka mendengar citer-citer sensasi..
Emm.. malaslah citer pasal mereka..
Oklah, kat atas diselitkan lirik lagu Aku Sebutir Pasir nyanyian Fauziah Latiff..
Dolu2 aku minat bangat ngan dia ni.. kalo dilihat liriknya ianya sebagai luahan perasaan dan pengharapan moga2 hari2 mendatang diberikan kekuatan utk menempuh hari2 yg mencabar..
Dalam hidup ini, 2 kali ajer membeli kaset original.. Aishah~ tak ingat tajuknya, tapi dlm tahun 1993 ( kluar duit biasiswa utk bli buku, selebihnya beli kaset Aishah.. hihi) dan Camelia~ Rindu Padanya~ 1998.
Dan selepas itu, takde lagi aku membelinya memandangkan zaman CD & VCD sudah bermula..

Monday, February 23, 2009

An- Nisa = perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Sunday, February 22, 2009

Cerita campur2..

Sepanjang hari ni, kami sekeluarga hanya berehat kat rumah.. takde aktiviti luar yg dijalankan. Ini kerana memberi laluan kepada hubby utk siapkan tugasan kerja opisnya yg perlu diselesaikan dengan segera. UTk rekod, hari ni cuma masak telur masak kicap...( tahap kitidakrajinan yg amat..) Esok dah 23hbFeb, bermakna proses penutupan akaun bulanan akan bermula. Birthday abah pada 24hb Feb.Dalam menghitung hari ni, Our Big Boss in Finance(CFO) En Sabri akan bertugas kat TM lain, jawatannya adalah sebagai AGM Financial & Biz Support kat TM AutoLease..mulai Mac ni.. hari Jumaat yg lalu, sempat diadakan sedikit jamuan utknya.. En Sabri yg belanja..Smua geng kat akaun & perolehan hadir kecuali En Jalal dan Chu.. buat masa ni takde gambar yg dpt dilampirkan memandangkan Azrun yg ambil.. kalo saya ntah la. tak pass lagi.. tunggu la kalo dapat esok lusa.. akan saya uploadkan ek.. Emm terasa berat plak mata ni.. nak beransur beradu dolu.. Ku doakan pada semua.. moga2 hari esok adalah hari yg baik dan tenang utk kita semua, andai kata ada tutur kata yg tak elok dikata, sebagai manusia mohon maaf.. kekadang ada citer2, tapi ada hati-hati yg terasa.. maaf ek.. Salam manis buat semua.

Saturday, February 21, 2009

Suratan atau kebetulan..

Jam menunjukkan jam 12.00 tgm mlm..
Pada ketika ini hatiku sedang kegembiraan dan rasa bersyukur kerna dengan izinNya apa yg berlegar-legar di kepala kembali bersinar.
Utk melayari Facebook bukanlah suatu kemestian, tambah lagi di usia yg kian meningkat.. Tak sangka melalui email pun, kita boleh dapat beremail.. dan tak ku sangka kakak angkatku kak Fazlina telah dapat dijejaki.. beliau mengirimkan email dan tentunya kusambut gumbira tak terkira..
Pada bulan yang lau, ada ku sebut melalui blogku yg aku sedang menjejaki kak Fazlina @ Rafeah Ahmad, seorang wanita yang manis budi bahasanya.. disekolah beliau antara pelajar yg popular.. sifatnya yang lemah lembut dan bersopan santun apa lagi sikapnya yang tegas dalam menjalankan tugas. Beliau yg kukenali amat lurus dan penuh dgn cerita2 yg bersifat dakwah. Kami kerap bersama..
Apabila beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang Law di UIA , kami berutusan melalui surat. Kata2 dlm suratnya pun amat tertib dan tersusun rapi.. almaklumlah rumah aku tak punya telefon, apa lagi jauh dari pekan.. so bagiku itu pun dah cukup mahal bagi sebuah persahabatan, bukan mudah nak mengarang surat ..Minatku terhadap penulisan, sebenarnya dah lama cuma taklah sehebat Kak Ina ni.. dan keputusan diri utk meletakkan nama pada Blog ini pun adalah kerana beliau..yg ku panggil Kak Seri..
sayangnya segala surat2 yg dikirimkan oleh beliau telah terbakar. Ketika itu rumah yg kududuki Seksyen 7 di Shah Alam telah terbakar akibat 'litar pintas'.. dan selepas dari itu, beliau gagalku hubungi kerna tiada rujukan yg tepat..
Nampaknya ada 3 org yg bunyinya sama telah hadir dlm hidupku.. fadhlina, fadleyna dan fazlina..dlm bahasa arab ianya bermaksud KELEBIHAN / IHSANKU.
Nama hubby pun sama maksudnya..adakah itu suratan atau pun kebetulan.. hanya
'hanya jauhari yang kenal manikam'..
Salam manis buat semua..

Friday, February 20, 2009

Lirik Lagu BONDA

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwaKu yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh bonda.. bonda..
Lagu ini mengingatkan diri kepada ibunda di kampung.. rindu sesangat kat ibuku yg jauh dimata namun tetap dihati. Bila melihat gambar lamanya, mengingat aku kepada kisah silam hidupnya sewaktu bergelar ibu kepada 10 orang anak. Apa perasaan ibuku sekarang ek.. dulu, suasana riuh rendah.. dengan suara orang mengaji alQuran di bilik, dan masa itu ada antara kami bergaduh di bilik air..gara2 berebut dan ada yang tak balik2 ke rumah kerana 'bertengek' kat rumah Opah dek kerana 'turn'' menjaga Opah di rumahnya.. semua ini dah lama berlalu.. dan kini hanya tinggal 2 org adikku sahaja di rumah bersama ibu dan abah.. tentu sunyikan..
Rasanya buka mudah untuk seorang ibu untuk menjaga, mendidik serta membesarkan anak-anak.. sekarang ni pun aku merasainya.. banyak kekurangan yang ada pada diri.. tapi sebagai ibu, aku akan cuba sedaya upaya utk melengkapi hidup anak-anakku..begitu juga dengan hubby.. kekadang terlepas pandang dgn mengambil perhatian terhadap anak2.. barangkali kesibukan dengan kerja opis yang dibawa ke rumah.. kebiasaannya kami sekeluarga akan menghabiskan masa dengan keluar dari rumah.. dengan membawa anak2 ke tempat yang boleh merehatkan minda dan ruang untuk bersuka ria bersama keluarga sahaja..
nyarislah hubby ni sporting.. tapi nak dapatkan 'mood sporting' ni bukannya mudah..
Ini kerana tugasan di pejabat dan kuliah kekadang beliau mengalami ketegangan fikiran.. so tak boleh ganggu.. tapi kalo dah ok.. tak terlayan dibuatnya..
Doaku moga-moga ikatan keleluargaan ini akan utuh dan teguh.. kutahu ada masanya hidup tak selalu indah ianya seperti roda.. namun aku berharap pada hati-hati kami ada kasih sayang yang berpanjangan dan yang paling utama semoga kami dirahmatiNya..

* Sepi itu indah..

Wan Nurfahda Aishah ketika berumur 5 bulan..

Tak boleh nak tidur lagi..

So seperti hari2 yg tak tidur.. aku akan terus ke ruangan mesin basuh utk terus memasukkan kain2 yg kotor dan memulakan aktiviti membasuh.. (bukan tangan tau.. pakai mesin basuh..)sambil2 tu aku membuka PC lantas melayari internet.. aper lagi buka blog arr..

Ketika ini semua org telah tidur.. hanya kedengaran suara hubby yg sedang keletihan.. (hihi.. dengkuran yg merdu bak buluh perindu..kesian kiter tengok die.. pagi pegi kerja , petang sikit pegi kelas kat UPM.. dlm seminggu 2 kali ader kelas..demi masa depan, aku sokong dia utk menghabiskan pelajarannya, kalo boleh sampai jadi Dr Wan Fadley.. bleh tak?) tadi plak ikut gue p bli barang dapur..penat sungguh la tu..

Tadi lepas kija, singgah jap kat Alamanda.. trus menuju ke Carrefour ( sepatutnyer boikot! tapi terlajak arr) bli barang rumah yg kehabisan.. adalah mencecah RM200.. bli pampers & susu si Aishah pung dah RM100.. emm.. boleh tahan banyaknyer.. gue dah 'sengket' ni..

Dan malam tadi melayan citer 'Keliwong'(betul ke spelling ni) kat TV3, then ceramah Hal Ehwal Islam kat TV1.. ader Dr. Ridhuan Tee, Dr Mashitah.. dan 2 org panel lagi.. so far ok la, tapi kurang menyengat sikit.. Dolu2 aku ni minat bangat kat Dr Mashitah.. comel orgnya.. cara cakapnyer pun agak sedap didengar..tapi sejak dia joins politik ni.. lain beno rupanyer.. dah berubah sangat.. tengok cara pemakaian dia pung dah 'over' sikit.. aper lagi make-up nyer yg agak tebal sekarang.. kalo cakap bab agama pung semacam tak kena ajer.. naper ek?Ok

Emm.. kelihatan kain yg dibasuh dah kering.. rasenyer nak berlabuh disini sahaja..satgi nak makan ubat batuk jap( thanks Azrun, ko bagi ubat batuk ni, harap2 ok la hendaknyer..)ESok, ada agenda penting .. so kena pegi awal opis..

Akhirul kalam.. Jazakalahu khair..

p/s; tringat kat geng2 lama masa kat Jambori Puteri Islam Peringkat Kebangsaan kat Jengka..aper citer sekarang...

Tuesday, February 17, 2009

* Catatan Semasa

Sahabat lama~ Norhafizah Ahmad( kanan) bersama Farah AF2
Dalam keheningan malam ni.. mata aku tak bleh nak terlelap lagi.. naper ek..
banyak perkara yang bermain-main kat kpale ni.. tak terluah..
Kalo ikut acaranya, esok spt tahun2 yg lalu, kami akan dipanggil utk dinilai semula prestasi bagi tahun semasa.. dan seperti tahun2 yg lalu.. biasenyer mereka akan beri markah yang tinggi.. dan melalui mesyuarat tersebut satu keputusan akan dibuat.. hantar kat HR dan dikatakan akan disemak semula utk kenaika gaji.. rasenyer mcm tak percaya ajer ngan citer 2 tersebut.. bagiku , bos menilai dan mentafsir akan kekurangan & kelebihan kita namun sejauh mana kebenaran dgn 'janji manis' tersebut aku masih tak pasti...
Hati kecil memang sedih.. tapi apa kan daya.. aku bukan spt mereka yg lantang bersuara.. aper lagi menyusun ayat2 cinta yg bisa meruntuh jiwa dan perasaan.. aku hanyalah manusia kerdil ingin juga dihargai.. tapi seperti sblm ini aku pernah berkata..selemah-lemah iman kupanjatkan doa moga2 sinaran itu ader.. walaupun tak pasti ianya bila dan bisa ketemu..
Kuatkan diri teguhkan diri.. moga2 yg diidamkan tiba...
( hihi, boring sesangat ni..smua org dah tido..)
Ok lah tringat plak kat member lama aku si Fizah.. member masa kat RPK..pagi tadi dapat email dari beliau..
aku sekelasnyer utk beberapa tahun, kami ni disenaraikan sbg kelas kedua terbaik.. dan kini kami aktif berhubungan melalui email. Org nyer simple dan masih single mingle.. dia kini seorg wartawan kat URTV.. mcm tak caya ajer.. tapi aku rase masa kat sekolah dolu2 memang dah nampak skill dia dlm bidang penulisan.. kiranyer ayat2nyer power la.. kalo tanyer dia dolu2.. dia akan kata yg dia minat gila2 ngan Aishah.. dan mengaku adik si Aishah.. yea ker.. ader jugak bebudak kelas yg menyindir beliau.. kesian dia.. tapi aku tabik spring la kat dia ..aper yg diimiginasikan suatu ketika dolu dah jadi kenyataan.. ishh sungguh2 dia ni.. dia ambil ijazah dlm bidang kesusasteraan kat UM( lebih kurang la) dan bekerja kat MEDIA sblm berpindah kat URTV.. emm.. bidang glamor lagi.. nampaknyer kalo nak cari sumber2 yg ntah aper2 pasal artis bolehlah tanyer dia..
Semoga beliau success ngan kerjaya.. dan kudoakan moga2 jodohnya akan tiba.. InsyaAllah.
Oklah , rasenyer nak beradu.. to be continue.. same place but difference time..
"Yang lorek itu kendi, Yang merah itu saga;
yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.."
Salam manis utk smua..

Ilmu ~ Mengapa yahudi bijak

Something to share.. from www.mengapa-yahudi-bijak.blogspot.com Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Dr. Stephen Carr Leon

Monday, February 16, 2009

Today is ...

Ku tunggu ku rindu panggilan dari mu..
Pertengahan bulan ni baru tau.. ish.. ni tak best ni..
agaknyer mak kiter kat kampung kat kampung ni.. sedang kerinduan kot.. sebab mata kita terkelip-kelip.. dah 2 bulan tak balik kampung... rindu arr..
Semalam ader kursus yg disampaikan oleh Dr Fadhilah Kamsah..bagus kursusnyer.. tak terkelip-kelip mata..melihat & mendengar 'citer' yg sarat ngan ILMU..
Nanti arr kalo senang kita masuk kat blog ek..
tunggu!
Hari ni.. tak best .. tak best..
terasa kerdil dan pelbagai perasaan yg yg melemahkan aku utk pergi kerja..
Hidup perlu diteruskan.. kugagahi jua..

Duduk rumah ajer..

Baru selesai basuh kain (guna mesin basuh).. saje2.. lagi pun gara2 tak boleh tido.. hari ni takde aktiviti luar cuma kemas barang2 yg tak berape nak pakai.. utk dibuang.. kalo ikut rutin hari ni; pagi tadi aku tanak nasi dan rebus telur ayam.. then siapkan minuman pagi. Aku dan hubby naik motor kapcai pegi kedai kat sebuah kedai makan di area rumahku.. membeli gulai ikan lemak kuning ( masakan pantai timur) & sambal belacan.. sedap tau.. tapi resepi ni aku tak pass lagi.. kami sekeluarga makan bersama nasi putih.. emm sedapnyer! Sebelah tengahari plak.. 'mood' untuk memasak baru datang.. tapi sebelum itu aku dan adikku si Eny dok melayan citer filem tamil di tv2.. tak tau tajuknyer.. tapi layan ajer la.. Kisahnyer tentang seorg gadis kampung yang ingin bercinta dahulu sebelum kahwin.. itu niatnyer. Namun ianya tak dapat dipenuhi hidupnyer memandangkan keluarganya merancang utk dia berkahwin dgn pilihan keluarga..dipendekkan citer beliau berkahwin..dan bahagia.. namun setelah 7 tahun berkahwin, beliau telah menemui diari suaminya.. didlm diari tersebut adalah cerita kisah silam suaminya sewaktu belajar dolu2.. tang ni yang tragedis.. adikku si Eny siap nangis lagi.. sedih tau.. tapi tuu la.. payah nak jumpa citer melayu yg mcm ni kan.. tak mencabar langsung.. Emm.. aku masak gulai lemak pucuk paku & ayam goreng alhamdulilah sambutannyer menggalakkan.. habis tau.. lepas tuu baru mandi..then solat dan tidurr..Anak2 plak dok main basikal.. dan melayari internet. Hubby plak dok kusyuk menggodek PC abg Fadhil yg dihantar minggu lepas..petang plak goreng keledek.. cicah ngan gula.. ( ni favorite aku ngan adikku eny) Dan ketika ini.. semua orang dah tidur.. aku plak baru ajer selesai menyemak TNT staff.. ader la dekat2 40helai bilangannyer.. kija aku takde ikut musim.. memanjang ader.. ntelah bila akan habis.. tuu yg terfikir-fikir.. nyaris hubby faham kalo tak ntah la.. awal2 dolu ngeleng kpale jugak sebab kija yg tak tentu masa .. tapi dah kija.. kutruskan jua selagi terdaya.. (emm bila nak dapat kija lain ni).. ok la nak beradu ni.. esok nak kija.. Jazakalahu khairan..

Friday, February 13, 2009

Keteguhan Iman pada diri dan keluarga..

Sekadar gambar hiasan..
aku jadi sedih bila aku dgr lagu unic "MENCARI YANG MAHA SATU"...
Berikut adalah liriknya..
Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu..Kegelapan hati yang sering buat ku keliru..Dalam menguji pergolakkan emosi diri..Tak siapa tahu ada yang memerhati..Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi..Membawa pengertian hidup yang abadi..Tanpa perlu menipu diri sendiri..Yang menjadi lumrah duniawi..Seandainya kau yang memberi ruang..Akan ku baiki setiap kekurangan..Oleh itu diri yang memerlukan..Petunjuk darimu oh IlahiDiriku kini masih tercari-cari..Jawapan misteri tiap persoalan ini..Ku akui kesalahan dibuat segalanya..Gelap jadinya jiwa seadanya..Apabila tersilap langkahku..Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi..Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu..Memohon ampun dariMu..Dan selanjutnya ku tergoda lagi..Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku..Kini ku mengakui teguranMu..Yang membuat ku sedar siapa diriku ini..
"Ya Allah.kau berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu..dekatkanlh diriku yg makin jauh dari Mu..Ampun kanlah dosa-dosaku..amin.."
p/s:ada perkara boleh dikongsi dan sesetengah benda biarlah menjadi rahsia utkku simpan selama-lamanya..moga2 esok lebih baik dari hari-hari yg kulalui sebelum ini..Amin..

Thursday, February 12, 2009

New template but same owner.. hihi..

Emm. tengok template yg lama.. semcm ader ajer yg tak kena.. so godek2 lah pc ni.. ha.. dah jumpe.. tapi tak tau la di mata korang.. anyway saje2 tukaq... tengah mencari yg sesuai dibaca.. .. emm buat masa ini yg sedap dimata yg ini la kot.. simple & direct to the point.. takde ayat2 cinta yg ntah aper2 tah.. Nak balik ni.. to be continue ..same place but difference time.. kalo tak busy, banyak lah citernyer.. Salam manis buat semua..

Tuesday, February 10, 2009

Kenangan bersama rakan seperjuangan (hubby tumpang.. wa tatak helan emm) terasa muda la tu..

Hari ini aku mendapat lesen B full utk menggunakan blog biniku......hahahahahah.....apa2 lagi gelak jahat dulu ler.........ok......Sebenarnyer, aku merindui rakan2 lamaku yg kini entah dimana......harap2 diaorg sihat senantiasa dilindungi oleh allah hendaknyer. Disini aku sertakan gambar2 lama utk mengungkit kembali zaman persekolahan dulu2........termasuklah zaman di sekolah teknik Terengganu dan UiTM Penang.
Gambar ni kenangan semasa aku berada di UiTM Penang. Alahai....member2 aku ni....mcm2 ader......nnt aku cuba ingatkan namanyer Rustam, jaki, Rusi, Wak Misron, kodian, pojie, lan dan yg lain2 aku tak ingat.....sory kekawan....naik muntah darah aku nak ingatkan kembali nama2 korang ni.......
Yang ni lak, baju batik resmi UiTM Penang.......time ni ader perjumpaan dengan pensyarah so kena ler pakai smart2.......heheheheheh.............
Ini gambar time kekawan satu class buat lawatan sambil mandi di air terjum kat maner aku luper daaa.........yg sebelah kanan aku tu Iza Hairani dan sebelah kiri aku lak Noryani.....Diaorg berdua ni ibarat bunga di kelas aku dulu....maklumlah kelas tak ramai perempuan....seingat aku nama2 budak perempuan kelas aku ialah Lua Lee za (Chinesse girl), Hasmida, Norinani dan Nik Ismaniza.....setakat ni hanya Iza Hairani ajer yg dapat aku contact.......yg lain hilang dlm terang......tak dpt dikesan........ Ini port lepak aku zaman sekolah Teknik Terengganu aku dulu....sebelah aku yg sama2 pakai cap tu adalah Asmadi dan seorg lagi tu Adnan. Kawan aku Asmadi ni sekarang ni bekerja di TM - Network Operation PJ - KLJ/TDI. (Oh ya...jgn luper sampaikan salam aku kat Tarmizi tu).....mengenai Adnan tu aku still lagi lost contact.....so takleh nak citer sgt......
Still di lokasi port yg sama.....hehehheeh.......yg pakai cermin mata hitam tu Rumaizi namanyer.....Woi!!!.....maner kau.....e-mail pung sekejap2.....yg duduk belakang aku berbaju hitam tu namanyer Hasnul....dulu biasa jumpa kat Menara Rebung TM tapi sekarang ni tak salah aku Hasnul dah balik Terengganu keje kat sana. Yang sorang lagi tu namanyer Hafiz....orgnyer cool ajer....salah seorg guru English aku kat sekolah dulu......sekarang ni bekerja dgn Petronas di Terengganu....Aku baru berjumpa dgn Hafiz masa hari raya Aidilfitri 2008......
Ini lak kekawan satu doom.....pergh....ramai tu...tapi seronok sebab kekawan semuanyer baik2.....aku cuba ingatkan mana2 nama yg ader....Rohazuan, hamidi, habib, syidin, adnan dan yg lain tak ingat beb........maklumlah dah hampir 14 tahun memori ni......
Ini gambar yg diambil tanpa dirancang.......tiba2 lak kawan aku yg kat depan terhumban ke depan sebab itu ler yg lain nampak mcm tgh gelak tu........
Alahai........sedih ader, pilu pun ader terkenangkan zaman2 masa belajar dulu.....pahit manis kenangan bersama sering menjadi mimpi yg terindah............
hahahhhahahaha......sebenarnyer aku dah lama tak tulis ayat2 jiwang ni sejak aku berumah tangga....maklumlah anak pun dah ader so aku rasa setakat ini dulu utk ari ni......lain kali aku gosok2 kat bini aku bolehlah aku tulis lagi pakai blog dia.......huhuhuhuhuhuhuhuh.....gelak jahat lagi.........

Monday, February 9, 2009

14 thn yg lalu..

Semasa menghadiri Kursus Bina Negara, di Kg Gajah, Perak~
Ogos 1994
Gambar kelas; masa ni Form 5, tak ramai yg ada masa ni..
mana satu gue ni..hihi..
Baru ajer balik dari menghantar adik aku si Eni kat Presint Diplomatik.. kat Putrajaya.. hari ni sepatutnya cuti.. tapi dia kerja..
dan kali ni dok menung2 depan PC.. cadangnya nak semak TNT staff dan siapkan report utk project.. tap buat masa ni'mood' tak datang lagi.. so belek2 gambar la.. jumpa la satu yg bleh dikongsikan bersama..
hihi masa ni Form 5 di S M Raja Perempuan Kelsom, Di Kuala Kangsar.. 14 thn yg lalu.. aku sekolah biase ajer.. masa ni aku tak pakai uniform 'purple'.. sedikit malas.. lagi pun hari sebelum tu.. dah banyak tukaq baju2.. utk buku tahunan sekolah.. dari baju PRS, Puteri Islam, Skim Lencana Anti Dadah, Budak Nasyid.. dan Pengawas Pusat Sumber.. sampaikan Bendahari Asrama Puteri RPK.. so banyak baju yg dipakai..
Dah 14thn zaman sekolah berlalu.. selepas itu.. ramai jugak kengkawan tak dapat dihubungi.. kalo pung dapat dicontact.. tak mcm dolu2.. zaman merentasi masa... dunia kian berubah.. walaupun hati tringat-ingat.. masakan mungkin mereka.. adalah separuh kelas dapat.. yg lain..ntah ke mana-mana..

Sunday, February 8, 2009

Catatan semasa..

sajer2 masuk kat blog..
Hari ni masak spagetti.. tuu atas permintaan adikku si Wanie yg tringinkan masakan org puteh..
sambil tu si Enie buatkan roti + kaya.. bibik plak buat nasi goreng kicap..
tgh hari sikit pegi ke kawasan rehat berhampiran ngan tol Bandar Bukit Mahkota antar si Wanie yg menumpang Iwan (adikku yg no.2) yg kebetulan nak pulang ke rumah mak mertuanya kat N-9..
Dlm pkl 3ptg.. Abang sulong suamiku~ abg FAdhil dan isteri serta anak2nyer menziarahi kami dirumah.. adik iparku si Ilah pun turut serta.. tak sempat nak ku masak.. so kami masak yg ringan2 ajer la..
Selepas solat Asar.. hubby & aku trus menuju ke Pasaraya Alamanda.. membeli barang keperluan rumah.. lepak jap kat Pizza Hut.. tak sangka plak jumpa Kak Zue & family..
Sampai ajer rumah.. settlekan aper yg perlu.. then buat mana2 yg wajib disettlekan.. dan berehat sambil menonton citer baru diTV3 jam 9mlm.. Martin...
Adikku yg no 3 plak terjah kami .. wah betapa gamat rumah mlm ini..ramai org datang..
moga2 rezeki mencurah-curah.. hihi..
dan kini mataku mulai lelap.. sempat jugaklah menyemak email.. then.. tak sangka plak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.. pung menjadi kawanku didlm Facebook..
sempat jugak aku melayari bog beliau dan isterinya..
wah! canggih zaman kini ek.. kalo ader masa.. layarilah blog beliau ek..
p/s~ adakah aku ni keterlaluan..
hihi.. sajer2, bagiku aku akan sokong dr jauh.. semoga Islam dihatiku.. 'sesungguhnya hidupku, matiku, ibadatku, hanya utkMu ya Allah..

6 sebab menagapa kita perlu bertahan

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak. 2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain. 3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai. 4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai. 5. “Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .” 6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan. sumber diambil dari http://bloggersnetworkmalaysia.com

SANA SITU SINI CYAH~ PEACE NO WAR..

Hari ni dah hari Ahad.. Semalam? emm berikut aper yg berlaku semalam.. 6.50am.. bangun tido.. mandi dan solat suboh.. malam tadi baru dapat tido dgn lena.. tapi dok tringat-ingat ajer akan kejadian semalam... mcm mana nak jadi 'back to normal'.. kemaskan kamar tidur.. kejutkan anak2 agar bangun awal.. 7.30am.. menonton berita dan setetusnya citer kartun ngan anak2.. memandangkan kat umah takder barang basah.. so trus p kedai .. bli nasi lemah, kuih, roti dan sedikit gula2 utk anak2.. 10.30am.. selesai malkan pagi.. me, hubby, eny & wany mulai bergerak menaiki keter kancil menuju ke KL.. menaiki monorel kat Jln Tun Sambathan dan trus ke Plaza Low Yatt.. targernyer nak bli Laptop utk wani.. kami target below than 1.5k.. dapat ker.. so far majoriti harganyer kat 1.8K.. so over our budget.. so decide to get secondhand laptop.. dapat jugak akhirnyer.. 1.2K.. brand F-tec... hubby kater ok.. bla.. bla bla.( hanya mengangguk kpale, hihihi- tak brape arif bidang IT ni..) bagiku kalo hubby kata ok.. ok la jugak bagiku.. yg penting empunyer badan.. Cik wanie.. dia yg nak guna utk blajor..mukanyer mcm senget sikit bila dibritau skin tu retak sikit.. tapi cepat2 hubby kater benda tu minor.. name lagi secondhand.. tapi body ok.. ianya bleh dipercantikkan kalo bli skin protection yg baru.. dlm sepuloh inggit ajer.. dia pung sengeh balik. Secara peribadi, sedih sikit sebab tak dapat bli laptop yg baru utk adikku.. tapi itu ajer rezeki yg ader.. dan lagi kata hubby.. as long as you can do it your assignment kira ok la.. lagi pun spec. nyer memang baik.. tak rugi kalo beli.. so aku harap adikku ini akan blajo baik2.. bukan mencari alasan yg ntah aper2.. Dlm pkl 12.30pm.. kami mula meninggalkan Plaza Low Yatt.. emm.. masa tu org mulai ramai.. nyaris kami datang awal.. Sampai rumah jam 1.40pm.. mandi, solat & berehat..makan plak nasi ngan sambal Sardin yg dibuat oleh bibik.. Lewat petang~ eni & wanie p pasar malam.. bli aper2 yg ku pesan.. aku & hubby menonton TV bersama anak2.. Dlm keheningan malam.. kucuba-cuba memahami politik semasa negeri aku yg kian heboh diperkatakan.. buka harakah online, hmetro online.. dan beberapa blog yg menceritakan komentar politik semasa..antara yg menarik perhatian aku..http://www.rentaprevolusi.com/ dan http://universitipts.com/index.php/site/comments/ada_ada_sahaja_mamak_bendahara/ semalam masa p tabung haji pung diorg dok citer2 benda tu.. sebagai anak jati Perak ( walaupun dah bermautatin di Selangor).. aku tak suka cara Najib & Zahid campurtangan hal urusan negeri Perak.. Najib kalah teruk kat Terengganu.. malu besar dia.. taktik yg 'baik' itu telah dapat dihidu sejak penghujung Januari lagi.. dari perletakan Tajol Rosli sebagai Penghubungan Umno negeri.. dan diambil alih oleh Najib.. dan reaksi Zahid terhadap pegawai2 kerajaan negeri agar tidak mendengar arahan dr kerajaan negeri masa itu.. ishh.. malas lah citer pasal diorg.. tapi tuu la selemah-lemah iman kita berdoa agar diberikan kemakmuran dan kebahagiaan utk semuanya.. Insyaallah!

Friday, February 6, 2009

mata tak bleh terlelap..

Jam menunjukkan pkl 4.00 pagi.. tak bleh nak tido.. Risau bangat.. berdebar- debar jantung aku ni.. lagi kurang dari 3 jam lagi utk aku bergerak ke destinasi.. doa2 kan semoga diberi ketenangan utk menempuh cabaran ini..

Wednesday, February 4, 2009

Oh nak cakap .. tapi tak terluah..

Salam buat semua.. Dolu2.. ader seorg senior aku masa blajor dulu pernah cakap.. kalo tension luahkan.. kalo tak sampai hati.. mahupun tak pandai nak cakap.. luahkan kat diari.. tapi dlm ramai2 geng masa tuu.. ader cakap.. ala cheyah.. pegi kat tepi bukit.. then tengok kanan & kiri.. kalo takde orang.. jerit ajer kat situ...(emm.. bleh jugak) aku ni kekadang tu suka buat kerja gila2.. Im not crazy but sometimes.. bleh tahan jugak la.. anyway aper nak citer ni.. Terasa seram sejuk ni.. ( bilik kak zue ni, sejuk sangat la, tapi rase sejuk lagi hatiku ini.. ceh yah!)Emm.. nak cakap ker.. cakap ajer la.. ader sesuatu yg menggembirakan hatiku sebentar tadi.. tapi tak confirm.. tapi kirenyer best la.. moga2 dapat.. itu ajer la..doakan yg terbaik utk gue & family gue ek... Peace no war!

Emm..Kelas mengaji..

Dah dekat pukul 1ptg.. hari ni tak p makan ngan geng bas sekolah.. hari ni ada kelas mengaji kat bawah..dari jam 1-2ptg.. moga2 dptlah tambah ilmu sikit.. aku ni banyak sangat sangat yg dah tinggal.. kalo dolu.. smuanyer dikpale.. siap bagi dalil lagi.. tapi lama2 dah semakin lupa.. barangkali jauh sangat menyimpang dari yg mula2 dolu.. dalam usia yg dah masuk 30-an ni.. lebih 10thn zaman remaja dah berlalu.. dan kini dah bekeluarga ngan anak2.. esok lusa tak tau aper yg akan berlaku.. moga2 ianya lebih baik dari hari2 suramku Insyaallah, doakan ekk.. "Ya Allah, hidupkanlah kami dengan Iman, sinari lah hidup kami dgn Iman.. dan matikanlah kami dgn Iman".. Salam manis buat semua..

Tuesday, February 3, 2009

Lagi gambar masa 70-an

Gambar perkahwinan Abah & Mak~ June,1976
Me~ comotnyer.. masa ni baru 4 bulan
Me , abah& mak serta Pak Chu.. masa ni kat Seremban
tembamnyer..

Monday, February 2, 2009

Belajar Upload Gambar..

Gambar Hubby masa muda.. nyebok ajer dia ni.. org sibuk nak masuk gambar muda2.. dia pung nak ikut.. masa ni kat Seksyen 7, Shah Alam~ 1999
Gambar ni masa beliau kat Sek Men Teknik, Terengganu (1994-95) ~ Tingkatan 5KE2
Yg lelaki~ Ley, Hafiz, Asmadi, Pije, Kuprum, Sofian, Rumaizi, Suhandi, Tarmizi, Kamal Hadi (katanya..dia sebut yg diingat, yg lain tak ingat pung..)
Yg pompuan plak~ Nik Ismaniza( satu sekolah ngan aku kat sekolah rendah); Norinani; Hasmida; Noryani & Iza Hairani..
Gambar Hubby & The Geng, rasenyer masa ni main Bowling kat The Mines, Oct 2007.
Bersama teman serumah.. kat Tasik Shah Alam.. now Rona kat Kuala Krai, Fuzah plak missing in action..
Gambar ni masa berada di Tingkatan 5, wakil sekolah ke peringkat Negeri Perak dlm Pertandingan Nasyid.. ~ tahun 1995
Hari ni balik awal sikit.. emm bukan sebab takde kerja.. pasal adikku si Eny kurang sihat.. so kena la balik awal.. katanya pening kepala dan terasa semacam nak demam.. so hubby cadangkan balik awal...
Mulanyer nak jemput hubby kat Restoran Mamak kat area Cyberjaya tu.. tapi Hubby mintak kami balik dolu.. katanyer dia akan balik ngan gengnyer.. kira ok la.. Sesampai kat umah trus ku melabuhkan punggungku kat sofa sambil menonton bual bicara tentang kekeluarga.. jemputannyer adalah Ustazah Nik Salida.. emm.. bagus jugak citer ni.. tapi malangnyer aku selalu tak dpt nonton.. biasenyer aku sampai rumah jam 7.45mlm.. Sambil2 tu layan lah anak2.. 'alangkah bestnyer kalo dapatku penuhi hidupku bersama anak2'.. tapi buat masa ini manakan mungkin.. takpe2.. suatu hari nanti.. akan tercapai jugak.. Tak lama lepas tu.. Hubby pung sampai.. oh dia balik ngan budak ini.. Ijam namanya.. aku tak sangka plak dia ni setaman ngan kami.. kata Hubby dia ni menyewa kat ruma si Khairi.. pung budak R&D.. unit Microe.. Khairi sambung blajo kat UK.. so dia sewakan pada Izam... Oh gitu.. kataku.. actually nama2 diorg biase denagn tapi tak kenal yg mana satu.. kat R&D.. adalah kat 400 org.. walaupun aku ni budak finance.. tapi tak biase ngan diorang.. lagi pung lelaki.. kat opis tu.. aku hanya kenal budak Finance.. emm Ketua2 Projek dan Program.. yg lain tu.. minta maaf la.. Dan kali ni rasanyer sudah tiba masanya aku blajo scan gambo utk dimuat turun kat blog.. tak sangka plak mood Hubby ok.. then trus ku teliti cara2 scan dan input to blog.. ok dah berjaya.. bersama ini kulampirkan gambar masa sekolah.. zaman belajar dan ditempat kerja lama takde.. rasenyer kena cari kat kampung.. anggap ajer la takde.. dolu2 tak banyak ambil gambar.. sebab sedar muka penuh jerawat..lagi satu aku ni seorg yg rendah diri.. malu yg takde penghujungnya.. rase nyesal jugak.. tapi kalo tengok album Hubby aku.. emm banyak jugak ngan awek's.. biarlah , itu kisah lama beliau.. tak perlu dirisaukan positif thinking ajer la.. ok tengok ek...

TAK KACAU HIDUP ORANG..

Oh.. pejam celik dah masuk bulan Februari.Rasanya cepat sungguh masa berlalu.. dan yang pasti sudah hampir 7 thn aku kat TMR&D.. mcm tak cayer jer.. emm.. malas lah mengarut.. nanti dok tringat benda yg tak best.. hidup aku Best.. punya suami.. anak2 dan rumahtangga yg ok.. InsyaAllah.. ok ajer la.. kami tak kaya tak jugak miskin.. sedang2 sedang ajer.. yg pasti TAK KACAU HIDUP ORANG.. Jauh kat sudut hati ni.. suka hidup yg privacy.. office seperate ngan hal rumah tangga.. tak bleh campur2.. dan apa yg penting.. ada sifat kerjasama yg baik.. nak nyanyi la.. 'apa yg penting .. kerjasama'.. citer kartun petang kat tV9.. Semenjak adik aku tinggal ngan aku ni.. adalah sedikit perubahan kat rumah.. antaranya kalo waktu maghrib.. adikku akan mengaji.. so rasa kekeluargaan itu makin ada.. biase la hidup kat sini kekadang terleka.. sedikit sebanyak menyemarakkan lagi harmoni kat family kami.. then masa tu.. anak2 aku akan cepat2 ambil wuduk dan membentangkan sejadah utk solat dan mengaji bersama ngan aku.. emm jadi Pak Imam kejab.. aku ni kiranya ganaz jugak.. smua benda kena buat sendiri.. hihihi..Kiranya kat umah aku masa maghrib mcm kat surau lah.. riuh rendah ngan orang mengaji, berzikir & berselawat.. hubby plak skrg ni giat p solat maghrib kat surau ( katanya dia berazam nak solat Subuh kat surau- Amin..).. so yg menjadi mangsanya aku ler.. takper2.. bleh la cuba2.. tapi walaupun kelam kabut.. hati terhibur sebab anak2 kini di depan mata.. kalo dulu.. hidup pung mcm org nomad.. berpindah- randah.. anak2 kat kg.. sementara kami berdua kat sini... Barangkali berkat kesabaran.. tuu la.. kekadang ada benda yg tak mampu diluah.. sebab akal terbatas dan sebab hati tak sampai hati untuk bersuara.. tapi selemah- lemah iman kan bedoa.. kuserahkan segalanya padaNya lantaran ku berusaha utk berubah.. Salam manis..