Friday, February 20, 2009

Lirik Lagu BONDA

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwaKu yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh bonda.. bonda..
Lagu ini mengingatkan diri kepada ibunda di kampung.. rindu sesangat kat ibuku yg jauh dimata namun tetap dihati. Bila melihat gambar lamanya, mengingat aku kepada kisah silam hidupnya sewaktu bergelar ibu kepada 10 orang anak. Apa perasaan ibuku sekarang ek.. dulu, suasana riuh rendah.. dengan suara orang mengaji alQuran di bilik, dan masa itu ada antara kami bergaduh di bilik air..gara2 berebut dan ada yang tak balik2 ke rumah kerana 'bertengek' kat rumah Opah dek kerana 'turn'' menjaga Opah di rumahnya.. semua ini dah lama berlalu.. dan kini hanya tinggal 2 org adikku sahaja di rumah bersama ibu dan abah.. tentu sunyikan..
Rasanya buka mudah untuk seorang ibu untuk menjaga, mendidik serta membesarkan anak-anak.. sekarang ni pun aku merasainya.. banyak kekurangan yang ada pada diri.. tapi sebagai ibu, aku akan cuba sedaya upaya utk melengkapi hidup anak-anakku..begitu juga dengan hubby.. kekadang terlepas pandang dgn mengambil perhatian terhadap anak2.. barangkali kesibukan dengan kerja opis yang dibawa ke rumah.. kebiasaannya kami sekeluarga akan menghabiskan masa dengan keluar dari rumah.. dengan membawa anak2 ke tempat yang boleh merehatkan minda dan ruang untuk bersuka ria bersama keluarga sahaja..
nyarislah hubby ni sporting.. tapi nak dapatkan 'mood sporting' ni bukannya mudah..
Ini kerana tugasan di pejabat dan kuliah kekadang beliau mengalami ketegangan fikiran.. so tak boleh ganggu.. tapi kalo dah ok.. tak terlayan dibuatnya..
Doaku moga-moga ikatan keleluargaan ini akan utuh dan teguh.. kutahu ada masanya hidup tak selalu indah ianya seperti roda.. namun aku berharap pada hati-hati kami ada kasih sayang yang berpanjangan dan yang paling utama semoga kami dirahmatiNya..