Thursday, February 26, 2009

Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
( korus )
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Dalam keheningan pagi ni, aku masih lagi melayari internet.. membaca cerita terkini perihal politik semasa negara. Pelbagai forum yg dilihat sedikit membuka minda utk belajar memahami keadaan semasa..
Sebenar dan setulusnya diri suka akan kedamaian dan ketenangan.. mcm dolu2, tapi tampaknya perubahan dlm arus kemodenan yg dikecapi sekarang.. kian maju.. kekadang tak terkejar dgn revolusi mahupun reformasi yg dicanang-canangkan..Manakan mungkin kehidupan peribadi.. dicanang satu Malaya.. emm barangkali itulah antara satu petanda yg masyarakat kita suka mendengar citer-citer sensasi..
Emm.. malaslah citer pasal mereka..
Oklah, kat atas diselitkan lirik lagu Aku Sebutir Pasir nyanyian Fauziah Latiff..
Dolu2 aku minat bangat ngan dia ni.. kalo dilihat liriknya ianya sebagai luahan perasaan dan pengharapan moga2 hari2 mendatang diberikan kekuatan utk menempuh hari2 yg mencabar..
Dalam hidup ini, 2 kali ajer membeli kaset original.. Aishah~ tak ingat tajuknya, tapi dlm tahun 1993 ( kluar duit biasiswa utk bli buku, selebihnya beli kaset Aishah.. hihi) dan Camelia~ Rindu Padanya~ 1998.
Dan selepas itu, takde lagi aku membelinya memandangkan zaman CD & VCD sudah bermula..