Sunday, February 22, 2009

Cerita campur2..

Sepanjang hari ni, kami sekeluarga hanya berehat kat rumah.. takde aktiviti luar yg dijalankan. Ini kerana memberi laluan kepada hubby utk siapkan tugasan kerja opisnya yg perlu diselesaikan dengan segera. UTk rekod, hari ni cuma masak telur masak kicap...( tahap kitidakrajinan yg amat..) Esok dah 23hbFeb, bermakna proses penutupan akaun bulanan akan bermula. Birthday abah pada 24hb Feb.Dalam menghitung hari ni, Our Big Boss in Finance(CFO) En Sabri akan bertugas kat TM lain, jawatannya adalah sebagai AGM Financial & Biz Support kat TM AutoLease..mulai Mac ni.. hari Jumaat yg lalu, sempat diadakan sedikit jamuan utknya.. En Sabri yg belanja..Smua geng kat akaun & perolehan hadir kecuali En Jalal dan Chu.. buat masa ni takde gambar yg dpt dilampirkan memandangkan Azrun yg ambil.. kalo saya ntah la. tak pass lagi.. tunggu la kalo dapat esok lusa.. akan saya uploadkan ek.. Emm terasa berat plak mata ni.. nak beransur beradu dolu.. Ku doakan pada semua.. moga2 hari esok adalah hari yg baik dan tenang utk kita semua, andai kata ada tutur kata yg tak elok dikata, sebagai manusia mohon maaf.. kekadang ada citer2, tapi ada hati-hati yg terasa.. maaf ek.. Salam manis buat semua.