Jam menunjukkan jam 12.00 tgm mlm..
Pada ketika ini hatiku sedang kegembiraan dan rasa bersyukur kerna dengan izinNya apa yg berlegar-legar di kepala kembali bersinar.
Utk melayari Facebook bukanlah suatu kemestian, tambah lagi di usia yg kian meningkat.. Tak sangka melalui email pun, kita boleh dapat beremail.. dan tak ku sangka kakak angkatku kak Fazlina telah dapat dijejaki.. beliau mengirimkan email dan tentunya kusambut gumbira tak terkira..
Pada bulan yang lau, ada ku sebut melalui blogku yg aku sedang menjejaki kak Fazlina @ Rafeah Ahmad, seorang wanita yang manis budi bahasanya.. disekolah beliau antara pelajar yg popular.. sifatnya yang lemah lembut dan bersopan santun apa lagi sikapnya yang tegas dalam menjalankan tugas. Beliau yg kukenali amat lurus dan penuh dgn cerita2 yg bersifat dakwah. Kami kerap bersama..
Apabila beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang Law di UIA , kami berutusan melalui surat. Kata2 dlm suratnya pun amat tertib dan tersusun rapi.. almaklumlah rumah aku tak punya telefon, apa lagi jauh dari pekan.. so bagiku itu pun dah cukup mahal bagi sebuah persahabatan, bukan mudah nak mengarang surat ..Minatku terhadap penulisan, sebenarnya dah lama cuma taklah sehebat Kak Ina ni.. dan keputusan diri utk meletakkan nama pada Blog ini pun adalah kerana beliau..yg ku panggil Kak Seri..
sayangnya segala surat2 yg dikirimkan oleh beliau telah terbakar. Ketika itu rumah yg kududuki Seksyen 7 di Shah Alam telah terbakar akibat 'litar pintas'.. dan selepas dari itu, beliau gagalku hubungi kerna tiada rujukan yg tepat..
Nampaknya ada 3 org yg bunyinya sama telah hadir dlm hidupku.. fadhlina, fadleyna dan fazlina..dlm bahasa arab ianya bermaksud KELEBIHAN / IHSANKU.
Nama hubby pun sama maksudnya..adakah itu suratan atau pun kebetulan.. hanya
'hanya jauhari yang kenal manikam'..
Salam manis buat semua..