Wednesday, April 29, 2009

~ Jalan-jalan kat Warta Bangi~

  • Lewat petang tadi saya dan hasben menghala pulang ke rumah kami. Namun dalam perjalanan tersebut, saya menyapa hasben untuk melencong ke Bandar Baru Bangi bagi membeli ole2 utk mak dan ayah. Suami saya akan pulang ke Terengganu malam esok dengan menumpang adiknya. Kali ini, kami sekeluarga tidak turut serta untuk pulang ke kampung. Kata hasben, beliau tak mampu nak bawa kereta utk perjalanan jauh,keletihan. Oleh sebab itu, beliau bercadang untuk menumpang sahaja adiknya itu ( Dalam hati ni, meronta-ronta nak ikut serta, tapi dah hasben kata begitu, akur ajerla )
  • Sampai di Warta, kami berdua berpecah, menuju hala tuju masing-masing. Saya terus ke tingkat 1 sambil meninjau pakaian wanita dan lelaki disana. Setelah mundar- mandir dan tawar menawar, akhirnya berjaya juga saya mencarinya. Saya membeli kain ela yang berwarna biru kehijauan untuk mak dan kain pelekat untuk abah.Emm.. silap la plak..Hasben yang keluarkan wang untuk belikan kain tersebut setelah wang ditangan saya hanya ada RM50 walhal jumlahnya RM 8X.XX.SAya hanya tersenyum bila hasben saya membayarnya. Thanks a lot dear... Kami berlalu dan sekali lagi terpisah dek kerana saya menuju tempat jualan keronsang.
  • Sungguh cantik keronsang2 di tempat tersebut. Kali ini saya nak belikan untuk mak saudaranya yang tinggal berdekatan dengan rumah hasben dikampung. Satu untuk Jah( sebaya kami ) dan satu lagi untuk Cheyah ( nama sama ngan kita arr.. ). Tiba-tiba kain saya dipegang oleh seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun sambil memanggil saya emak.. terkejut saya melihat reaksi spontan anak kecil ini. Lantaran keasyikan beliau menangis, saya menggosok-gosokkan kepalanya dan bertanya perlahan-lahan kepadanya. Beliau terdiam bilamana melihat muka saya, lantas bergerak ke belakang dalam 5 langkah dan terus menangis.. Saya hanya terseyum melihat air mukanya yang ketakutan dek maknya yang 'terhilang' kejap.
  • Masa itu Allah sahajalah yang tahu betapa gelabahnya saya melihat anak kecil ini. Pada ketika itu, ramai orang memandang dan mulai bertanya kepada anak kecil ini.. satya tekad dan menariknya ke tepi, dan mohon agar peniaga keronsang tersebut memberi kerusi untuk budak ini. Saya pegang bahunya dan cuba menenangnya semula. Ada juga suara2 sumbang yang menyapa agar budak ini diberi pada guard bertugas. Alhamdulilah, selang 15 minit maknya pun tiba..beliau mengucapkan terima kasih pada saya... ( terharu pula rasanya.. tapi syukur saya panjatkan pada Allah dengan pertemuan tersebut) Saya dapat lihat akan wajah kekesalan maknya yang 'tertinggal' anak kecil ini. disampingnya pula ada lagi 2 anak kecil dan bayi kecil yang didondong ayahnya.. bila mana melihat keluarga tersebut, saya teringat akan kisah lama keluarga kami. Adik saya yang bernamaIpin pernah hilang ketika kami 'shopping' kat Chow KIt kira-kira 20 tahun yang lalu. Tapi berjaya dijumpai oleh abah di kedai permainan. Yang peliknya beliau tak menangis tetapi tersenyum bila melihat abah. pelikkan..
  • Masa tengah kekalutan kat tempat itu, diketika itulah telefon berdering ( hasben call).. nampak pulak dari jauh geng rnd si Tanty dan Azua, dan masa itulah kepala jadi 'fening' . terasa berat kepala ni.. tapi kekadang benda yang tidak dijangka itulah yang meninggalkan memori manis buat kita.
  • Malam sudah larut, maka HARUS tidur untuk dapat rehat sepenuhnya. Esok ada lagi tugasan yang belum selesai. Kerja kira-kira. Nak buat analisis data kat GL. ada item yang perlu dikemaskinikan.
  • Doaku moga2 kita semua berada dalam lingkungan rahmatNya. Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata-kata yang mengguris rasa. Saya menulis sekadar sahaja. Jangan ada benci antara kita. Soalnya HATI tak mungkin di cerita, tapi ianya dapat diduga dari pancaran mata jiwa.. ( sasterakah aku.? )
  • Erti Hidup pada memberi ( http://saifulislam.com/)
g.u.e budak k.i.r.a 2

~ Ianya kajian tapi boleh lagi diperbetulkan~

Mengikut Kajian personaliti Dato' Dr Fazilah Kamsah...tarikh lahir saya menunjukkan saya sebagai 'PENDAMAI'...Kalau Ikut Bulan kelahiran iaitu Ogos - Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi. dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa,sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

p/s: Nak kata semua sama tak juga...50 - 50 boleh la...

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti.

Masih lagi banyak kija ni.. tapi bila gian dah datang, kugarapkannya menjadi sebuah cerita gitu2 ajer la.

"Straight forward.. no body perfect, but believe that YOU CAN DO IT very well..

Jazakalahu khairan!

Sunday, April 26, 2009

~ Konvo Eny di MITC, Melaka~

Awal pagi semalam, saya serta husben ke Melaka membawa abah dan mak untuk menghadiri kovokesyen Eny. Kami bertolak seawal 6.00pagi. Adik2 saya yang lain tak dapat mengikut serta memandangkan terikat dengan komitmen lain. Eny baru sahaja menamatkan pelajarannya dalam bidang IT ( ambil sijil dan sedang menunggu panggilan ke Diploma ). Berikut adalah serba sedikit gambar kami disana.
Kesian Aishah, tak mandi lagi..bersenam kejap Gambar bersama mak dan abah sebelum mereka masuk ke dewan. Aishah hanya dapat dimandikan selepas itu. Makku termenung.. Oleh kerana kami tak masuk ke dalam Dewan.. posing jap.. Gambar diambil bersama Eny dan temannya Noor. Suka sangat berposing.. Adikku Wani yang turut sama datang memberi sokongan. Beliau sedang belajar KPM Melaka dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Teman sekuliah Wani~ Aishah dan Wana.
  • Agenda ini selesai dalam pukul 3.00ptg. Segala yang direncana berjalan lancar. Kami mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Berehat sebentar dirumah saya dan selesai maghrib menghantar abah dan mak ke rumah adikku Iwan di Taman Putra Permai. Disana, Aziah masak ikan pedas dan buat sambal belacan.. emm.. sedapnyer.. husben kita yang sekarang ni tengah berdiet, pun jois sekali.. Alhamdulilah, langkah kanan kami..kami bergerak pulang jam 11.00malam.
  • Oleh kerana tiada siapa antara kami adik beradik yang pulang ke kampung, husben saya beli siap2 tiket bas untuk abah, emak dan adik saya kat Petronas di Presint 9, Putrajaya.Thanks a lot dear, ini yang buat I lagi sayang u ni.. hihihi..(sedikit terkilan sebab tak hantar sendiri ke kampung)
  • Bagus company laki kak zue ni ( transnasional), tak perlulah nak pegi di Puduraya.. kalo ikut zaman saya sepuluh tahun yang lalu, kami perlu ke Puduraya untuk pergi beli tiket bas. Itu pun ikut nasiblah, kekadang habissss.. tapi biasanya minta tolong kawan lelaki yang sekuliah atau sepejabat utk belikan tiket memandangkan mereka ada kenderaan sendiri..
  • Hari ni saya dan husben p BBB, singgah jap kat Butik Ariani yang Cik Eva & Fiza katakan tempoh hari... telan air liur kita melihat $$$ kat situ. Koleksi tudung dan pakaian yang menarik, tapi bila melihat harganya tak berani kita nak cuba walaupun berkali-kali kakak itu suruh. Rasanya tak termampu lagi untuk sentuh, terpikat dan beli. Hari tu masa kat Munawarah pun begitu. Saya 'terbeli' skirt labuh yang berharga RM150.00. tergelak saya sorang2 memikirkan macam mana boleh terpaut kat skirt tuu..
  • Catitan semasa berakhir disini. Husben dan anak2 dah tidur, ummi ajer yang tak tidur lagi ni. Minggu ini adalah minggu sibuk dengan penutupan akaun bulanan syarikat.
  • Moga-moga dipermudahkan perjalanan hidup kita semua. Amin!

Friday, April 24, 2009

~ Mak Abah datang ke rumah~

  • Malam ini saya ketandusan idea untuk bertinta.
  • Hari ini juga saya bercuti kerana menyambut kedatangan abah dan mak serta adik saya yang bongsu ke rumah kami disini. Mak bawakan lemang serta rendang daging yang menjadi kesukaan kami seisi keluarga. Emm.. amatlah sedap sekali.. dua kali.. dan banyak kali. Ianya tak sama dengan yang kita beli kan kat pasar malam.. air tangan mak memang tiada tandingnya.
  • Kalau diikutkan program awalnya, petang tadi kami patut bergerak ke Port Dickson untuk bermalam disana sebelum ke Ayer Keroh utk menghadiri Konvokesyen adikku si Eni. Tapi terpaksa dibatalkan kerana kesibukan husben berjumpa dengan 'gurunya' kat UPM.Pelan kedua diambil~Kami sekeluarga akan bergerak pagi esok trus ke Ayer Keroh awal pagi esoklah.
  • Ok, saya masuk tidur dahulu. Oklah, illal liqa'. Ma'as salamah...

Wednesday, April 22, 2009

~Gambar lama lagi~

  • Malam ini saya tak boleh nak lelapkan mata, teringat kembali masa lalu.. kira 10 tahun yang lalu. Buat pertama kalinya saya menjejaki alam pekerjaan. Bukan mudah juga nak bekerja.
  • Saya mula bekerja diusia yang muda seawal 21 tahun. Pada masa itu, gaji mula saya ialah RM650. Selepas 3 bulan baru RM800.. Terlalu banyak kenangan manis, tak kurang juga pahitnya. Memori tersebut saya simpannya dengan rapi. Kalaupun yang manis teringat-ingat ajer tapi kalo yang tak best tuu.. saya cuba lupakannya.. dan jadikan sempadan agar ianya tidak diulangi lagi.. Waktu muda2 dolu, saya kerap pulang ke kampung menaiki bas.. hihi, almaklumlah gaji tak berapa besar.. cukup2 makan sahaja.. setiap kali saya balik ke kampung abah senantiasa pesan macam ni.." jangan jadi macam lalang.. makin lama makin tegak .. tanda sombong pada diri.. tapi jadilah seperti padi, makin tua makin berisi dan makin tunduk.. merendah diri.." abah saya ni bersekolah sampai darjah 6 Melayu ajer.. tapi kalo bercerita pasal kisah muda2nya.. sedih plak.. Beliau tak dapat meneruskan pelajaran oleh kerana kehidupan keluarganya yang miskin.. merantau, menumpang tanah orang. Disebabkan kemiskinan, 2 orang adiknya telah diberikan pada orang selepas dilahirkan.. Kecil2 dah kerja menoreh getah dan membantu 'orang kaya' ( atuk saya la- sebelah mak) untuk mencari bijih timah.. tapi berkat kegigihannya sewaktu menyertai alam ketenteraan, beliau mampu merubah hidup keluarganya..Adik2nya dapat dijejaki juga apabila abah dikehendaki menjadi wali yang sah.Pesanan itu saya ingat. Saya kagum dengan abah.
  • Gambar2 kat bawah, hanyalah kenangan sewaktu bersama Audit Team kat PORLA, Kelana Jaya.
Gambar ini sewaktu Jamuan Hari Raya di PORLA, saya pakai baju biasa ajer memandangkan nak balik kampung dengan menaiki Bas ( ranggi sikit- jalan jauh arr). Saya tak berapa ingat nama kakak2 ni. Yang belakang ni ialah Abang Halim ( Saya ingat namanya pasal namanya adalah Halim Othman~ DJ Era ~ dalam masa yang sama dia adalah driver kitaorang )
Masih lagi di PORLA. Kami terlibat dengan SES Tambahan( iaitu skim di bawah kawalan harga minyak masak) Saya jadi tukang kira2 bersama kak Chah. Yang lain pula buat checking and reporting.
Bersama kak Hafsah, Kak Siti, Kak Asiah, Kak Ina dan Kak Mai menziarahi rumah teman sepejabat di hujung minggu di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, di Seksyen 13 Shah Alam.
Ambil gambar lagi..
Jam dah menunjukkan pukul 12.40am, HARUS tidur ni kerana esok kerja. Malam esok dikhabarkan bahawa Abah dan mak akan datang. So kenalah 'prepare' aper2 yang patut. Moga2 kita semua berada dalam limpahan kasih sayangNya. Salam manis buat semua.

Tuesday, April 21, 2009

~ Motivation Song~

Monday, April 20, 2009

Lapan jenis macam MANUSIA

Barangsiapa yang duduk 8 macam manusia akan ditambah Allah 8 macam hidup.

  • Barangsiapa yang suka duduk berserta orang kaya akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia.
  • Barangsiapa suka duduk bersama orang miskin akan dijadikan Allah kepadanya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
  • Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Penguasa negara) akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
  • Barngsiapa yang suka duduk dengan wanita, akan ditambah Allah bodoh dan syahwatnya.
  • Barangsiapa duduk bersama kanak-kanak akan ditambah kesukaannya main-main dan bersenda-gurau.
  • Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambah beraninya berbuat dosa.
  • Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh akan bertambahlah keinginannya berbuat taat.
  • Barangsiapa yang suka duduk dengan ulama akan bertambahlah ilmu dan waraknya (Abdullaits- Faqih).

Sumber:Motivasi

Tadi kita singgah jap kat http://halaqah.net/, then dapatlah beberapa ilmu yang mungkin kita terlepas pandang. Bila duduk bersantai bersama keluarga, kerap kali saya terfikir.. kalolah saya jadi orang kaya..so masa itu jadilah kejap 'mak jenin'.. tapi bila saya renung2 kan kembali ayat2 kat atas, tampaknya kena check and balances balik apa yang saya fikirkan selama ini.

Nota kaki;

Melihat orang sENANg.. tapi bukan senang nak jadi sENANG kan.. apapun bila dah senang, takut plak jiwa dan hati, tak cukup TEnANG.. kemana hala tuju kita yang sebenarnya.. memang benar mencari keredhaan Allah namun sejauh mana saya nak didik hati saya supaya bersyukur dgn rezeki yang Allah berikan kpd kita semua.. ALHAMDULILLAH!

Friday, April 17, 2009

~ Jumaat - warna warni duniaku ~

  • Hari ni dah hari jumaat.. maka berakhirlah utk minggu ke 16 bagi tahun 2009.
  • Seperti yang saya war-warkan pada semua, hari ni secara rasminya, kami di TMR&D dapat BONUS.. Alhamdulilah.. Sesungguhnya hari2 yang saya lalui sebagai seorang anak, isteri, ummi dan pekerja amat baik. Syukur juga kerana mereka yang berada dikeliling saya amat disenangi..
-Gambar ini diambi dari internet-
  • Pagi tadi saya dan husben lewat masuk ke pejabat kerana perlu pergi ke Pejabat Pos Semenyih utk mengambil dokumen yang berdaftar.. emm kiriman dari KWSP. Kecekapan KWSP terbukti! ( within 10days.. kira ok la.. ) tapi nak ambil dokumen tuu.. amatlah jauh.. perjalanan yang mengambil 20minit dari rumah kami..seawal 7.45pagi, kami sudahpun bergerak memandangkan pejabat pos buka jam 8.30pagi. Jam 8.07pagi kami sampai di destinasi. Ternyata ramai orang sudahpun beratur walhal pejabat pos masih belum dibuka ( bagus mereka ni ). Tepat jam 8.30am, kaunter kiriman berdaftar dibuka. Setelah menunggu giliran, akhirnya kami berdua dapat juga memperolehi dokumen tersebut. Kami bergerak keluar jam 9.20am.
  • Sesampai di pejabat, kami bergerak ke unit masing2. Sesungguhnya, terlalu banyak kerja yang belum diselesaikan.HARUS diselesaikan hari ini juga..memang benar saya membantu kerja2 di bahagian setiausaha, namun begitu kerja2 dibahagian saya sendiri tak patut dibiarkan. Sememangnya dah sebati dgn diri saya.. pelik juga bila orang mempersoalkan kerja orang lain.. tapi selemah-lemah iman saya hanya berdoa agar dipermudahkan segala masalah.. orang hanya melihat luaran sahaja.. mahu juga saya jadi 'kurang ajar'..tapi segera saya perbetulkan niat saya.. ish.. takbaik tau.. "kalo orang bagi benda tak baik, kita balingkan padanya bunga." Teringat pesan ustazah semasa berguru dolu2.. pernah juga saya khabarkan pada teman saya sewaktu bekerja di Audit Firm dulu.. tapi dia merasakan konsep itu ada batasnya.. satu masa ianya tak boleh diterima pakai.. perlu juga bersuara.. kalau tidak orang akan memijak kita.. yea ker? Terserahlah pada individu utk menilai keupayaan diri.Sesungguhnya manusia tidak lari dari melakukan kesilapan pada diri sendiri. Saya belajar dari kesilapan masa lalu. Bersuara bila perlu sahaja.
Gambar diatas merupakan 'team project research' hubby kat opis R&D, yang diketuai oleh En Naza sebagai ketua projek.
  • Bagi saya kerja di bahagian setiausaha ni kira OK juga. saya boleh belajar satu benda yang baru. Cuma saya bukanlah insan yang bergaya, cuma biasa2 ajer.. hihi.. mampukah saya menjadi setiausaha yang berkira-kira.. wait and see..
  • Teman-teman yang lain pun selesa dengan caranya. Boss baru plak lain plak karektornya, lebih bersikap sederhana. Saya selesa dengan cara kerjanya. Sama seperti bos kat Audit Firm dolu2.. Tn Haji Sahir Senawi. orangnya kaya dengan ilmu kewangan.Saya tak berapa kenal latar belakang pendidikannya tapi dari gaya dan perwatakannya tentunya pengalaman yang ditimba semasa di TM dapat diadaptasikan disini.Cuma mesti boss hairan sikit dgn bebudak finance ni.. mahal dengan senyuman..muka kering ajer.. biasalah orang kira2.. tegas dan tiada berkompromi.. tapi sebenarnya kami semua peramah sesangat..
  • Lewat petang tadi~ saya dan husben pulang kira2 jam 6.45ptg. Kami menuju ke Bandar Baru Bangi utk ke Maybank melalui Preseint aper ntah.. tapi kat area Mydin.. Disitu terdapat lampu isyarat. Pada masa kami lalu, lampu isyarat bewarna kuning dan diikuti warna merah. Alangkah terkejutnya kami apabila kedengaran bunyi hon motor dan apabila ditoleh kelihatan seorang polis trafik melambai-lambai tangannya kepada hubby.Kelihatan muka Hubby berubah merah. Saya pula dah mula mengelabah. Sedang polis trafik berjalan ke arah kami, saya berbisik pada hubby agar tenang dan menunjukkan mimik muka yang bersalah yang amat sangat..
  • Hubby: Assalamualaikum..
  • Polis trafik : Waalaikum salam.. Encik tak nampak lampu isyarat tadi ker?
  • Hubby: Saya nampak, tapi tak sangka plak ia cepat bewarna merah. Saya minta maaf,Tuan.( dalam hati,tak pernah saya nengok muka merah hubby,tapi benda dah jadi redha ajer la )
  • Polis : Lain kali jangan buat begitu. Patuhi undang2 jalan raya. Ingat tu..
  • Hubby: Baik tuan. Saya akan ikutinya dengan baik.(tapi ayat seterusnya saya tak setuju..)
  • Hubby: Encik tengoklah rekod saya. Saya takde pun rekod yang tak baik.
  • Saya tak setuju dengan ayat hubby yang akhir ni.. ada ke dia cakap begitu. Rasanya hubby tak bermaksud begitu, cuma ayat itu tak sengaja terkeluar.. biasalah orang dah mengelabah.. Nyarislah polis trafik itu ok.. kalo tak dapat ' surat cinta' la.. Cara polis trafik tadi sangat berhemah. Bukan kerana sebab dia tak layangkan surat saman, saya memujinya tapi dengan cara beliau berinteraksi dengan penuh hemah. Kalau tak silap, nama yang tertera pada 'name tag' ialah Zamri. Sesudah itu, kami berlalu sambil tersenyum sesama sendiri ( Ini adalah antara contoh polis yang baik sebab tidak meminta wang.. ) perkara begini jangan ulangi lagi tau..
  • Apa yang kami lalui hari ini, merupakan coretan semasa. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan mahupun yang kecil atau besar. Sesungguhnya komunikasi dalam emosi yang rasional perlu dijaga dan diserlahkan. Moga2 tiada insan yang terasa dek kerna kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain. Pepatah lama ada menyebut" Sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" .
  • Oklah, illal liqa'. Ma'as salamah...

Wednesday, April 15, 2009

~ Khabar dari Jepun~

DiLadang Buah Epal Shazwin dan suami serta anak-anak
Shazwin & baby
  • Lewat malam ini..dapat email dari Shazwin Taib, sahabat saya yang kini sedang mengambil PhD di Universiti Hiroshima, Jepun. Sebelum ini, Awin ada mengirimkan email kpd saya yang menyatakan beliau teringin nak makan itik panggang yang ada jual kat Giant Shah Alam.. Pelik plak kita mendengarnya.. katanya Dolu2 beliau sering makan makanan tersebut.. bila dah sampai jepun dah tak boleh nak merasa.. apa lagi pada masa itu dok teringat-ingat-ingat ajer..gelihati plak kita mendengarnya.. beliau mengandung anak ke-3..dan sekarang dah pun bersalin.. takjub sungguh kita melihat wanita gigih ini.. kemahuan dirinya utk belajar amat kita 'tabik spring '. Kesungguhannya mengatasi segalanya..
  • Dan kini kiriman email yang terbaru.. beliau membantu saya dalam mencari traslate " Hanakage Song".. ( takde lagu lain aper..) Yes! I'm very happy.. Dah lama.. dah berjanggut saya mencarinya melalui internet, teman-teman malah buku2.. dolu, saya rasa ada orang khabarkan bahawa ia adalah mengisahkan cerita seorang budak perempuan yang dalam kesedihan dek kerana ditinggalkan oleh kakaknya yang meninggalkan beliau keseorangan.. dan kini terungkailah sebuah misteri lagu tersebut.. ( sasterakah aku! hihi) Berikut adalah link traslate from japannese to English..http://bulldog2.redlands.edu/dept/AsianStudiesDept/music_ed/falling_blossoms.htm. Sentimental la plak..What ever la.. sekarang hati dah senang..
  • Sekarang ni, tengah dok cuba menghabiskan bacaan buku " Haji Muda" yang dipinjamkan daripada Encik Ahmad kepada saya.. dah 2 minggu saya pinjam.. tapi tak Qatam lagi arr..ruang & masa yang terhad.. Kalopun nak curi-curi baca kat opis.. tak sesuai pun memndangkan lampu separuh yang ntah aper2 kat situ..naik pening dok melihat 'figure' apa lagi bahan bacaan..Nanti tak berkat sebab mengambil kesempatan la plak.. hihi..
  • By the way, ini ajerlah utk coretan semasa..
  • Salam manis buat smua.. Maaf, jika ada hati2 yang terasa.. saya menulis sekadar sahaja..

Tuesday, April 14, 2009

~Pesan Abang~

Masih lagi berada di opis.. nak siapkan Claim OT bagi bulan Feb & Mac. Baru sahaja siap. Sambil2 tu update blog la..

Hihi.. Alhamdulilah, Hari jumaat ni dapat bonus.. Syukur kehadrat Ilahi kerana limpahan rezeki yang Allah berikan pada kita semua walaupun sedikit kecewa kerana dah 7thn joins TM tak pernah pun naik gred or gaji.. setakat naik tahunan dan 3thn sekali ( tu pun sebab NUTE )..saya pujukkan hati sahaja.. barangkali sebab ada kekurangan diri... so payahlah sikit orang nak naikkan gaji.. tapi takpe la.. dah takde rezeki lagi kan.. so sementara itu akan saya cuba sedaya upaya utk berusaha mencari kerja lain.. tapi dalam kegawatan ekonomi yang kian merundum malang ni, takut juga nak kluar.. niat dihati, nak sambung belajar, tapi beri peluang pada husben dolu la..

So dengan hati yang 'gumbira' tampaknya kenalah senarai yang nak didahulukan.. nak buat aper ek?.. oh! No idea lagi.. tengoklah malam karang kot2 idea datang mencurah-curah.. tapi kali ini PERLU ada bahagian utk parents.. itu semestinya..

Ok, saya nak baliklah.. Disini saya lampirkan lagu" Pesan Abang", sesuai sangatlah kalo nak dengar.. liriknya yang santai.. tapi maksud yang tersirat..

Salam manis buat semua...senyum sokmo!

Monday, April 13, 2009

~ Lirik lagu M. NAsir~

Saya suka lagu2 M. Nasir. Lebih kepada bahasa jiwa.. hihi..luahan perasaan.hihi.. Disebabkan tiada nak diceritakan , saya selitkan lagu ini sekadar sahaja..
  • Di Balik Cermin Mimpi (M Nasir)
  • Di balik cermin mimpi
  • Aku melihat engkau
  • Di dalam engkau...
  • Aku melihat aku
  • Ternyata kita adalah sama
  • Di arena mimpi yang penuh bermakna
  • Bila bulan bersatu dengan mentari
  • Bayang-bayang ku hilang
  • Di selebungi kerdip nurani
  • Mencurah kasih, kasih murni
  • Mencurah kasih
  • Di balik cermin, cermin mimpi
  • Adalah realiti yang tidak kita sedari
  • Hanya keyakinan dapat merestui
  • Hakikat cinta yang sejati
  • Hakikat cinta yang sejati
  • Dengan tersingkapnya tabir siang
  • Wajah kita jelas terbayang
  • Dan terpecah cermin mimpi
  • Menjadi sinar pelangi
  • Pelangi
  • ........s.w.e.et m.e.m.o.r.y....................

~ Heart Clock~

Myspace Clocks, Hearts Clocks at WishAFriend.com

~tukar lagi..~

Hari ni saya tukar lagi 'background blog'.. Tatapan semasa.. masih lagi 'kosong' dgn cerita..tak tahu nak mula dari mana.. bila hati sudah selesa.. barulah senang nak cari idea.. sedikit kerisauan kerana banyak plakTNT staff yang tidak disemak. Apa lagi salinan inbois yg perlu disemak dan difotostatkan.. Ok, lah moga2 kita semua senantiasa didalam rahmatNya. Salam manis buat semua. p/s; wa tension orr..

Friday, April 10, 2009

~ Cerita dari hati~

Hari ni agak keletihan sesangat..banyak nak diceritakan tapi memandangkan 'terbusy jap' kat opis.. lantas ambil keputusan utk relax ajer buat masa terdekat ini. Minggu ini saya sibuk dgn 'reporting' and analysis.. dah hampir 10thn saya bergelumbang dengan alam kira2 ini..
Hari ni.. dok tekan2 balik kat blog kita.. dan cuba menukar 'template' yang lain plak.. tapi tampaknya hati lebih suka yang dolu tu.. ianya simple.. 'no flower' and 'color' yg meriah.. biarlah biasa2 ajer.. mcm tuan punyer blog ini..
Lewat malam kelmarin, En Azmi Karnain yg merupakan salah seorang researcher kat tempat saya jadi member facebook.. so dari profile dia.. saya dapatkan lagu kegemaran saya.. " Di Balik Cermin Mimpi'.. Sekitar tahun 1990-an, lagu ini dijadikan tema slot bagi Aziz Desa kat MHI.. " Cermin2kan diri anda ".. Tentunya kalo dengar lagu ini akan kata yg lagu ni biasa2 ajer.. tapi kalau dibaca liriknya ianya amat2 tersirat. ( sasterakah aku!)
Hari ini di pejabat baik sekali. Semua orang di divisyen saya agak'busy' dgn tugasan masing2.. takde gossip2 yg ntah aper.. cuma yang diwar-warkan sejak awal bulan ini adalah bonus.. pelbagai andaian dan teka-teki dari semua orang. Doakanlah yang terbaik agar semua akan dapat.. Amin!
Baiklah. Saya akhiri kalam ini disini sahaja. Jam dah pukul 1.30pagi, seharusnya tidur dan berehat . Tapi mengapa agaknya mata tak boleh nak lelap ni.
Oh! baru ada idea.. saya nak baca majalah bulanan 'Anis ' yang terbaru. Majalah ini lebih kepada ILMIAH dan ISLAMIC. Saya menjadi pelanggan majalah ini lebih 10thn yang lalu.. saya jatuh cinta dengan penulisan mereka. Terlalu banyak ilmu yang boleh kita pratikkan.. Saya juga meminati penulisan Pn Hajah Rohani Haji Sahir kerana beliau juga merupakan seorang penulis buku 'Cukup Wang Hati Senang'.
Semoga kita semua berada dalam limpah kasihNya.

Tuesday, April 7, 2009

Al kisah di pejabat KWSP

Seawal 7.30am, kami dah mula bergerak menuju ke destinasi~ Pejabat KWSP. Hari ni adalah hari kedua kami pergi ke sana. Kali pertama masa Jumaat yang lalu~ menghantar form epf bagi proses pengeluaran epf secara ansuran. Malangnya pada masa itu borang yang saya isi adalah salah. Lagi satu sebab masa yang tidak sesuai kot.. ( Walhal, waktu urusniaga yang tercatat ditu adalah 8.15am~ 4.45pm ) Saya dan husben sampai jam 4.25pm. Tapi biaselah kalo dah hujung2.. service dah lain macam sikit arr.. itu mungkin salah kami..kami akur. Selamba ajer pegawai tersebut menyapa.. dengan nada tinggi dan gayannya yang macam 'bagus' mengarahkan kami meninggalkan premis tersebut, memandangkan masa dah tamat.

Semalam saya khabarkan pada husben agar dapat bergerak lebih awal. Kami perlu pergi ke sana. Macam saya katakan tadi, kami bergerak awal. Husben saya cuti. Saya plak tidak. So, nak tak nak kami perlu bergerak awal memandangkan saya bekerja. Lagipun tak best arr kalo masuk lewat ke pejabat dek hanya benda yang simple. Ok la. Berbalik dengan cerita saya tadi. Kami sampai awal.. jam 8.18am. Masa itu kaunter masih kosong lagi.. Seperti minggu lepas, kami melalui semakan yang pertama.OK. Lantaran itu pegawai tersebut memberi saya dan husben satu nombor. Terus saya menyapa." Puan, minggu lepas kami ada datang, dan pegawai bertugas mengingatkan kami agar mengambil 2 nombor kalo datang lagi". Saya cuba memaklumkan pada beliau.." Kak, takpe. Satu nombor pun takpe. Lagipun rumahnya satu ajer kan." Saya pandang husben dan kami pun senyum pada pegawai tersebut.. ( harap2 takde la masalah lagi.. Amin.. ) Kali ini husben mendongak sambil melirik pada nombor giliran yang dipegangnya.. Alamak! No. dah panggil.. tapi kat kakak itu la.. saya tengok no. giliran dan kami menuju pada kaunter tersebut. Dengan muka yang mencuka, pegawai tersebut mengambil borang2 kami.. trus dia menyapa. "Ni kena ambil 2 nombor giliran. Pergi ambil". ( dalam hati saya berkata~ aperla diorang ni.. ding dang ding dong la plak..) Trus husben berlari ke kauter nombor dan mendapatkan satu nombor lagi..

"Kan akak dah cakap, kena ammend surat bank ini.." Beliau mula bersuara tinggi. Trus saya menjawab.." Hari jumaat lalu, kakak kata kalo takde pada surat bank takper, beri SNP atau sijil nikah kan.. kenapa hari ni lain plak." Saya pandang trus pada husben. Saya risau kalo saya salah cakap.. husben plak tersenyum.. " Terus dia menyapa.. Oh! hari tu akak silap cakap.. ( boleh plak dia cakap silap.. takper2 la.. sabar ek.. ). Borang husben plak dihantar terus pada jiran yang kat sebelahnye.. dari jauh saya nampak.. mudah sekali.. saya perhatikan wajah husben dan pegawai tersebut.. tersenyum ajer.. bestnyer.. sempat lagi husben maklumkan yg pegawai tersebut tu adalah jiran setaman.. "Yah! Jiran kita arr.. jalan 2/2..". Tak sangka plak jiran kami.. walhal dah dekat 2 tahun tinggal kat perumahan tersebut...

Alhamdulilah, selesai jugak 'siksaan' tersebut. Bagi saya berhadapan dengan orang seperti itu amatlah perit. Kata dan suaranya agak kasar dari orang lain. Salahkan kami utk meminta wang kami sendiri. Peliknya saya. Layanannya agak kasar.. Kalo nak tegas pun, pandang2 arr. Ni main sedap mulut ajer.. dunia.. dunia..

Sebelum berlalu keluar, kami sempat menuju kaunter yang pernah kami kunjungi... tak sangka plak sepupu hubby kija kat situ.. sempat plak dia menyapa.. " lain kali kalo datang sini, trus ke sini ..dia memang macam tu.. ( what! dia memang macam tu.. Oh! rupa2nya orang itu memang dah sejak azali..) kat luar EPF, sambil ke keter, husben berkata." Abang fikir kita takde duit ajer.. kalo 10 org epf macam tu,jenuh la ." Saya hanya tersenyum. Kami meninggalkan EPF jam 8.50 pagi, singgah jap kat Mc Donald Bangi dan ke TMR&D Cyberjaya. Sampai kat opis~ saya trus turun dari kereta.. sambil melambai-lambai pada Aishah. ( aik ader Aishah..) Yup! Dia ikut kami ke KWSP, tapi dia tak banyak ragam. Lebih suka melihat keindahan alam tanpa berbicara. Sepanjang jalan pun anak kecil ini hanya bernasyid lagu2 nyanyia kump Tilmiz.. ikut ummi dia arr.. :) Sepanjang hari di opis, saya lalui dengan senang sekali. Menyiapkan tugasan 'report' dan menyiapkan analisis projek bagi group Dr Aziz dan Tg Imran.. ok ajer.. CFO plak sibuk dengan tugasannya. Petang plak ada meeting pelupusan aset. Kesempatan itu saya gunakan dengan mengemaskini semula 'schedule CFO" melaui microsoft outlook yg dilinkkan ditempat saya. En. Maran yang installkan. Sempat juga dia bertanya tentang kerja baru saya .' Dapat elaun ke? Saya hanya mengeleng.. Sambil2 tu saya merujuk pada Suriaty & Azmah yg merupakan secretary di bahagian research cara nak buat appoitment yang betul. Bagi saya tugasan ini taklah susah sangat, cuma saya tak biasa dengannya. Sebelum dan semasa ini pun saya masih lagi melaksanakan tugasan 'kira2' macam biasa.. "Alah bisa, tegal biasa".

p/s: Kalo saya jadi staff EPF, saya nak jadi yang terbaik..memberi khidmat yang terbaik..tanpa mengira latar belakang.. opps.. saya staff TM~ dan saya mampu memberi yang terbaik.. kenapa tidak anda? Sesungguhnya senyum itu sedekah!

Sunday, April 5, 2009

Khabar dari kampung

Malam ni, saya berasa ketidakselesaan kerana mata tak boleh nak lelapkan mata. Awal malam tadi saya cuba hubungi adik saya dikampung~ Fatin Najihah dan Nurizzati. Saya bertanya khabar mengenai perihal persekolahan mereka berdua. Kelihatan suara Fatin agak ceria pabila mendengar suara saya.. hihi.. yeala kakak kesayangan mereka.. saya ni agak peramah dgn adik2, almaklumlah dikurniakan keluarga yang besar.. dolu2 kalo org tanya, saya segan nak beritahu.. kami ni keluarga pun biasa2 ajer..
Hari ni Fatin memberitahu yang beliau telah mendaftarnama utk tuisyen Add. Maths kat pekan Kuale ( Pekan Kuala Kangsar ). Katanya, beliau berharap sangat agar kami sekeluarga pulang ke kampung. Dan tak sabar nak tanya saya mengenai subjek Prinsip Akaun. Kesian plak ngan adik saya ni. Dah 4 bulan kami tak balik kampung.. kali terakhir balik pun masa menghadiri kenduri adik saya yg keempat awal Dec tahun lalu. Tapi satu perkara yang menyentuh perasaan saya adalah apabila Fatin memaklumkan yang Abah jatuh dari tangga. Waktu itu beliau hendak memasangkan atap zin dirumah yang telah bocor.. trus saya menyapa Fatin mengenai status kesihatan abah sekarang. Katanya, abah dah pun pergi ke klnik di pekan. Buat masa ini mak mengosokkan minyak panas utk melegakan kesakitan.. Rasanya macam nak balik sahaja malam ini, terlalu sedih bilamana mendengar berita tersebut.. Abah yang saya kenal bukanlah seorang bapa yang peramah dgn anak2 tapi agak pendiam.Beliau akan bersuara bila perlu sahaja. Saya dapat rasakan yang beliau akan gembira bilamana kesemua anak2 & cucunya pulang ke kampung.. masa itu beliau akan keluar awal utk membeli lauk-pauk utk kami seisi keluarga.. Sebagai seoang kakak, biasanya saya dan husben akan menemani beliau ke pasar.. dan jgn terkejut jika belaiu belikan bertangkai-tangkai petai sebagai ulam.. smuanya utk menantu2nya..( saya dan adik2 pompuan kurang makan ulam arr ) Masa itu, Azie & Che' ley akan tersenyum riang.. Kalo utk saya, biasanya abah akan beli apam manis.. saya tak reti nak gambarkan apam ni.. tapi kalo korang p kuale.. mesti tau mcm mana rupanyer..

-Kuih Apam Manis-

Gambar ini saya ambil dari internet.. 'Apam Manis'
Hanya ada di Kuala Kangsar. Kome nak rasa.. datang arr..

Saya labuhkan cerita ini disini sahaja. Tak boleh nak cerita panjang2. Dah lewat malam ni. Esok nak p kija. Nak datang awal kerana tugasan yang melambai-lambai. Dikhabarkan PSC Meeting pada 21hb April ini. Ini bermakna, CWIP for project ~ dateline is 7hb. hari selasa.. sempatkan saya? Doaku juga moga2 abah akan kembali sihat, Amin.. Insya Allah kalo tiada aral melintang, kami akan pulang ke Kuala Kangsar utk menziarahi beliau. Dalam hati ini, berdebar-debar ajer.. moga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita semua.. Amin! p/s; Saya suka sangat dengan konsep wasathiah. Sebabnya, saya seorang yang terburu-buru dan kadang kala agak boros, tapi bila ingat wasatiah dan kepentingannya, ia semacam ubat untuk saya agar berwaspada dalam tindakan saya. Contoh dalam percakapan dan perbuatan. Walau macam mana pun keadaan kita, kena berjaga-jaga, kena kawal tindakan, dan bersederhanalah. Tak rugi jika kita besederhana.

Thursday, April 2, 2009

Jual Saham TM & Skype Phone

Hari ini agak kelesuan dek busy ngan kija kat opis~ proses penutupan akaun bulanan syarikat..buat jurnal yg belambak2, biaselah kalo dah hari2 terakhir ni.. banyak plak idea yg masih lagi tertinggal.. so buatlah cepat2..

Hari ni juga.. tak pasal2 saham TM naik mendadak.. biasanya naik pun tak sampai 0.2 point, tapi kali ni melonjak dari 3.54 hingga 3.68.. jadi ramai le kengkawan yang berjaya jual.. termasuk jugak la kami berdua.. ( saya dan husben)~ Alhamdulilah! Tapi ader jugak yang target lebih tinggi.. tapi malangnya harga dah turun balik..bagi kami berdua, memang dah pakat nak jual ajer.. tak rajin nak analisis pasaran semasa.. memandangkan banyak tanggungan yang sedang melambai-lambai..hihi.. Sementara nak tunggu Bonus ni, boleh jugak dibayar ape2 yang patut.. Khabarnya Bonus akan diberi sedikit masa lagi.. so wacha!

Emm.. nak tringat- ingat ajer kat minda.. nak p Munawarah.. tapi jauh sangat.. mustahil husben lepaskan kita sorang2ke sana.. kalo pegi sorang.. kirim salam ajer la.. tapi nengok la..kot2 adik2 ipar or adik2 pompuan yg bleh dibawa kawan. Kena Istiqhfar banyak2 ni.. tapi rasa yang penting nak brikan saguhati pada abah & emak ( Terengganu & Perak ), disamping tabungan.

Hari ni juga, member blogger~ En Taha, bermurah hati install 'skype' kat tipon kita.. wah! takjub jugak teknologi semasa.. tapi biasa la saya.. slalunya tipon & mesej ajer.. lain2 function kurang arif. Tak sangka plak bila saya khabarkan pada husben , dia pun turut mencari software tersebut didlm internet.. banyak kali dia gagal.. tapi akhirnya berjaya.. kita pung pelik arr dengan husben kita ni.. kuat berusaha, istilah gagal takde dlm kamus hidupnya.. rasenya kalo ikutkan semacam tak rajin orangnya, muka selamba ajer.. tapi kalo dia dah buat sesuatu kija.. dia akan berusaha sehingga berjaya.. dolu2 masa takde bibik, saya basuh kain dan dia tolong sidaikan .Lepas tu kami berdua berlumba-lumba lipat kain.. tampaknya saya kalah ngan dia..tersusun rapi..tangan dia ni macam pompuan.. bab2 kuih pun gitu.. ( rasenya dia mewarisi emaknya yg arif segala bidang dapur ).. malu plak kita.. tapi buat muka kering ajer la..

Bilamana menjadi suami isteri ni, banyak betul ujiannya.. saya ni bukanlah sempurna..begitu juga dengan suami. Kami cuba sehabis baik utk melengkapi antara satu sama lain. Awal2 dulu, siap 'packing' barang, hanya kerana tidak tahan dengan cubaan hidup berkeluarga.. tapi nyarislah husben banyak membantu.. orang nampak kita tenang.. tapi sapa tahu dalam hati.. pengalaman hidup bersama mengajar erti kesabaran dlm rumahtangga.. sekali- sekala bila kami kenangkan balik memori lama.. menitiskan air mata kerana tak sangka juga kami bersama..Amin. Moga2 jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

OKlah, setakat ini sahaja coretan utk malam ini. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yg lemah & buruk itu datang dari kesilapan dan kekurangan saa sendiri..

Jazakalahu khairan..

Wednesday, April 1, 2009

CFO yang ke-3 ( En Ahmad Ibrahim )

Salam buat smua.. Dikala kesunyian ni.. saya gagahi jugak untuk membaca cerita alam semesta.. tentang cinta dan benci.. tentang politik dan ekonomi.. mahupun kisah2 seanterio.. ( hihi.. dah kluar ayat2 sastera.. walhal tak blajo sastera pun..)
Hari ni adalah secara rasminya, Encik Ahmad Ibrahim iaitu CFO TMR&D yang baru.. mula bekerja secara rasmi di opis kami.. kelihatannya agak peramah.. kami plak yg tersipu malu.. actually beliau dah masuk on- off dr pertengahan bulan lepas.. tapi takde la rasmi..agaknya cuba2 mencari keserasian di sini.. kalo dikutkan, minggu ni jugak saya agak busy ngan proses penutupan akaun syarikat.. sedikit sebanyak terpaksa membiarkan sahaja akan kehadiran beliau dipejabat.. seharusnya saya membantunya.. tapi saya terikat dgn kija yang padat.. mcm biasa TNT, rekod dan menemaskini data projek, fotostat dokumen.. siapkan inbois dan mcm2 arr.. kalo tertinggal satu hari.. maka meleret-leretlah kija..apa lagi skrg ni dah tutup akaun..kena buat report plak.. then kena buat analisis.. sediakan schedule utk Budget REview..emm. tapi saya selesa.. cumanya sistem akaun hanya ada ditempat biasa saya..
Dan kini.. oleh kerana ketiadaan PA.. dan Ct plak masih bercuti, ditambahkan lagi dgn permintaan Che' Mad.. maka saya membantunya.. So far, kalo dilihat, orgnya agak peramah dan berpengalaman luas dalam akaun.. kira 'otai' arr.. kalo saya kata warak pung.. bleh jugak.. sebab cara pandangan dia kepada kita.. agak berbeza.. Moga2 saya BOLEH.. manusia tidaklah sesempurna mana tapi saya akan cuba membantunya.. harap2 kija yang biasa takdelah saya tinggalkan.. Awal pagi tadi saya terangkan serba sedikit mengenai website TMR&D.. dan mengenai carta Division kami yg tertera di laman web..takjub jugak beliau melihat Website kita.. bleh tengok kedatangan secara online. Beliau bukan sahaja boleh tengok kedatangan beliau.. tapi kami juga.. ( emm.. so kengkawan.. cepat2lah berazam utk menjaga kedatangan anda!Anda ! ) Lain2 hal, itu ajer la..
Ok lah, to be continue..mohon maaf jika ada keterlanjuran kata2 kat sini.. saya tulisnya sekadar sahaja.. harap tak ambil hati.. Assalamualaikum!