~ Jalan-jalan kat Warta Bangi~
- Lewat petang tadi saya dan hasben menghala pulang ke rumah kami. Namun dalam perjalanan tersebut, saya menyapa hasben untuk melencong ke Bandar Baru Bangi bagi membeli ole2 utk mak dan ayah. Suami saya akan pulang ke Terengganu malam esok dengan menumpang adiknya. Kali ini, kami sekeluarga tidak turut serta untuk pulang ke kampung. Kata hasben, beliau tak mampu nak bawa kereta utk perjalanan jauh,keletihan. Oleh sebab itu, beliau bercadang untuk menumpang sahaja adiknya itu ( Dalam hati ni, meronta-ronta nak ikut serta, tapi dah hasben kata begitu, akur ajerla )
- Sampai di Warta, kami berdua berpecah, menuju hala tuju masing-masing. Saya terus ke tingkat 1 sambil meninjau pakaian wanita dan lelaki disana. Setelah mundar- mandir dan tawar menawar, akhirnya berjaya juga saya mencarinya. Saya membeli kain ela yang berwarna biru kehijauan untuk mak dan kain pelekat untuk abah.Emm.. silap la plak..Hasben yang keluarkan wang untuk belikan kain tersebut setelah wang ditangan saya hanya ada RM50 walhal jumlahnya RM 8X.XX.SAya hanya tersenyum bila hasben saya membayarnya. Thanks a lot dear... Kami berlalu dan sekali lagi terpisah dek kerana saya menuju tempat jualan keronsang.
- Sungguh cantik keronsang2 di tempat tersebut. Kali ini saya nak belikan untuk mak saudaranya yang tinggal berdekatan dengan rumah hasben dikampung. Satu untuk Jah( sebaya kami ) dan satu lagi untuk Cheyah ( nama sama ngan kita arr.. ). Tiba-tiba kain saya dipegang oleh seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun sambil memanggil saya emak.. terkejut saya melihat reaksi spontan anak kecil ini. Lantaran keasyikan beliau menangis, saya menggosok-gosokkan kepalanya dan bertanya perlahan-lahan kepadanya. Beliau terdiam bilamana melihat muka saya, lantas bergerak ke belakang dalam 5 langkah dan terus menangis.. Saya hanya terseyum melihat air mukanya yang ketakutan dek maknya yang 'terhilang' kejap.
- Masa itu Allah sahajalah yang tahu betapa gelabahnya saya melihat anak kecil ini. Pada ketika itu, ramai orang memandang dan mulai bertanya kepada anak kecil ini.. satya tekad dan menariknya ke tepi, dan mohon agar peniaga keronsang tersebut memberi kerusi untuk budak ini. Saya pegang bahunya dan cuba menenangnya semula. Ada juga suara2 sumbang yang menyapa agar budak ini diberi pada guard bertugas. Alhamdulilah, selang 15 minit maknya pun tiba..beliau mengucapkan terima kasih pada saya... ( terharu pula rasanya.. tapi syukur saya panjatkan pada Allah dengan pertemuan tersebut) Saya dapat lihat akan wajah kekesalan maknya yang 'tertinggal' anak kecil ini. disampingnya pula ada lagi 2 anak kecil dan bayi kecil yang didondong ayahnya.. bila mana melihat keluarga tersebut, saya teringat akan kisah lama keluarga kami. Adik saya yang bernamaIpin pernah hilang ketika kami 'shopping' kat Chow KIt kira-kira 20 tahun yang lalu. Tapi berjaya dijumpai oleh abah di kedai permainan. Yang peliknya beliau tak menangis tetapi tersenyum bila melihat abah. pelikkan..
- Masa tengah kekalutan kat tempat itu, diketika itulah telefon berdering ( hasben call).. nampak pulak dari jauh geng rnd si Tanty dan Azua, dan masa itulah kepala jadi 'fening' . terasa berat kepala ni.. tapi kekadang benda yang tidak dijangka itulah yang meninggalkan memori manis buat kita.
- Malam sudah larut, maka HARUS tidur untuk dapat rehat sepenuhnya. Esok ada lagi tugasan yang belum selesai. Kerja kira-kira. Nak buat analisis data kat GL. ada item yang perlu dikemaskinikan.
- Doaku moga2 kita semua berada dalam lingkungan rahmatNya. Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata-kata yang mengguris rasa. Saya menulis sekadar sahaja. Jangan ada benci antara kita. Soalnya HATI tak mungkin di cerita, tapi ianya dapat diduga dari pancaran mata jiwa.. ( sasterakah aku.? )
- Erti Hidup pada memberi ( http://saifulislam.com/)
g.u.e budak k.i.r.a 2