Wednesday, May 6, 2009

Sekali tersilap

  • Sekali tersilap, bukan bermakna selama-lamanya sama,
  • Sekali tersilap, bukan noktah segala-galanya,
  • Biar sekali tersilap,
  • Mencelik mata, menyentak minda, menyentuh jiwa,
  • Agar tidak diulang perkara serupa,
  • Kerna diri hanyalah hamba,
  • Yang bisa dan biasa,
  • Tersilap tika melangkah menuju cita.
******************************************************************************************************************
Oleh kerana mulut itu satu.. oleh kerana hati juga satu.. maka kita mudah meluahkan kata2 dek kerana hati yang kecewa dengan aku, dia, mereka malah sesiapa sahaja.. patutkan aku bersuara.. pada kekecewaan, kegembiraan malah resah hidup? ataupun hanya diam seribu bahasa.. agar mereka tak kecewa, tak terasa atau terus menilai diri hanya kerana satu cerita.. Bahasa melambangkan sahsiah manusia yang berpaksikan tamadun semata-mata..
Aku serahkan padaMu moga2 dipermudahkan hidup dan diberikan ketenangan.. Amin!