Thursday, May 7, 2009

Azam untuk bersukan...

Partner ngan Jack~ 2004 Itukah hasben sape tu?Melompat leb ih tinggi.. sayangnya tak berapa nak jadi.. kuikui..
Sedang mengendap bulu tangkis.. dah hilang la plak..
Suka benor main badminton..
Suatu ketika dulu..turut serta main futsal..
Tapi sekarang, hasben lebih selesa bermain bowling. Portnyer kat Indah Parade, Seri Petaling.
Hasben saya ni agak peramah ngan semua oran g..ni tak dapat dinafikan lagi, barangkali sebab dia bersukan.. so ramailah kawannya.. katanya semasa zaman sekolah, belajor dan kija.. bersukan adalah satu kewajipan.. suatu ketika dolu, beliau aktif dengan Bola Baling, Badminton, dan Bola Sepak. Tak dinafikan, beliau serta sedara marenyer handal bermain ping pong. Kalo tengok kat kampung pun, banyak hadiah yang berkaitan dengan sukan dimenangi oleh beliau dan ahli keluarganyer. Berbeza pula ngan saya yang biase2 ajer dengan sukan.. sebab itu saya cepat bulat jika dibandingkan masa mude belia..
Gambarku semasa permainan Tarik Tali sempena Hari Keluarga TMR&D Dah lama R&D tak buat Hari Keluarga macam ini...
Di bangunan opis lama kat UPM Serdang Sape ler yang ambil gambo ni..
Tapi dah nampak sekarang ni.. kami bertambah-tambah comel.. hasben yang dah mula stop ngan bersukan .. dan saya yang sememangnya selesa duduk di bangku mengadap kija kira2.. beliau hanya bermain bowling ajer, tak lagi ke gelanggang utk keluarkan peluh.. Sebenarnya kami berdua telah pun berazam nak 'jogging' macam kak Min dan suami.. niat dah ader.. cumanya.. tak tertunai lagi.. agak2 bila nak mula tuu? Ok, malam sudah larut.. seharusnya saya berhenti disini. Semoga kita semua berada di dalam limpah rahmatNya.. Amin!