Gambar terakhir bersama Opah~
sewaktu selesai kenduri kahwin Epul & Lia akhir Disember 2008. Itu adalah pertemuan terakhir kami berdua.
- Awal pagi semalam (7.30pagi), saya menerima SMS dari adik saya- Ipin yang menyatakan Opah masih tidak sedarkan diri setelah rebah ketika menutup pintu dirumahnya malam maghrib kelmarin. Dalam tempoh tersebut, beliau yang masih lagi pengsan telah juga diikhtiarkan pelbagai cara oleh emak agar bangun dari lenanya.
- Hati mulai berdebar-debar dan selang 10 minitnya adikku Ipin call dan menyatakan Opahku telah pun sah meninggal dunia. Terus saya menyatakan pada hasben akan perihal tersebut dan bersiap untuk pulah ke Kuala Kangsar. Saya berkesempatan melihat dan mencium dahinya setelah dikafankan.
- Semuanya ketentuan Allah. Beliau telah meninggalkan kami semua. Saya redha dengan ketentuan Ilahi. Payah juga untuk dihuraikan Opahku ini.. bagi saya, beliau merupakan tempat bermanja malah berkongsi kasih sayang bersama lebih 40 cucu mahupun cicit- cicitnya. Sudah tentu kami merindui senyuman dan gelak tawanya yang manis.
- Teringat pulak akan kisah lama sewaktu abahku menjadi seorang tentera. Apabila cuti sekolah bermula tentunya kami amat bergembira.. kerna kami akan pulang ke kampung.. Horey! Dapat jugak berjumpa Opah dan sepupu2 yang berada dikampung.. pada masa itu, sekita tahun 80-an.. dan kampung kami masih lagi tiada bekalan elektrik apalagi bekalan air yang tidak sempurna..
- Atuk~ dolu2 mulanya menjadi AC ( lebih kurang polis) dan sewaktu bersara, kerajaan pada masa itu memberi tanah yang berekar-ekar padanya.. dan atuk telah cagarnya untuk membeli kereta sewa disamping memenuhi keperluan harian. Pada masa itu juga, mengupah orang utk melombong bijih timah secara tradisional. Jadilah seorang yang berharta pada masa itu... tapi sejak ketiadaan atuk ( meninggal dunia kerana serangan jantung ), opahku terpaksa melakukan seorang diri.. membesarkan anak2 seramai 7 orang.. hartanya itu mulai berkurangan dek kerana desakan hidup pada masa tersebut. Walaupun begitu, opah juga perlahan-lahan menjadi bidan kampung tapi taklah serius sebab anak2 yang kecil.
- Berbalik dengan cerita dikampung..
- Seawal jam 6.30pagi, saya dan sepupu( namanya Junaidah, saya panggil Juda.. tapi sekarang dah tukar nama la plak.. June) akan lebih awal bangun.. almaklumlah kami akan ke kebun mengikut Opah menoreh getah.. adik2 yg lain tak ikut serta.. biaselah budak laki.. liat sikit.. Opah menoreh getah untuk menampung persekolahan pakcik2 saya yang masih bersekolah. Beliau terpaksa begitu semenjak atuk saya tiada. ( tak sempat kenal sebab meninggal dunia sewaktu emak mengandungkan saya 5 bulan ). Waktu di hutan, kami diarahkan mencari kayu api utk bekalan dapur kayu Opah.. pada mulanya saya tak biase.. sebab geli akan keadaan sekeliling.. ( takut kalo ader ular, binatang buas macam harimau atau gajah.. mahupun babi hutan) tapi lame2 dah biase.. best jugak.. lepas tu kena kutip getah skrap untuk jualan .. tuhan ajer la yang tahu.. betapa busuknya benda tu..tapi ianya 'sweet memory with Opah'..selepas itu, kami akan mandi di telaga dibawah rimbunan. ( bau airnya semacam ajer.. tapi terasa sejuk dan segar bila mandi..)
- Lagi satu disebabkan rumahnya tiada bekalan elektrik.. masa kami akan dihabiskan dengannya.. dibawah cahaya lampu pelita.Sambil itu Opah akan mulai bercerita perihal dirinya sewaktu berada di zaman Jepun dan komunis.. jerit peritnya hidup pada zaman begitu.. seawal umur 14thn beliau berkahwin dgn atukku yang merupakan duda tapi takde anak( perkahwinan sebelumnya tiada anak), ada jugak diselitkan cerita seram.. almaklumlah kampung saya ni agak pedalaman..so depan belakang masih lagi hijau dan menyeramkan... dan pada masa itulah kami akan mula merapatkan bantal sesama sendiri dek kerana ketakutan.. Pada masa kecil, saya antara cucu yang rapat dengannya... Namun setelah dewasa, saya mulai kurang bersamanya. Ini kerana cucu2 yang baru plak mengambil alih tempat kami.. sedikit cemburu, tapi perlu menrima hakikat yang mereka pun perlu jaga kasih sayang itu.. Dalam keheningan malam ini, saya masih teringat akan beliau.
- Doaku moga2 rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama dengan orang -orang yang beriman- Al Fatihah buat Opahku yang bernama Fatimah Yahya..