Kalo kat Terengganu, Hajah Wan Hasmah bin Wan Muhammad sementara di Perak Puan Jamaliah Saaidi. Sudah tentunya besar pengorbanan mereka berikan pada kami berdua~ iaitu saya dan Hasben. Tak terbalas jasa mereka berdua. Sesekali bila toleh ke belakang, terasa kerdilnya aku..mampukah kita menjadi wanita sehebat mereka? Payah juga untuk saya huraikan disini kerna tak ader ayat2 cinta yang boleh dibandingkan selain kasih sayang mereka..
Aku ~ antara manusia yang pernah tewas.. namun kerna kekuatan ibunda, aku bangkitkan semula.. sesekali terluka dengan cara mereka.. namun bila kupandang wajah ibuku.. lemah segala anggota badanku kembali bertenaga..
Ingat lagi takkala sedang dirawat di Hospital kira2 dua bulan yang lalu.. apabila ibunda datang.. kesihatan kian pulih.. rasenyer itulah tamparan hebat daripada insan yang bernama IBU..
Jauh dari hati kecilku~ kudoakan moga2 kalian diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmatNya..
Lagu ini amat bermakna...