Imiginasi diluahkan pada sehelai kertas
- Gambar ini discan setelah Hafiz selesai melukisnya pada sehelai kertas putih. Bila ditanya akan maksud pada gambarnya.. beliau mengimpikan sebuah rumah yang besar, berdekatan dengan laut ( boleh menaiki bot ) dan sebuah roket ( nak jadi angkasawan la tu.. ), tapi kalau boleh nak jadi juga manusia yang boleh bertukar menjadi robot.. nak membantu orang susah.Tapi yang pelik tu, ada 2 matahari yang tersengih..( hasben dan hafiz suka melayan citer ultraman dan citer2 jepun yg seangkatan dengannya. Saya hanya tersenyum..
- Rasanya beliau ni suka berimiginasi macam abahnye.. even skrgpun masih lagi mengumpul koleksi gumdamnya yang boleh berubah gaya.. Tinggi betul imiginasi anak terunaku ini. Agak-agaknya rumah lain pun ader roket...tu yang siap ader 'traffic light' depan rumah kami...
- Sebenarnya, cita-citanya nak jadi seorang juruterbang.. barangkali sebab kami kerap kami ke airport dek kerana menghantar abah dan mak mertuaku yang pergi ke Mekah utk Haji dan Umrah serta maid yang datang dan pergi.. ( kami ajer yang tak naik2 )
- Ok, layan ajer la.. doaku semoga anak2 ku menjadi anak yang soleh dan solehan. Amin..
p/s- petang tadi baru selesai proses penutupan akaun bulanan syarikat ( satu kelegaan..), esok HARUS selesaikan semakan TNT staff sebelum menyiapkan project reserach reporting plak..
sabarlah HATI..