Monday, May 11, 2009

~Kawallah Emosi~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Sebuah kisah untuk kita jadikan teladan..Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar As-Siddiq dimaki oleh seorang pemuda. Peristiwa itu disaksikan oleh Rasulullah S.A.W. yang kebetulan berada tidak jauh dari situ.
  • Saidina Abu Bakar mendiamkan diri walaupun dicerca dan dimaki dengan pelbagai kata-kata kesat, manakala Rasulullah S.A.W hanya tersenyum melihat perbuatan pemuda yang sedang marah itu. Lama kelamaan Saidina Abu Bakar tidak dapat bertahan lagi lalu membalas cercaan yang dilemparkan kepadanya.
  • Melihatkan kelakuan itu Saidina Abu Bakar itu, Rasulullah S.A.W segera berlalu dari situ.Saidina Abu Bakar yang menyedari Rasulullah S.A.W beredar segera berlari mendapatkan Baginda. Beliau bertanya kepada Rasulullah:
  • "Ya Rasulullah, ketika aku dimaki hamun tadi, kulihat kau hanya diam dan tersenyum. Sebaliknya sebaik sahaja aku membalas makian pemuda itu, kau segera berlalu pergi. Mengapa Ya Rasulullah?Rasulullah S.A.W pun menjawab pertanyaan Saidina Abu Bakar: "Wahai Abu Bakar, ketika kau mendiamkan diri sedangkan kau dimaki hamun dengan teruk oleh pemuda itu tadi, kulihat malaikat turun dari langit, berdiri di sisimu dan membalas cemuhan si pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja kau membalas perbuatan pemuda itu, dua malaikat tersebut terus beredar dari sisimu dan tempat mereka segera pula digantikan oleh syaitan laknatullah!"
Wallahualam..
"Kawallah emosi kita terutama dalam mengawal sifat marah kerana marah itu adalah bisikan kejahatan yang dilakukan oleh syaitan bertujuan menyesatkan manusia."Renung-renungkan..... Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..