Sunday, May 31, 2009

~ Pergi Hospital Serdang ~

Hari cuti kami biasanya dihabiskan dengan berehat sahaja dirumah..pagi ini kami berkobar-kobar untuk memasak.. hasben buat ikan bakar.. dan kita plak buat bubur jagung.. Alhamdulilah semuanyer berjalan seperti yang dirancang.. selain itu saya masak gulai lemak.. kira ok lah..
Epul & Lia bersama mertua beliau

Dan pagi ini saya dapat miss call dari Epul 3x, jam dihandphone tertera pukul 6.40pagi.. dan saya hanya terperasa pada pukul 12 tgh hari..terkezut dan terkedu seketika.. Epul memaklumkan yang Lia dah pun ditahan di wad Hospital Serdang kira2 jam 7pagi yang lalu.. beliau kesakitan kerna terjatuh masa di rumahnya kelmarin.. kandungannya yang memasuki ke 8 bulan.. syukur beliau selamat melahirkan seorang puteri..pada jam 1.10ptg dengan beratnya 2.40kg..

Saya dan hasben serta kak Wardiah antara orang terawal yang menziarahi beliau di hospital.. sengaja kami tak membawa anak2 untuk turut bersama ke sana.. rasenya terlalu sukar mengawal anak2 di tempat sebegitu.. kak Wardiah pung begitu.. kami bertiga bergelak panjang.. tak sangka plak, tahap baru dilalui oleh mereka berdua..kini adikku bergelar seorang ayah.. tergambar wajah ceria bercampur kerisauan..sebagai menantu yang sulung dalam keluarga.. cepat2 hasben memberi peransang akan adikku ini.. tampak beliau semacam ajer.. dan masa itulah hasben cuba membantunya... Saya dan kak Wardiah plak mengambil tugas di wad bersama LIa..

Kami tak berkesempatan melihat baby diorang.. kerna baby diletakkan berasingan dengan ibunya.. kata staff nurse, baby tersebut masih lagi belum di check kesihatannya oleh Doktor Pakar.., barangkali esok pagi la kot..

Oleh kerana family dari kampung belum sampai, kami berdua mengambil kesempatan utk membantu Lia di ward..kami hanya selesai dalam pkl 7.00ptag.. aku dan hasben siap hantar kak Wardiah ke kedainya.. dan dapatlah kami menjamu selera di kedai makannya~ V la...

Macam-macam cerita.. semuanya dilalui dengan lancar..Begitu takjubnya ciptaan Allah..semua yang dilalui, begitu teratur sekali.. Amin!

nota kaki..

Kak Wardiah nak masuk kija esok.. setelah dua bulan bercuti panjang..