Wednesday, April 22, 2009

~Gambar lama lagi~

  • Malam ini saya tak boleh nak lelapkan mata, teringat kembali masa lalu.. kira 10 tahun yang lalu. Buat pertama kalinya saya menjejaki alam pekerjaan. Bukan mudah juga nak bekerja.
  • Saya mula bekerja diusia yang muda seawal 21 tahun. Pada masa itu, gaji mula saya ialah RM650. Selepas 3 bulan baru RM800.. Terlalu banyak kenangan manis, tak kurang juga pahitnya. Memori tersebut saya simpannya dengan rapi. Kalaupun yang manis teringat-ingat ajer tapi kalo yang tak best tuu.. saya cuba lupakannya.. dan jadikan sempadan agar ianya tidak diulangi lagi.. Waktu muda2 dolu, saya kerap pulang ke kampung menaiki bas.. hihi, almaklumlah gaji tak berapa besar.. cukup2 makan sahaja.. setiap kali saya balik ke kampung abah senantiasa pesan macam ni.." jangan jadi macam lalang.. makin lama makin tegak .. tanda sombong pada diri.. tapi jadilah seperti padi, makin tua makin berisi dan makin tunduk.. merendah diri.." abah saya ni bersekolah sampai darjah 6 Melayu ajer.. tapi kalo bercerita pasal kisah muda2nya.. sedih plak.. Beliau tak dapat meneruskan pelajaran oleh kerana kehidupan keluarganya yang miskin.. merantau, menumpang tanah orang. Disebabkan kemiskinan, 2 orang adiknya telah diberikan pada orang selepas dilahirkan.. Kecil2 dah kerja menoreh getah dan membantu 'orang kaya' ( atuk saya la- sebelah mak) untuk mencari bijih timah.. tapi berkat kegigihannya sewaktu menyertai alam ketenteraan, beliau mampu merubah hidup keluarganya..Adik2nya dapat dijejaki juga apabila abah dikehendaki menjadi wali yang sah.Pesanan itu saya ingat. Saya kagum dengan abah.
  • Gambar2 kat bawah, hanyalah kenangan sewaktu bersama Audit Team kat PORLA, Kelana Jaya.
Gambar ini sewaktu Jamuan Hari Raya di PORLA, saya pakai baju biasa ajer memandangkan nak balik kampung dengan menaiki Bas ( ranggi sikit- jalan jauh arr). Saya tak berapa ingat nama kakak2 ni. Yang belakang ni ialah Abang Halim ( Saya ingat namanya pasal namanya adalah Halim Othman~ DJ Era ~ dalam masa yang sama dia adalah driver kitaorang )
Masih lagi di PORLA. Kami terlibat dengan SES Tambahan( iaitu skim di bawah kawalan harga minyak masak) Saya jadi tukang kira2 bersama kak Chah. Yang lain pula buat checking and reporting.
Bersama kak Hafsah, Kak Siti, Kak Asiah, Kak Ina dan Kak Mai menziarahi rumah teman sepejabat di hujung minggu di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, di Seksyen 13 Shah Alam.
Ambil gambar lagi..
Jam dah menunjukkan pukul 12.40am, HARUS tidur ni kerana esok kerja. Malam esok dikhabarkan bahawa Abah dan mak akan datang. So kenalah 'prepare' aper2 yang patut. Moga2 kita semua berada dalam limpahan kasih sayangNya. Salam manis buat semua.