Masih lagi berada di opis.. nak siapkan Claim OT bagi bulan Feb & Mac. Baru sahaja siap. Sambil2 tu update blog la..
Hihi.. Alhamdulilah, Hari jumaat ni dapat bonus.. Syukur kehadrat Ilahi kerana limpahan rezeki yang Allah berikan pada kita semua walaupun sedikit kecewa kerana dah 7thn joins TM tak pernah pun naik gred or gaji.. setakat naik tahunan dan 3thn sekali ( tu pun sebab NUTE )..saya pujukkan hati sahaja.. barangkali sebab ada kekurangan diri... so payahlah sikit orang nak naikkan gaji.. tapi takpe la.. dah takde rezeki lagi kan.. so sementara itu akan saya cuba sedaya upaya utk berusaha mencari kerja lain.. tapi dalam kegawatan ekonomi yang kian merundum malang ni, takut juga nak kluar.. niat dihati, nak sambung belajar, tapi beri peluang pada husben dolu la..
So dengan hati yang 'gumbira' tampaknya kenalah senarai yang nak didahulukan.. nak buat aper ek?.. oh! No idea lagi.. tengoklah malam karang kot2 idea datang mencurah-curah.. tapi kali ini PERLU ada bahagian utk parents.. itu semestinya..
Ok, saya nak baliklah.. Disini saya lampirkan lagu" Pesan Abang", sesuai sangatlah kalo nak dengar.. liriknya yang santai.. tapi maksud yang tersirat..
Salam manis buat semua...senyum sokmo!