Malam ni, saya berasa ketidakselesaan kerana mata tak boleh nak lelapkan mata. Awal malam tadi saya cuba hubungi adik saya dikampung~ Fatin Najihah dan Nurizzati. Saya bertanya khabar mengenai perihal persekolahan mereka berdua. Kelihatan suara Fatin agak ceria pabila mendengar suara saya.. hihi.. yeala kakak kesayangan mereka.. saya ni agak peramah dgn adik2, almaklumlah dikurniakan keluarga yang besar.. dolu2 kalo org tanya, saya segan nak beritahu.. kami ni keluarga pun biasa2 ajer..
Hari ni Fatin memberitahu yang beliau telah mendaftarnama utk tuisyen Add. Maths kat pekan Kuale ( Pekan Kuala Kangsar ). Katanya, beliau berharap sangat agar kami sekeluarga pulang ke kampung. Dan tak sabar nak tanya saya mengenai subjek Prinsip Akaun. Kesian plak ngan adik saya ni. Dah 4 bulan kami tak balik kampung.. kali terakhir balik pun masa menghadiri kenduri adik saya yg keempat awal Dec tahun lalu. Tapi satu perkara yang menyentuh perasaan saya adalah apabila Fatin memaklumkan yang Abah jatuh dari tangga. Waktu itu beliau hendak memasangkan atap zin dirumah yang telah bocor.. trus saya menyapa Fatin mengenai status kesihatan abah sekarang. Katanya, abah dah pun pergi ke klnik di pekan. Buat masa ini mak mengosokkan minyak panas utk melegakan kesakitan.. Rasanya macam nak balik sahaja malam ini, terlalu sedih bilamana mendengar berita tersebut.. Abah yang saya kenal bukanlah seorang bapa yang peramah dgn anak2 tapi agak pendiam.Beliau akan bersuara bila perlu sahaja. Saya dapat rasakan yang beliau akan gembira bilamana kesemua anak2 & cucunya pulang ke kampung.. masa itu beliau akan keluar awal utk membeli lauk-pauk utk kami seisi keluarga.. Sebagai seoang kakak, biasanya saya dan husben akan menemani beliau ke pasar.. dan jgn terkejut jika belaiu belikan bertangkai-tangkai petai sebagai ulam.. smuanya utk menantu2nya..( saya dan adik2 pompuan kurang makan ulam arr ) Masa itu, Azie & Che' ley akan tersenyum riang.. Kalo utk saya, biasanya abah akan beli apam manis.. saya tak reti nak gambarkan apam ni.. tapi kalo korang p kuale.. mesti tau mcm mana rupanyer..
-Kuih Apam Manis-
Gambar ini saya ambil dari internet.. 'Apam Manis'
Hanya ada di Kuala Kangsar. Kome nak rasa.. datang arr..
Saya labuhkan cerita ini disini sahaja. Tak boleh nak cerita panjang2. Dah lewat malam ni. Esok nak p kija. Nak datang awal kerana tugasan yang melambai-lambai. Dikhabarkan PSC Meeting pada 21hb April ini. Ini bermakna, CWIP for project ~ dateline is 7hb. hari selasa.. sempatkan saya? Doaku juga moga2 abah akan kembali sihat, Amin.. Insya Allah kalo tiada aral melintang, kami akan pulang ke Kuala Kangsar utk menziarahi beliau. Dalam hati ini, berdebar-debar ajer.. moga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita semua.. Amin! p/s; Saya suka sangat dengan konsep wasathiah. Sebabnya, saya seorang yang terburu-buru dan kadang kala agak boros, tapi bila ingat wasatiah dan kepentingannya, ia semacam ubat untuk saya agar berwaspada dalam tindakan saya. Contoh dalam percakapan dan perbuatan. Walau macam mana pun keadaan kita, kena berjaga-jaga, kena kawal tindakan, dan bersederhanalah. Tak rugi jika kita besederhana.