Kesian Aishah, tak mandi lagi..bersenam kejap
Gambar bersama mak dan abah sebelum mereka masuk ke dewan. Aishah hanya dapat dimandikan selepas itu.
Makku termenung..
Oleh kerana kami tak masuk ke dalam Dewan.. posing jap..
Gambar diambil bersama Eny dan temannya Noor.
Suka sangat berposing..
Adikku Wani yang turut sama datang memberi sokongan. Beliau sedang belajar KPM Melaka dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Teman sekuliah Wani~ Aishah dan Wana.
- Agenda ini selesai dalam pukul 3.00ptg. Segala yang direncana berjalan lancar. Kami mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Berehat sebentar dirumah saya dan selesai maghrib menghantar abah dan mak ke rumah adikku Iwan di Taman Putra Permai. Disana, Aziah masak ikan pedas dan buat sambal belacan.. emm.. sedapnyer.. husben kita yang sekarang ni tengah berdiet, pun jois sekali.. Alhamdulilah, langkah kanan kami..kami bergerak pulang jam 11.00malam.
- Oleh kerana tiada siapa antara kami adik beradik yang pulang ke kampung, husben saya beli siap2 tiket bas untuk abah, emak dan adik saya kat Petronas di Presint 9, Putrajaya.Thanks a lot dear, ini yang buat I lagi sayang u ni.. hihihi..(sedikit terkilan sebab tak hantar sendiri ke kampung)
- Bagus company laki kak zue ni ( transnasional), tak perlulah nak pegi di Puduraya.. kalo ikut zaman saya sepuluh tahun yang lalu, kami perlu ke Puduraya untuk pergi beli tiket bas. Itu pun ikut nasiblah, kekadang habissss.. tapi biasanya minta tolong kawan lelaki yang sekuliah atau sepejabat utk belikan tiket memandangkan mereka ada kenderaan sendiri..
- Hari ni saya dan husben p BBB, singgah jap kat Butik Ariani yang Cik Eva & Fiza katakan tempoh hari... telan air liur kita melihat $$$ kat situ. Koleksi tudung dan pakaian yang menarik, tapi bila melihat harganya tak berani kita nak cuba walaupun berkali-kali kakak itu suruh. Rasanya tak termampu lagi untuk sentuh, terpikat dan beli. Hari tu masa kat Munawarah pun begitu. Saya 'terbeli' skirt labuh yang berharga RM150.00. tergelak saya sorang2 memikirkan macam mana boleh terpaut kat skirt tuu..
- Catitan semasa berakhir disini. Husben dan anak2 dah tidur, ummi ajer yang tak tidur lagi ni. Minggu ini adalah minggu sibuk dengan penutupan akaun bulanan syarikat.
- Moga-moga dipermudahkan perjalanan hidup kita semua. Amin!