- Hari ni dah hari jumaat.. maka berakhirlah utk minggu ke 16 bagi tahun 2009.
- Seperti yang saya war-warkan pada semua, hari ni secara rasminya, kami di TMR&D dapat BONUS.. Alhamdulilah.. Sesungguhnya hari2 yang saya lalui sebagai seorang anak, isteri, ummi dan pekerja amat baik. Syukur juga kerana mereka yang berada dikeliling saya amat disenangi..
- Pagi tadi saya dan husben lewat masuk ke pejabat kerana perlu pergi ke Pejabat Pos Semenyih utk mengambil dokumen yang berdaftar.. emm kiriman dari KWSP. Kecekapan KWSP terbukti! ( within 10days.. kira ok la.. ) tapi nak ambil dokumen tuu.. amatlah jauh.. perjalanan yang mengambil 20minit dari rumah kami..seawal 7.45pagi, kami sudahpun bergerak memandangkan pejabat pos buka jam 8.30pagi. Jam 8.07pagi kami sampai di destinasi. Ternyata ramai orang sudahpun beratur walhal pejabat pos masih belum dibuka ( bagus mereka ni ). Tepat jam 8.30am, kaunter kiriman berdaftar dibuka. Setelah menunggu giliran, akhirnya kami berdua dapat juga memperolehi dokumen tersebut. Kami bergerak keluar jam 9.20am.
- Sesampai di pejabat, kami bergerak ke unit masing2. Sesungguhnya, terlalu banyak kerja yang belum diselesaikan.HARUS diselesaikan hari ini juga..memang benar saya membantu kerja2 di bahagian setiausaha, namun begitu kerja2 dibahagian saya sendiri tak patut dibiarkan. Sememangnya dah sebati dgn diri saya.. pelik juga bila orang mempersoalkan kerja orang lain.. tapi selemah-lemah iman saya hanya berdoa agar dipermudahkan segala masalah.. orang hanya melihat luaran sahaja.. mahu juga saya jadi 'kurang ajar'..tapi segera saya perbetulkan niat saya.. ish.. takbaik tau.. "kalo orang bagi benda tak baik, kita balingkan padanya bunga." Teringat pesan ustazah semasa berguru dolu2.. pernah juga saya khabarkan pada teman saya sewaktu bekerja di Audit Firm dulu.. tapi dia merasakan konsep itu ada batasnya.. satu masa ianya tak boleh diterima pakai.. perlu juga bersuara.. kalau tidak orang akan memijak kita.. yea ker? Terserahlah pada individu utk menilai keupayaan diri.Sesungguhnya manusia tidak lari dari melakukan kesilapan pada diri sendiri. Saya belajar dari kesilapan masa lalu. Bersuara bila perlu sahaja.
Gambar diatas merupakan 'team project research' hubby kat opis R&D, yang diketuai oleh En Naza sebagai ketua projek.
- Bagi saya kerja di bahagian setiausaha ni kira OK juga. saya boleh belajar satu benda yang baru. Cuma saya bukanlah insan yang bergaya, cuma biasa2 ajer.. hihi.. mampukah saya menjadi setiausaha yang berkira-kira.. wait and see..
- Teman-teman yang lain pun selesa dengan caranya. Boss baru plak lain plak karektornya, lebih bersikap sederhana. Saya selesa dengan cara kerjanya. Sama seperti bos kat Audit Firm dolu2.. Tn Haji Sahir Senawi. orangnya kaya dengan ilmu kewangan.Saya tak berapa kenal latar belakang pendidikannya tapi dari gaya dan perwatakannya tentunya pengalaman yang ditimba semasa di TM dapat diadaptasikan disini.Cuma mesti boss hairan sikit dgn bebudak finance ni.. mahal dengan senyuman..muka kering ajer.. biasalah orang kira2.. tegas dan tiada berkompromi.. tapi sebenarnya kami semua peramah sesangat..
- Lewat petang tadi~ saya dan husben pulang kira2 jam 6.45ptg. Kami menuju ke Bandar Baru Bangi utk ke Maybank melalui Preseint aper ntah.. tapi kat area Mydin.. Disitu terdapat lampu isyarat. Pada masa kami lalu, lampu isyarat bewarna kuning dan diikuti warna merah. Alangkah terkejutnya kami apabila kedengaran bunyi hon motor dan apabila ditoleh kelihatan seorang polis trafik melambai-lambai tangannya kepada hubby.Kelihatan muka Hubby berubah merah. Saya pula dah mula mengelabah. Sedang polis trafik berjalan ke arah kami, saya berbisik pada hubby agar tenang dan menunjukkan mimik muka yang bersalah yang amat sangat..
- Hubby: Assalamualaikum..
- Polis trafik : Waalaikum salam.. Encik tak nampak lampu isyarat tadi ker?
- Hubby: Saya nampak, tapi tak sangka plak ia cepat bewarna merah. Saya minta maaf,Tuan.( dalam hati,tak pernah saya nengok muka merah hubby,tapi benda dah jadi redha ajer la )
- Polis : Lain kali jangan buat begitu. Patuhi undang2 jalan raya. Ingat tu..
- Hubby: Baik tuan. Saya akan ikutinya dengan baik.(tapi ayat seterusnya saya tak setuju..)
- Hubby: Encik tengoklah rekod saya. Saya takde pun rekod yang tak baik.
- Saya tak setuju dengan ayat hubby yang akhir ni.. ada ke dia cakap begitu. Rasanya hubby tak bermaksud begitu, cuma ayat itu tak sengaja terkeluar.. biasalah orang dah mengelabah.. Nyarislah polis trafik itu ok.. kalo tak dapat ' surat cinta' la.. Cara polis trafik tadi sangat berhemah. Bukan kerana sebab dia tak layangkan surat saman, saya memujinya tapi dengan cara beliau berinteraksi dengan penuh hemah. Kalau tak silap, nama yang tertera pada 'name tag' ialah Zamri. Sesudah itu, kami berlalu sambil tersenyum sesama sendiri ( Ini adalah antara contoh polis yang baik sebab tidak meminta wang.. ) perkara begini jangan ulangi lagi tau..
- Apa yang kami lalui hari ini, merupakan coretan semasa. Manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan mahupun yang kecil atau besar. Sesungguhnya komunikasi dalam emosi yang rasional perlu dijaga dan diserlahkan. Moga2 tiada insan yang terasa dek kerna kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain. Pepatah lama ada menyebut" Sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" .
- Oklah, illal liqa'. Ma'as salamah...