Wednesday, April 1, 2009

CFO yang ke-3 ( En Ahmad Ibrahim )

Salam buat smua.. Dikala kesunyian ni.. saya gagahi jugak untuk membaca cerita alam semesta.. tentang cinta dan benci.. tentang politik dan ekonomi.. mahupun kisah2 seanterio.. ( hihi.. dah kluar ayat2 sastera.. walhal tak blajo sastera pun..)
Hari ni adalah secara rasminya, Encik Ahmad Ibrahim iaitu CFO TMR&D yang baru.. mula bekerja secara rasmi di opis kami.. kelihatannya agak peramah.. kami plak yg tersipu malu.. actually beliau dah masuk on- off dr pertengahan bulan lepas.. tapi takde la rasmi..agaknya cuba2 mencari keserasian di sini.. kalo dikutkan, minggu ni jugak saya agak busy ngan proses penutupan akaun syarikat.. sedikit sebanyak terpaksa membiarkan sahaja akan kehadiran beliau dipejabat.. seharusnya saya membantunya.. tapi saya terikat dgn kija yang padat.. mcm biasa TNT, rekod dan menemaskini data projek, fotostat dokumen.. siapkan inbois dan mcm2 arr.. kalo tertinggal satu hari.. maka meleret-leretlah kija..apa lagi skrg ni dah tutup akaun..kena buat report plak.. then kena buat analisis.. sediakan schedule utk Budget REview..emm. tapi saya selesa.. cumanya sistem akaun hanya ada ditempat biasa saya..
Dan kini.. oleh kerana ketiadaan PA.. dan Ct plak masih bercuti, ditambahkan lagi dgn permintaan Che' Mad.. maka saya membantunya.. So far, kalo dilihat, orgnya agak peramah dan berpengalaman luas dalam akaun.. kira 'otai' arr.. kalo saya kata warak pung.. bleh jugak.. sebab cara pandangan dia kepada kita.. agak berbeza.. Moga2 saya BOLEH.. manusia tidaklah sesempurna mana tapi saya akan cuba membantunya.. harap2 kija yang biasa takdelah saya tinggalkan.. Awal pagi tadi saya terangkan serba sedikit mengenai website TMR&D.. dan mengenai carta Division kami yg tertera di laman web..takjub jugak beliau melihat Website kita.. bleh tengok kedatangan secara online. Beliau bukan sahaja boleh tengok kedatangan beliau.. tapi kami juga.. ( emm.. so kengkawan.. cepat2lah berazam utk menjaga kedatangan anda!Anda ! ) Lain2 hal, itu ajer la..
Ok lah, to be continue..mohon maaf jika ada keterlanjuran kata2 kat sini.. saya tulisnya sekadar sahaja.. harap tak ambil hati.. Assalamualaikum!