“Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam.
Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan’ dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi. Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan’ menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan. Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya. Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya.
Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB. Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. “Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato’ Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib,” soal Teng. Khairiyah menjawab; “Pengetahuan saya tidak ada.” Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB.
Sumber dari http://www.sabahdaily.com/2009/03/pnsb-taja-zaharah-untuk-tujuan-peribadi/
Bila mana bmembaca di internet, kpala saya dah tringat pada kisah lama.. waktu itu joins ngan Audit Firm kat Sahir & Co di Shah Alam. Kehidupan menjadi seorang Pembantu Audit/ Akaun sedikit banyak mengetahui ruang lingkuk kerja di bidang akaun, audit,tax dan pengurusan ( syarikat, Koperasi, Badan Kebajikan serta Kelab ). Bulan yang paling sibuk adalah Januari , April, Julai.. kerana masa ni akaun syarikat telah ditutup dan perlu di audit oleh Audit Firm yang bertauliah sebelum dihantar ke Jabatan Pendaftar Syarikat atau Jabatan Koperasi..utk tujuan Tax, macam sekarang ni lagilah sibuk sebab bulan ni Incometax dah mintak dokumen utk personal statement melalui EA Form.
Seingat saya,masa membantu senior utk settlekan Audit Kelab tersebut.. masa tu saya ditugaskan menyiapkan Audit dan 'working paper' di Kelab Shah Alam Selangor. Kami dimaklumkan bahawa pihak pengurusan di situ baru sahaja memecat beberapa staff yang tidak amanah dan menyeleweng..saya tak faham dgn mereka.. tapi terfikir juga saya kenapa ia boleh berlaku.. tentunya ada ruang dan peluang benda macam ni boleh berlaku. sama ada Tunai atau Cek harus disertakan dengan dokumen yang sempurna..Disitu kami berumahtangga hampir 2 minggu dan hari2 makan free ( hoyae!.. bukan istilah bodek tau.. ) Bagi saya, bilamana jika kita cuba menyempurnakan amanah dengan baik, kat mana2 kita pergi.. tentunya kita mampu menyelesaikannya.. keranah amanat tu tinggi nilainya.. pelik plak saya bila mana seorang CEO agak ragu2 dengan jawapan beliau sendiri.. mungkin dia tak mahir denagn selok belok akaun, tapi sekurang-kurangnya mampu juga menilai Nila wang yg dikeluarkan oleh syarikat.. dan yang paling penting Wang itu adalah Amanah. Jika kita nak pohon apa2 jawatan pun, tentunya kita akan bertanya pada diri sendiri .. Boleh atau Tidak ? Kalau tak boleh, say good bye ajer la!
p/s nayaris nama dia lain sikit dari kita, kalo tak buat malu ajer.. huhu!