Sunday, March 8, 2009

Hari ke 5~ hatiku gumbira...

Alhamdulilah, syukur saya panjatkan kehadrat ilahi .. Semalam tak bleh nak tido.. dok terbayang-bayangkan wajah anak2 kat umah.. dah 5hari kat sini..dan berharap sangat2 dapat kluar dari kepompong org sakit..Seperti semalam, telah saya britau yg pkl 2 & 6pagi akan diganggu ngan sedutan gas tu.. takbleh nak imagine nasib esok.. Pagi ni, seawal pkl 6.10 pagi, diikuti ambilan darah utk check either ok or no... then tak sangka dia ambil sblah kanan, kata nurse urat tangan tak nampak..( dalam hati saya kata sebab lemak kat tangan dah banyak, tu yg jadi mcm tu.. hihi)so, dia urut2lah tangan saya..OK, dapat jugak.. sambil menggigit selimut dan paling muka ke arah lain.. dengan redha saya serahkannya.. emm.. sakit yg amat sangat.. Pagi ni sesudah menunaikan apa yg patut, trus saya sarungkan baju kurung merah yg diberi oleh hubby semalam.. dan siap pakai tudung.. skali lagi saya berharap moga2 hari ni ''kebebasan' buat saya.. Dlm pkl 8.00 pagi, Dr Norshinah menjenguk saya kat bilik.. then buat pemeriksaan spt biase.. katanya OK, diulangi OK.. dah kurang la sikit.. dia membenarkan saya balik.. siap bagi MC sampai jumaat ni.. ( dalam hati.. nak pegi kija esok la.. say No for MC.. hihi ) emm nak siap2 ni.. satgi trus balik, dah call hubby.. tak perlu datang biar kita balik sendiri.. lagipun keter kancil ader kat bawah tu.. rugi minyak ajer bawa keter lain plak.. sekg ni kena jimat cermat.. Kesempatan ini saya kalungkan perhargaan syukran for all staff kat Hospital Pakar An NUr.. memang first class, terasa dihargai sesangat.. dari kita masuk, semasa dan nak kluar.. semoga ianya dijadikan rujukan buat kengkawan yg ada kat luar tuu.. Jazakalahu khairan