Monday, March 30, 2009

Teman lama

Lewat malam kelmarin, seperti menjadi kemestian mentelaah dan meneroka dialam internet.. so sesajer la menaip apa2 yg terlintas kat kpala ni.. emm.. dapat jugak.. tapi lambat plak nak jumpa data yg saya cari.. biaselah dengan berkat kesabaran ( puji diri sendiri la.. ) sambil2 buat air Milo.. akhirnya berjaya.. Tak sangka plak.. dapat jugak saya mendapat yg dihajat.. kat atas ni gambar geng lama masa kat RPK dolu2.. adik Farizan Majid. Kalo ikut sumber yg diperolehi, beliau berada di UK masa tu.. bersama husbennyer( Dr.Nazimi ) and anaknya...husben dia ni seorang doktor perubatan. Kali terakhir saya jumpa~ tahun 1997, masa tu beliau baru sahaja berpindah ke Ipoh, Perak. Rumahnyer plak berdekatan dgn rumah bapa sedara saya.. masa tu beliau baru interview post pelatih jururawat di HUKM. Oh! Jauhnya adik kita merantau..ader sesuatu benda yg saya teringatkan sangat dengan dia ni.. masa kat sekolah dolu2, beliau kerap ke dorm saya semata-mata nak blajo maths.. kita ni takde la terrer sangat.. tapi boleh arr. Lagi satu dia ni suka berangan- angan.. bercita-cita tinggi. Acapkali dilanda kesedihan bila mana ada subjek yg tak menepati target.. biasela sekolah macam kami ni, bukanlah sekolah berasrama penuh , sekolah biase2 ajer.. tapi biaselah parents nampak kita duduk asrama.. semacam hebat sangat .Lagipun cita2 parents ni lebih tinggi dari kita..sekarang ni saya sedang menjejaki beliau melalui 'facebook'. Tak tau la cuba ajer la.. Bagi saya, jalinan ukhwah saya panjangkan walaupun dah pun berumahtangga, cuma taklah selincah dolu2.. memori lama akan dikenang walaupun secebis rasa..